Selamat Hari Raya
Hampir 3 minggu server hosting saya tergendala, nampak gaya nye hujung tahun nie saya akan tukar webhosting yang baru. Sepanjang beberapa bulan nie dah banyak kali tak dapat nak log in kerana masalah server. Pegawai teknikal pun susah untuk memberikan respon.
Di kesempatan Bulan Syawal ini.
Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog ini khasnya dan kepada semua umat Islam di Malaysia.
Saya harap kita dapat menyambutnya dengan meriah tetapi sederhana dan dengan penuh kesyukuran disamping menyedari bahawa ramai dikalangan kita yang tidak berkemampuan.
Kepada yang baru saja pulang ke kota, selamat kembali dan selamat bertugas semula.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin



















