Bila kita rajin memberi Ilmu, kita pasti akan menerima kembali Ilmu tambahan yang bermanfaat. Setiap apa yang kita pelajari, kita baca kemudian kita kongsikan bersama, kita beri maklumat yang kita perolehi untuk manfaat semua orang. Dengan itu kita dapat membantu semua orang. Dapat membina masyarakat yang berilmu, beriman dan juga berharta.
Berkongsi apa saja ilmu yang saudara saudari ada, kerana manfaat ilmu itu sangat luas. Tak rugi kalau kita rajin memberi ilmu, walau sekecil mana ilmu yang kita sampaikan, yang kita ajarkan selagi mana ianya memberi manfaat yang baik khususnya. Kita juga akan mendapat manfaat dari apa yang kita sampaikan. Salah satu cara yang sudah pasti akan ramai orang menolong untuk berjaya adalah dengan menolong orang lain untuk berjaya. Kita mungkin tidak mampu dengan wang ringgit tapi dengan ilmu yang sedikit, kita dapat membantu orang lain.
Jika kita inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ilmu begitu juga jika kita inginkan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu. Dan kalau kita inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu. Jang malu untuk kita berkongsi ilmu, sesetengah dari kita segan untuk berbicara kerana takut apa yang kita katakan itu salah dan akan di tertawakan tetapi bila kita ingin belajar sesuatu, tiada salah tiada segan untuk kita berbicara.
RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
Itu adalah kata-kata motivasi dari Dr. Shukri Abdullah. Ada 2 sifat dalam diri manusia ini. Rajin dan Malas. Kita pilih yang mana satu kita nak. Hidup kena sentiasa rajin.
Dalam rajin pulak ada 2 jenis rajin, rajin kerana ikhlas kerana kita menyukai nya dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Yang ini kita kena elakkan. Sifat malas pula akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.
Malas nie kalau kita layankan, akibat nye memang teruk percaya atau tidak sifat malas ini akan mematikan sel-sel otak kita. Kesan dari itu daya ingatan kita akan berkurangan, cepat lupa, pergerakan akan jadi kurang teratur dan akhir
Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nie apa kata kita jadi lebih rajin lagi, double kan kerja-kerja kita. Bukan kah kerja itu satu Ibadah. Kalau kita nak cemerlang kita kena rajin, rajin dalam semua bidang kecuali dalam bidang mencuri
. Dalam bidang yang memberi manfaat kepada kita dan juga orang lain secara umum nya, saya tahu anda pun faham bukan?
Allah telah menentukan kita agar melalui satu proses di dalam hidup di mana semuanya bermula dengan kepayahan lalu disusuli dengan kesenangan, oleh itu jangan mudah kecewa apabila masalah menimpa. Yang penting berusaha dengan rajin. Hindari la sifat malas, insyaAllah semua urusan kita akan dipermudahkan.
Rajin adalah punca kejayaan kita, kunci permulaan kecemerlangan kita dan Malas itu ada pokok kegagalan.
Apa tunggu lagi kalau dulu anda dah usaha tapi masih tak berjaya, doublekan atau triplekan usaha anda. Saya tau anda boleh.