Nak Kekal Mood Positif
Salam Ramadhan untuk anda semua.
Hari ini insyaAllah hari ke 19 kita berpuasa, cepat bukan masa berlalu.
Sedikit tips motivasi diri untuk kita semua. Bagaimana nak kekalkan mood positif anda. Agar setiap hari, ketika dan masa diri ini di penuhi dengan feel-feel yang gembira dan positif.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang, tak banyak sikit kita akan menempuh banyak perkara. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang membuat kita sakit hati. Ada yang membuat kita happy, gembira, ceria. Macam-macam bukan, itulah dunia. Itu tanda nye kita masih lagi hidup.
Tapi bagi orang yang cemerlangan, setiap hari yang di lalui itu adalah satu proses pembelajaran. Setiap hari dia akan review apa yang telah dipelajari nya hari ini.
Perkara-perkara yang Anda lalui sepanjang hari, itu boleh Anda jadikan sumber untuk Anda belajar sesuatu. Sebagai contoh, jika Anda dimarah oleh bos tiba-tiba, itu maknanya Anda kena tingkatkan kualiti kerja atau mungkin komunikasi Anda lemah di tempat kerja, atau simply Anda buat kerja betul-betul. Cari aspek-aspek positif dalam setiap perkara yang Anda lalui, sama ada baik atau buruk.
Apa saja yang Anda lihat, dengar dan rasa, ambil iktibar, ambil pengajaran daripadanya. Lebih hebat lagi, jadikan ia sumber motivasi Anda.
InsyaAllah anda akan kekal positif dan mood-mood kegembiran akan sentiasa bersama anda. Amalkan setiap hari, review balik harian anda setiap hari selepas habis kerja. Apa yang telah anda lalui dan pelajari kerana di sebalik itu banyak pengajaran dan ilmu yang dapat anda serapkan. Cuba anda lakukan InsyaAllah ianya berkesan.



















