Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kini kembali lagi, apa yang di tunggu lagi sahabat-sahabat sekalian. Hari ini adalah hari kedua. Pameran akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 19 Mac 2010 sehingga 28 Mac 2010.
Ambil kesempatan ini sempena cuti sekolah dan juga cuti hujung minggu ini, bawa la anak-anak anda untuk berkunjung ke penerbit-penerbit pilihan. Berbagai promosi dan diskaun menanti anda semua di samping itu juga anda akan dapat bertemu dengan penulis-penulis kesukan anda.
Jangan lepaskan peluang ini, jom gerakan kaki anda kita berjumpa di sini. Borong buku sebanyak yang anda mampu kerana anda tidak akan dapat harga promosi seperti ini di luar selepas tamat Pesta Buku ini.
Semalam saya berkesempatan untuk pergi tetapi sekadar menyinggah dan buat sedikit promosi bersama saudara Hafiz tentang Stormreaders di Telaga Biru Sdn Bhd.
InsyaAllah hari ini saya dan isteri akan ke sana selepas Zohor. Kami akan ke Booth G09 & G10 (Pusta Yamien) Penulis Zabrina A. Bakar akan berada di sana. Penulis Buku Hidup Bukan Rahsia ( Life is an Open Secrect) Sya nak dapatkan buku terbaru beliau edisi Bahasa Malaysia ” Hidup Bukan Rahsia – Saya and Kita”
Jumpa anda disana



















