Posts tagged: Motivasi

Review: Menerobos Sempadan Diri

Satu realiti manusia adalah, ingin menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apabila di tanya semua , jawapan yang standard “ nak menjadi orang yang berjaya, mempunyai kerjaya dan keluarga yang bahagia serta berguna kepada negara dan masyarakat”

Pendek kata, semua manusia di muka bumi ini apabila ditanya mahukah anda menjadi insan yang terbilang? Sudah pasti jawapan yang di beri, mestilah saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Jadi bagaimana cara nya? Suka saya cadangakan saudara/saudari untuk membaca buku ini Penulisan Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah – Menerobos Sempadan Diri

Diri anda sebenarnya mampu melakukan “wonders” lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran anda terlalu kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.

Berbagai petua dan tips yang dapat merubah anda menjadi pekerja biasa kepada pekerja luar biasa, anda cuma memerlukan panduan dan tips untuk ke arah itu.

Tak rugi untuk anda melabur sebanyak RM 19.90 untuk harga buku ini, bacaan santai yang dapat meningkatkan Wonders dalam diri anda. Selamat Berjaya.

Untuk tempahan klik sini

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ciri-Ciri Kualiti

Hari ini kita berbicara tentang kualiti, terdapat berbagai makna kualiti, disini saya hanya ingin menyatakan kualiti bermaksud Yang Terbaik.Anda pasti pernah mendengar tentang konsep kualiti Jepun 5S, Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke dan bila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ianya berbunyi, Sisih, Susun, Suci, Standardisasi, Setia.

Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, “5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti” dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi.

Saya tidak akan menyentuh lebih tentang 5S pada hari ini, tetapi di bawah ni saya senaraikan ciri-ciri kualiti yang perlu ada pada diri kita untuk lebih cemerlang.

Kualiti Amanah
Boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Kualiti Bijak
Bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Kualiti Cergas
Sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Kualiti Dedikasi
Amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Kualiti Elok
Baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain serta masyarakat

Kualiti Faham
Lebih banyak mendengar daripada bercakapbukan bermakna diam tetapi bercakap bila perlu dan menzahirkan idea-idea yang rasional. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Kualiti Gigih
Sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok dengan setiap kerja atau perkara yang dilakukan terutamanya sewaktu di pejabat. Ianya pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua tugasan yang diberikan.

Kualiti Hasrat
Sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kejaya, keluarga serta kehidupannya.

Kualiti Iman
Taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Setkan di minda, tanamkan ciri-ciri kualiti dalam diri anda untuk lebih cemerlang lagi.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette