Rajin Memberi Ilmu
Bila kita rajin memberi Ilmu, kita pasti akan menerima kembali Ilmu tambahan yang bermanfaat. Setiap apa yang kita pelajari, kita baca kemudian kita kongsikan bersama, kita beri maklumat yang kita perolehi untuk manfaat semua orang. Dengan itu kita dapat membantu semua orang. Dapat membina masyarakat yang berilmu, beriman dan juga berharta.
Berkongsi apa saja ilmu yang saudara saudari ada, kerana manfaat ilmu itu sangat luas. Tak rugi kalau kita rajin memberi ilmu, walau sekecil mana ilmu yang kita sampaikan, yang kita ajarkan selagi mana ianya memberi manfaat yang baik khususnya. Kita juga akan mendapat manfaat dari apa yang kita sampaikan. Salah satu cara yang sudah pasti akan ramai orang menolong untuk berjaya adalah dengan menolong orang lain untuk berjaya. Kita mungkin tidak mampu dengan wang ringgit tapi dengan ilmu yang sedikit, kita dapat membantu orang lain.
Jika kita inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ilmu begitu juga jika kita inginkan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu. Dan kalau kita inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu. Jang malu untuk kita berkongsi ilmu, sesetengah dari kita segan untuk berbicara kerana takut apa yang kita katakan itu salah dan akan di tertawakan tetapi bila kita ingin belajar sesuatu, tiada salah tiada segan untuk kita berbicara.




















