Posts tagged: imotivasi

iMotivasi: Sikap negatif – mengubah sikap negatif kepada sikap positif

 

iMotivasi

Kali nie saya petik dari blog Shukri iMotivasi.

Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikappositif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.

Sika kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.

Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.

Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.

Suka saya cadangkan anda untuk ke blog motivasi saudara Shukri. Di tulis dan olah secara santai dan mudah.  Selamat Membaca

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

iMotivasi|Motivasi pekerja – bersedia menerima arahan

Kerja

Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.

Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.

Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.

Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam kajian kami, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.

Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.

Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.

Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.

Artikel ini saya petik dari laman www.imotivasi.com banyak tip-tip motivasi di sini. Jika anda berkesempatan berkunjung la ke iMotivasi.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

iMotivasi: 8 jam kerja, 1 jam relaks

Saya suka entry kali dari blog iMotivasi tulisan Lia Nadia Qistina.

Betul untuk mengurangkan stress bekerja anda kena berehat seketika.

Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri.

Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput. Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut.

Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya.

Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja.

Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya.

Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya.

Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya.

Untuk kekal bersemgat dan konsisten, perlu ada keseimbangan dalam bekerja. Ingat kita ini bukan robot atau superman :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette