Posts tagged: Dr.Shukri

Rajin atau Malas

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Itu adalah kata-kata motivasi dari Dr. Shukri Abdullah. Ada 2 sifat dalam diri manusia ini. Rajin dan Malas. Kita pilih yang mana satu kita nak. Hidup kena sentiasa rajin.

Dalam rajin pulak ada 2 jenis rajin, rajin kerana ikhlas  kerana kita menyukai nya dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Yang ini kita kena elakkan. Sifat malas pula akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.

Malas nie kalau kita layankan, akibat nye memang teruk percaya atau tidak sifat malas ini akan mematikan sel-sel otak kita. Kesan dari itu daya ingatan kita akan berkurangan, cepat lupa, pergerakan akan jadi kurang teratur dan akhir

Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nie apa kata kita jadi lebih rajin lagi, double kan kerja-kerja kita. Bukan kah kerja itu satu Ibadah. Kalau kita nak cemerlang kita kena rajin, rajin dalam semua bidang kecuali dalam bidang mencuri :-) . Dalam bidang yang memberi manfaat kepada kita dan juga orang lain secara umum nya, saya tahu anda pun faham bukan?

Allah telah menentukan kita agar melalui satu proses di dalam hidup di mana semuanya bermula dengan kepayahan lalu disusuli dengan kesenangan, oleh itu jangan mudah kecewa apabila masalah menimpa. Yang penting berusaha dengan rajin. Hindari la sifat malas, insyaAllah semua urusan kita akan dipermudahkan.

Rajin adalah punca kejayaan kita, kunci permulaan kecemerlangan kita dan Malas itu ada pokok kegagalan.

Apa tunggu lagi kalau dulu anda dah usaha tapi masih tak berjaya, doublekan atau triplekan usaha anda. Saya tau anda boleh.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette