Ubah, Berubah, Perubahan
Tahun Baru 2010 ni saya dapat 2 orang boss baru. Perubahan secara mendadak melibatkan pengurusan tertinggi di bahgaian saya.
Boss baru masuk, ha apa kita nak buat nie. Habis la kita semua, susah la lepas nie. Heheh tu ayat-ayat takut, negetif dengan perubahan, terutama bagi mereka yang dah selesa dengan keaadaan kerja yang serba releks.
Kenapa mesti takut dengan boss baru. Takut sebab akan bertukar polisi, bertukar cara kerja, takut bertambah kerja? Bukan kah perubahan itu suatu yang baik.
Perubahan jangan mengharapkan hasilnya dalam jangka yang terdekat, kerana dengan cara ini kita akan melakukan banyak perubahan yang drastik. Bolehkah anda mengubah cara hidup anda secara total dalam masa terdekat? Mungkin boleh tetapi terus terang saya katakan sukar untuk melakukannya. Kerana kita semua adalah manusia. Perubahan adalah sistem kehidupan yang perlu kita istiqamah setiap hari. Maka jangan tergesa-gesa untuk melakukannya.
Biar Cool, baru kita nampak hasil nye. Saya tahu tahun baru nie ramai yang nak berubah, berubah dengan cara
yang betul agar apa yang anda setkan itu akan berterus dan kekal. InsyaAllah.




















