Posts tagged: baca@lrt

Jom Baca@LRT 20 MAC 2011: “GIRANG”

Baca@LRT, Ahad, 20 Mac 2011

Assalam alaikum wbt

Usikan secara spontan dan positif di kalangan kaki buku bermula lagi! Kejutan kepada rakyat Malaysia. Cuti sekolah ini pasti lebih impak dan kejutan kepada mereka.

Tuan dan Puan yang dimuliakan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan bagi usaha Baca@LRT, satu usaha ‘indie’ dalam menggalakkan aktiviti secara usikan spontan yang berkesan!

Ini adalah usaha tuan dan puan yang dimuliakan bagi mencipta budaya ini.

Tidak ada ucapan
Tidak ada perhimpunan
Tidak ada majlis ‘potong reben’
Semuanya natural dan spontan
Bawa buku dan baca bersama
Kejutkan rakyat Malaysia dengan peristiwa aneh ini

Tema baca@LRT pada bulan Mac adalah Girang.

Ahad
20 Mac 2011
Jam 10.15 pagi
Terminal Putra Gombak LRT ke Taman Asia (Amcorp)

Seterus nya menuju ke BOOK XCESS
Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Budaya Membaca :: BACA@LRT

Alhamdulillah, hari ini saya sempat ikuti satu program BACA@LRT, kempen untuk menggalakan minat membaca dimana saja anda berada, dalam lrt, lif, kat surau, tepi jalan teruskan membaca, Walau dimana pun anda berada buku jangan di tinggalkan.

Perjalanan bermula dari stesyen gombak sehingga ke stesyen Taman Jaya, kick off bermula pukul 10.00 pagi menuju ke lrt Taman Jaya dan seterusnye ke BookXcess yang berada di Amcorp Mall yang bertentangan stesyen Taman Jaya. Kempen anjuran Team Saudara Zamri Mohammad, anda boleh lawat ke Facebook beliau untuk maklumat lanjut.

Antara Team yang turut serta dalam kempen ini adalah Kelab Tidur Dengan Buku, Sindiket SOL-JAH,  Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) serta beberapa lagi kumpulan lain.

Saya hanya bermula  di Stesyen Lrt Damai, Buku bacaan saya hari ini adalah terbitan telaga biru Masjid itu Hidupku tulisan Mohd. Gunawan Che Ab Aziz, saya akan review selepas saya selesai membaca.

Sebernarnya hari ini saya ada kuliah di UTM di sebelah pagi tapi sempat lagi melarikan diri untuk turut menyertai program nie :-) kemudian pulang semula ke UTM.  Satu pengalaman yang seronok bila melihat ramai yang memegang buku dan membaca di sekeliling anda. Tak sangka En. Hazali Pengarah Urusan WAIZ pun ada, lama juga tak jumpa sejak terakhir waktu kursus tahun 2008. Nampak sihat sekarang nie.

Sewaktu di BookXcess saya sempat beli 1 buah buku, 25 inspirational ideas for vertical surfaces of the wall by Judy Smith. Beberapa idea untuk saya mengecat rumah nanti :-)

Nantikan BACA@LRT siri terbaru yang akan datang, anda boleh melihat photo sewaktu kempen yang berjalan pada hari ini di sini. Pada anda yang berada di luar sana. Start membaca, mulakan hari ini kerana anda pasti memperolehi manfaat yang tidak ternilai harga nya.

Membaca juga sebagai suatu terapi minda, untuk minda yang sentiasa stress dan tertekan, jadikan membaca sebagai suatu amalan, hobi dan rutin dalam kehidupan harian kita.

Selamat membaca untuk anda semua.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette