Review: Anakku Hebat Anakku Soleh
Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki.
Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.
Bagi bakal-bakal Ibu dan Ayah, suka saya mencadangankan buku ini sabagai bacaan umum dan panduan dalam kita melakukan persedian dalam proses menjadi seorang ayah atau ibu. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Sebagi ibu bapa peranan kita dalam mendidik anak-anak amat penting sekali. Banyak perkara boleh merubah kita, tetapi setiap perubahan itu bermula dan berakhir dengan Keluarga.
Buku ini tidak mahal saudara-saudari sekalian, RM 39.90 sahaja. Jika di bandingkan dengan ilmu dan manfaat yang anda dapat dari pembacaan ini. Nilai wang itu amat jauh sekali. Jika anda semua telah memiliki nye, kongsikan la bersama sahabat, teman dan keluarga. Bagi yang masih belum memiliki nya. Dapatkan sekarang dari mana-mana kedai buku berhampiran, atau boleh beli terus secara online di Stormreaders.



















