Posts tagged: 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kini kembali lagi, apa yang di tunggu lagi sahabat-sahabat sekalian. Hari ini adalah hari kedua. Pameran akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 19 Mac 2010 sehingga 28 Mac 2010.

Ambil kesempatan ini sempena cuti sekolah dan juga cuti hujung minggu ini, bawa la anak-anak anda untuk berkunjung ke penerbit-penerbit pilihan. Berbagai promosi dan diskaun menanti anda semua di samping itu juga anda akan dapat bertemu dengan penulis-penulis kesukan anda.

Jangan lepaskan peluang ini, jom gerakan kaki anda kita berjumpa di sini. Borong buku sebanyak yang anda mampu kerana anda tidak akan dapat harga promosi seperti ini di luar selepas tamat Pesta Buku ini.

Semalam saya berkesempatan untuk pergi tetapi sekadar menyinggah dan buat sedikit promosi bersama saudara Hafiz tentang Stormreaders di Telaga Biru Sdn Bhd.

InsyaAllah hari ini saya dan isteri akan ke sana selepas Zohor. Kami akan ke Booth G09 & G10 (Pusta Yamien) Penulis Zabrina A. Bakar akan berada di sana. Penulis Buku Hidup Bukan Rahsia ( Life is an Open Secrect) Sya nak dapatkan buku terbaru beliau edisi Bahasa Malaysia ” Hidup Bukan Rahsia – Saya and Kita”

Jumpa anda disana :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

2010: Tahun Membaca

Assalamualaikum wbt.

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian.Dalam tahun baru ini saya percaya ramai di antara kita telah menpunyai azam baru yang ingin dicapai pada tahun 2010. Semoga apa yang kita semua azamkan akan tercapai InsyaAllah.

Bulan ini saja saya telah membeli hampir 20 buah buku dimana sebahagian dari nye adalah tempahan dari sahabat-sahabat di pejabat dan juga kenalan di luar,  antara buku yang telah saya beli adalah seperti berikut:

  • Petua Menangani Stres (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
  • Masjid itu Hidupku (Mohd. Gunawan Che Ab.Aziz)
  • Etika Pejabat (Haji Muhammad Zakaria)
  • Hadiah Buat Muslimah (Dato Siti Nor Bahyah)
  • Dunia Masakan Chef Sabri
  • Indahnya Hidup Bersyariat (Dato hj. Ismail Kamus)
  • Anakku Hebat Anakku Soleh (Dr. Zahazan)
  • Ubat Hati (Dato Siti Nor Bahyah)
  • 80 Experimant Di Belakang Rumah (Shuhaimi Mamat)
  • Petua Untuk Sentiasa Ceria (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
  • Strategi Menghadapi Peperiksaan (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
  • Perisai Muslim (Dr. Abd Basit Abd Rahman)

Apa yang buat saya seronok bila melakukan pembelian buku, terasa seperti nak beli ke semua buku-buku hebat yang ada di dalam senarai dan juga yang telah dipaparkan di kedai-kedai. Gembira melihat ramai sahabat-sahabat saya rajin untuk membaca, tak kiralah untuk bacaan sendiri ataupun untuk anak-anak.

Tahun 2010 ini saya mengharapkan lebih ramai lagi rakyat malaysia untuk menanamkan minat membaca, tak kira apa bacaan sekalipun, setiap masa yang terluang apa salah nye kita isikan dengan membaca. Kalau boleh kemana saja kita pergi pastikan kita membawa bahan bacaan. Tak akan rugi apa pun yang pasti anda sendiri akan mendapat manfaat dari setiap pembacaan anda.

Tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette