Category: Inspirasi

Merakam detik perjalanan keimanan

Saudara Seagama

JIKA anda berpeluang menyaksikan segmen dokumentari bertajuk Seven Wonders of The Muslim World di saluran Discovery Astro 551 yang ditayangkan baru-baru ini, pasti perasaan terharu menyelubungi diri terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Apabila mengimbas semula perjalanan dakwah dan perkembangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mustahil jika seseorang itu tidak merasai getaran keinsafan jauh di dalam sudut hati. Ternyata, peninggalan dan pengorbanan Baginda dapat dilihat hingga ke hari ini.

Dokumentari itu bermula dengan menyingkap sejarah keagungan tujuh buah masjid paling ikonik dalam dunia Islam. Ia meliputi aspek seni bina dan rekaan yang diilhamkan melalui ayat-ayat dalam al-Quran oleh individu ternama yang telah memeluk Islam.

Penonton disajikan paparan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin diikuti Alhambra di Granada, Sepanyol; Masjid Biru (Istanbul, Turki); Masjid Agung Djenne (Mali, Afrika Barat); Masjid Imam (Esfahan, Iran), Masjid Badashahi (Lahore, Pakistan) dan berakhir Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah.

Penjelasan bagi setiap rumah ibadat itu bertambah menarik kerana ia dilengkapi cerita perjalanan keimanan enam orang anak muda yang berasal dari sekitar kawasan masjid itu dibina.

AKHIRNYA perjalanan panjang (dari kiri) Naureen Saleem, Erhan Yukselci, Isack Lopez Rejo'n dan Amadou Thiam dari penjuru dunia yang berbeza dipertemukan di Masjidil Haram.

Sameh Abdin, Isack Lopez Rejo’n, Amadou Thiam, Erhan Yukselci, Rana Naeem dan Naureen Saleem masing-masing tinggal berdekatan dengan masjid tersebut. Dokumentari itu turut menyorot cara hidup harian mereka termasuk rutin menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaikan formula sebuah program televisyen realiti, kemuncak penggambaran tersebut merakamkan perjalanan penting apabila mereka terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang untuk menuju ke Baitullah yang merupakan kiblat bagi sekalian umat Islam.

Sepanjang perjalanan penuh bermakna itu, perasaan setiap daripada mereka diluahkan di hadapan kamera sehinggalah mereka tiba ke kota suci Mekah.

Mesej dan sejarah

Selain mengajak penonton menerokai sejarah dan keistimewaan setiap masjid, ia juga sebenarnya membawa mesej mengenai pengertian Islam dari kaca mata pemuda-pemudi tersebut.

Walaupun masing-masing berbeza keturunan dan bangsa, namun hakikatnya mereka menganut agama yang diwariskan oleh rasul akhir zaman, Muhammad SAW yang selama ini telah tersebar ke serata dunia.

“Setiap hari dan di mana jua saya berada di dunia ini, saya akan bersembahyang menghadap ke arah kiblat. Kini saya berada betul-betul di hadapannya.

“Tiada apa lagi yang saya mahukan apabila saya sudah berada di hadapannya. Ia satu perasaan yang bercampur-baur. Saya gembira tetapi pada masa yang sama menangis kerana terharu dapat menjejakkan kaki di hadapan Kaabah,” kata Isack dalam dokumentari tersebut.

Bagi Erhan pula, dia bertuah kerana terpilih menjadi tetamu Allah.

KAABAH yang terletak di Masjidil Haram, Mekah menjadi impian dan titik pertemuan bagi watak-watak utama dari pelbagai negara dalam dokumentari ini.

“Ia adalah masjid yang diperkatakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan sudah menjadi impian seumur hidup saya untuk sampai ke situ.

“Berada berhampiran Kaabah membuatkan saya rasa dekat dengan rahmat Allah. Ia satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata,” ujar remaja yang berasal dari Republik Mali di Afrika Barat itu.

Cabaran penggambaran

Menurut penerbit Seven Wonders of The Muslim World, Faris Kermani, pembikinan dokumentari yang berdurasi selama satu jam itu mengambil masa tujuh hingga lapan bulan.

Faris, seorang pengarah filem berketurunan Pakistan-Britain yang berpangkalan di London mengakui banyak cabaran telah dihadapinya untuk menerbitkan dokumentari tersebut.

“Walaupun saya pernah menjalani penggambaran di banyak tempat yang berbahaya seperti zon peperangan dan sebagainya, namun rakaman di Arab Saudi jauh lebih mencabar.

“Paling sukar tentunya apabila cuba mengumpulkan enam orang dari lokasi berbeza di seluruh dunia untuk sampai ke Arab Saudi pada masa yang sama untuk penggambaran terakhir dokumentari itu,” kata Faris dalam sidang media melalui telefon bersama wartawan-wartawan dari Asia Tenggara baru-baru ini.

Apa yang pasti, jelasnya program ini terhasil daripada kombinasi terhadap keinginan untuk menunjukkan kepada dunia tentang aspek keindahan dalam Islam itu sendiri.

Ditanya mengenai pemilihan enam anak muda yang terlibat dalam dokumentari itu, Faris memberitahu, nama mereka didapatkan daripada individu yang mentadbir masjid di setiap lokasi penggambaran awal.

KEINDAHAN reka bentuk dan sejarah Masjid Biru memang tiada tolok bandingnya.

Kemudian, pihaknya membuat pemilihan berdasarkan pelbagai kemungkinan sebelum menemui individu yang diinginkan.

Turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah di Mekah bersama penonton ialah Naureen, seorang wanita moden dan bekerjaya dari Lahore, Pakistan.

Ujarnya ketika mengelilingi Kaabah, dia langsung tidak menyedari apa yang berlaku di sekitarnya. Dia mengatakan bahawa dirinya sudah tidak mengeluh dan peduli apabila dilanggar jemaah lelaki dan wanita yang mengerjakan ibadah serupa di situ.

“Ketika itu, saya tenggelam dalam munajatnya pada Allah. Saya rasa seperti hanya saya seorang yang ada di sana. Apabila beristighfar memohon keampunan pada Allah, saya seolah-olah merasakan semua dosa itu hilang dan diri ini seperti dilahirkan semula.

KUBAH BATU berwarna emas ini terletak dalam perimeter Masjid al-Aqsa.

“Saya rasa sungguh kagum dan terharu. Saya ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sukar untuk mempercayainya kerana perasaan teruja dalam diri saya adalah lebih daripada apa yang dijangkakan,” ungkap Naureen selepas selesai mengerjakan rukun umrah.

Tarik perhatian

Sementara itu, Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid ketika dihubungi berkata, penghasilan dokumentari sedemikian sangat baik untuk Islam.

Sebagai saluran dokumentari yang memang dikenali di persada antarabangsa, sudah pasti penyiaran program tersebut mampu menarik perhatian masyarakat seluruh dunia.

“Sekurang-kurangnya penerbitan dokumentari itu boleh dianggap jihad untuk menunjukkan keagungan Islam melalui ketamadunan yang dibina oleh umatnya satu ketika dahulu.

“Harus diingat dalam hidup ini, ada dua wajah iaitu baik dan buruk yang sentiasa menyelubungi kita. Maka, dalam konteks ini, kita harus menunjukkan apa yang terbaik yang ada pada Islam bagi menangkis tanggapan negatif dunia terhadap anutan kita ini,” terang beliau sambil berharap lebih banyak penerbitan dokumentari seumpama itu dihasilkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo Penulis: Khadijah Mohamad Nor

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Maher Zain – Inshallah

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Adik Suka Baca Jawi

adik suka jawi

Siri “Adik Suka Baca Jawi” ini merupakan satu usaha untuk menarik  minat generasi muda untuk mendekati dan seterusnya mencintai tulisan Jawi, di tulis oleh Saudara Mohamad Haider. Cerita-cerita yang disampaikan dalam siri ini disertakan dengan ilustrasi yang menarik lagi berwarna-warni dan diharapkan dapat membantu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Buku ini terdapat dalam 6 siri. Harga permulaan yang murah cuma RM 9.90 sahaja. Dapatkan ianya sekrang untuk melatih anak anda meminati jawi serta berlaja untuk membaca dan menulis jawi. Klik sini untuk pembelian terus, Beli

Bersama memartabatkan tulisan Jawi demi generasi masa depan.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Selamat Berbuka Puasa

Selamat Berbuka Puasa

Petang nie saya cuma nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada anda semua.  Berbuka tu biarlah ala kadar sahaja ya. Kemudian terus tunaikan solat Maghrib secara berjemaah dengan isteri atau anak-anak.

Seterusnya Solat Isyaq di masjid dan jangan lupa Terawih sekali. Biar berterusan jangan tenggelam timbul. Tak lama pun, time nie la kita nak tambah dan tampal mana-mana amalan kita yang kurang.

Sedikit selingan di sini pilih la juadah di bawah untuk berbuka nanti ya :-) .

Ayam Percik

Ais Kacang

Cincau

Satay Kajang

Bubur Lambuk

Selamat berbuka puasa kawan-kawan.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Diari Doa Seorang Muslim

Diari Doa Seorang Muslim

Di ambil dari Majalah Solusi Isu 22. Untuk artikel lanjut boleh dapatkan di dalam Majalah Solusi Isu  20 di muka surat 16. Artikel bertajuk Aktifkan dirimu dengan DOA oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Di Mana Rasulullah Makan?

Sekadar Gambar Hiasan

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pulak menggunakan piring kecil. baginda juga tidak pernah dijamu roti yang diperhaluskan.” Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: “Saya bertanya kepada Qatadah, ‘Lalu di atas apakah mereka makan?’” Ia menjawab: “Di atas sufrah (kulit atau kain yang dihamparkan) semacam ini.”

(Riwayat al-Bukhari, al-Tairmizi, ibn Majah dan Ahmad)

Anas bin Malik juga meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti yang sudah dihaluskan hingga Baginda wafat.”

(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Dipetik daripada Syamil Muhammad s.a.w.: Peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Juadah Berbuka Puasa

Murtabak

Semalam awal-awal lagi dah dapat pesanan juadah berbuka hari ini adalah murtabak. Selera zaujah inginkan murtabak kena dipenuhi, almaklum berbadan dua :-) .  Bermula hari ini waktu bekerja adalah dari jam 8.00pagi hingga 4.30 petang. Waktu rehat tengah hari dipendakkan 1/2 jam.

Nampak gambar murtabak kat atas tu sungguh menyelerakan.

Bab makanan ni kita pasti ingin tahu nama makanan yang pelik-pelik yang hanya boleh kita temui ketika bulan Ramadhan. Tak akan jumpa time bulan lain. Time nie la kita akan jumpa berbagai jenis kuih muih, dan juga pelbagai nama air.

Apa yang penting berhemah la dalam berbelanja untuk juada berbuka, yang pasti anda semua akan tergoda dengan pelbagai jenis juadah tetapi sayang nya kerana ikutkan nafsu untuk berbuka maka berlaku lah pembaziran makanan.

Bulan Ramadhan ini melatih umat Islam mempertingkatkan disiplin diri supaya lebih bersabar, pemurah serta mengemas empati diri terhadap kesusahan orang lain. Beringat sebelum berbelanja.

Roti John

Nah roti john buat juadah berbuka hari ini. Selamat berbuka untuk anda semua pastikan jangan membazir dalam berbelanja. Masa untuk beredar, jam dah menunjukan 4.41petang. Time untuk ke Bazar Ramadhan :-) .

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Buah Kurma| Kebaikan Sahur dan Berbuka

Buah Kurma

Tiap kali bulan puasa je pastinya kita akan terdengar suara orang berbisik, rasa yang sangat menyeramkan….. Yusuf Taiyub :-)

Sebenarnya nak cerita pasal buah kurma. Jika anda tidak sempat untuk memasak ketika sahur, jangan risau cukup sahaja dengan kurma.

Kurma dapat memberikan anda kekuatan dan tenaga yang mencukupi sewaktu berpuasa.

Buah kurma baik digunakan ketika sahur, sebagaimana hadits dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam berikut ini;

“Artinya : Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah korma”

(Hadits Riwayat Abu Daud 2/303, Ibnu Hibban 223, Baihaqi 4/237 dari jalan Muhammad bin Musa dari Said Al-Maqbari dari Abu Hurairah. Dan sanadnya SHAHIH).

Di samping itu buah kurma pun menjadi makanan pembuka Nabi ketika berbuka;

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu (ia berkata) :

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan korma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan korma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air”

(Hadits Riwayat Ahmad (3/163), Abu Dawud (2/306), Ibnu Khuzaimah (3/277,278), Tirmidzi 93/70) dengan dua jalan dari Anas, sanadnya shahih).

Untuk saya, sudah cukup dengan hanya bersahur dengan 3 atau 7 biji kurma. Selamat menjalani ibadah puasa.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Orang Beriman Sebagai Penolong

Penolong

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan.” (Surah al-Maidah 5: 55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehhidupan makhluk tersebut mengikut ketetepan Rabbul Jalil.

Logiknya lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa supaya Nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan hidup spesisnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namum manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan ssiapa sahaja demi kepentingan diri.

Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan, penghayatan dan perlaksanaan tuntuntan kalimah tayyibbah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Tanpa ucapan kalimah ini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.

Sumber: Majalah Solusi Isu 20

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

FaceQuran | Keuntungan Berganda-Ganda

FaceQuran

Salam Ramadhan. InsyaAllah malam ni kita akan mula Solat Terawih dan esok kita akan mula berpuasa. Kebelakangan ini Facebook menjadi suatu laman sosial yang boleh di katakana wajib untuk di lawati setiap hari, setiap  jam, dan boleh di katakan setiap masa.

Kali ini saya ingin mengajak anda untuk menyertai suatu program afflitiate yang sangat menarik dan mempunyai potensi yang sangat hebat untuk menjana income sampingan dari internet sePANTAS kilat. Lebih hebat dari Log In Facebook dapat duit. Kali ini keuntungan yang pasti anda terima tanpa perlu ada keraguan dan was-was.

Program yang saya maksudkan adalah FaceQuran, program membaca al-Quran setiap hari.

Bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali ini merupakan satu peluang yang paling baik untuk kita meningkatkan ketaqwaan kita. Kita perlu memperbanyakkan ibadah dalam bulan ini. Bukan setakat yang wajib sahaja. Rebutlah peluang yang datang pada bulan Ramadhan ini kerana ia adalah anugerah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w.

Wahyu pertama Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan. Maka Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Bayangkanlah jika kita membaca Al-Quran keseluruhannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 185:

Ertinya : Bulan Ramadhan adalah bulan dimana diturunkan didalamnya Al-Quran. Ia sebagai petunjuk untuk manusia dan beberapa penerangan dan juga pemisah antara yang hak dan bathil.

Bersempena Ramadhan tahun ni, boleh tak dalam sebulan ni kalau anda semua stop facebook seketika. Kita masuk ke FaceQuran pulak. Kita ubah setiap hari, setiap jam dan setiap masa kita ber FaceQuran.

Kalau facebook kita boleh tahan berjam-jam apa kata kita ubah FaceQuran berjam-jam pulak. Kalau rasa tak mampu 5 minit pun boleh juga, tapi malu la kita nak FaceQuran 5 minit je kan kan.

Telah menjadi kebiasaan umat Islam untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Ini adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang mengkhatamkan Al-Quran pada bulan yang mulia ini. Bayangkan pahala yang berganda apabila seorang khatam Al-Quran dalam bulan ini. Bukan sahaja dia mendapat pahala berpuasa, malah apabila dia mengkhatamkan Al-Quran, 70 000 malaikat akan turun bersamanya, mengaminkan doanya dan memohon ampun dan rahmat baginya. Antara waktu yang paling mustajab doa adalah ketika khatam Al-Quran. Maka rebutlah peluang ini. Peluang yang tidak datang setiap hari.

Untuk sebulan ni je, tak lama pun. Ok la bukan tak boleh masuk  facebook boleh tapi lebihkan pada FaceQuran ya.

Ok saya tak paksa tapi cuba la ya,  Ambil la peluang yang ada ni, kita tak pasti akan dapat melalui di tahun hadapan. Mari kita isikan hari-hari dalam bulan ramdhan ni dengan membaca al-Quran sebagai alternatif amal untuk kita mencapai keampunan Allah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette