Doa Pembuka 12 Pintu

doa-12-pintu

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kata Mutiara

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?

Saya menerima email dari seorang sahabat.  Anda pasti pernah membaca cerita ini bukan? Tapi tak salah kalau kita refresh kembali. Agak menarik untuk di kongsikan di sini.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Adakah cinta memerlukan sebab? Saya rasa anda tahu sekarang :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Perdengar al-Quran sejak bayi

KEBOLEHAN kanak-kanak comel ini ketika menghafaz surah al-Waqiah ayat 1-96, di hadapan saya serta jurugambar begitu mengujakan kami.

Walaupun bahasa pertuturannya masih pelat, Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah boleh membaca surah al-Waqiah dengan jelas. Ia dialunkan bersama lagu yang kadangkala kuat dan perlahan, begitu menyentuh hati ibarat seorang qariah comel yang sedang memperdengarkan bacaan al-Quran kepada hadirin.

Malah adiknya, Darwish Adrian yang baru berusia dua tahun juga sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

Menurut ibu kepada dua anak ini, Mazlina Ramli, semua ibu boleh mendapatkan anak seperti Darwisya asalkan mereka tahu cara pembelajaran yang betul serta tidak jemu mengajar dengan penuh kasih sayang serta kesabaran.

Tambahnya, ada yang menyangka dia beruntung dikurnia anak bijak namun Mazlina memberitahu, semua ibu mampu memperoleh anak sehebat Darwisya asalkan mengetahui teknik yang betul mengajar anak.

“Kelahiran Darwisya sama seperti bayi lain, tiada bezanya. Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk atau tanda pelik.

“Malah, dia lambat berjalan dan bertutur. Namun sejak usia enam bulan saya sudah mendedahkannya dengan ayat al-Quran daripada cakera padat video (VCD) al-Furqan,” katanya.

Setiap pagi selepas bangun tidur sebelum menonton rancangan kartun kegemaran mereka, Mazlina memutarkan bacaan al-Quran terlebih dulu. Ini dilakukan secara berterusan setiap pagi manakala pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji Iqra’.

“Ketika mengajar memang Darwisya dan Darwish main-main. Maklumlah kanak-kanak, apabila suka, mereka mengaji apabila bosan mereka meninggalkan saya begitu saja.

“Darwish sering mengganggu kakaknya mengaji sehingga terkoyak muqaddam. Sebagai ibu saya harus bersabar melayan kerenah mereka kerana lambat-laun pengorbanan dan kesabaran saya berbaloi apabila melihat Darwisya menunjukkan kebolehan menghafaz serta membaca al-Quran walaupun usianya belum mencecah empat tahun,” katanya.

Menurut Mazlina, pada mulanya dia mahu menghantar anaknya mengaji al-Quran di mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan itu. Namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya yang ketika itu baru berusia setahun.

Rata-rata ramai ibu bapa mendedahkan kanak-kanak untuk mula belajar membaca, mengira atau mengaji pada umur empat dan lima tahun. Justeru, ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika pada usia itu.

“Memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga tiga tahun ke atas. Maka ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumah menjadi sekolahnya.

“Saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga tiga tahun. Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, barulah saya ingin berkongsi dengan semua,” katanya.

Tambahnya, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otak mereka pada waktu berkenaan ibarat span yang amat mudah menyerap air.

Mengikut kajian sains, pada umur dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80 peratus otak dewasa. Melatih otak menjadi kuat sama caranya dengan melatih otot tubuh menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlu rajin membuat latihan, begitu juga dengan otak.

“Tiada had umur paling minimum untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka dua tahun ke atas.

“Anak saya contohnya, menghafaz surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah terbabit semasa dia bayi. Pada umurnya dua tahun lapan bulan, dia sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

“Dia diuji oleh Akademi Darul Huffaz serta mendapat sijil Hafazan 30 Surah Terakhir daripada akademi itu. Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya,” katanya yang mahu Darwisya khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun.

Mazlina memberitahu, membaca dan menghafal adalah dua perkara berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak itu pandai membaca al-Quran untuk mula menghafal.

Sebagai bukti, ramai huffaz (penghafal al-Quran) daripada kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf atau tidak mengenal huruf, mereka juga boleh menghafal al-Quran.

Mazlina menggunakan set buku dan video cakera padat al- Furqan bermula daripada bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca. Setelah set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ untuk jilid 1-6, tetapi bermula dengan buku Iqra’ 3 dan seterusnya. Untuk hafazan, dia menggunakan kaedah al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Saya mulakan hafazan secara serius apabila anak saya memasuki buku Iqra’ 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu daripada segi pembelajaran bacaan al -Quran. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Sebagai ibu, Mazlina juga amat mementingkan makanan untuk anak-anaknya. Setiap kali membelikan makanan dia akan memastikan makanan itu halal dimakan.

Makanan yang terjamin halal adalah wajib untuk penghafaz al-Quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia perlu berfikir mengenai makanan yang dimakan sama ada halal atau tidak.

Antara makanan yang biasa diberikan Mazlina kepada anaknya ialah kacang badam yang sangat terkenal kerana kandungan minyaknya, kismis, minyak ikan, kurma, madu yang kaya dengan fruktosa (gula yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera), habbatus sauda, buah tin dan zaitun serta air surah Taha. Semua makanan ini dikisar dan dimakan dua hingga tiga sudu sehari.

“Namun sekali-sekala saya membenarkan mereka makan ais krim serta keropok terpilih saja. Malah makanan segera juga mereka ambil,” katanya.

Melihat perkembangan Darwisya yang sudah fasih berbahasa Inggeris dan boleh membaca al-Quran dengan baik, sekarang Mazlina dalam proses mengajar anaknya berbahasa Arab. Ini kerana dengan bertutur bahasa Arab, dia akan lebih mudah memahami ayat al-Quran.

Selain itu seperti ibu bapa lain, Mazlina juga mahu menghantar anaknya mempelajari kelas tertentu seperti kelas berenang, memanah dan kemahiran berfikir.

“Semua ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka, namun sebagai pengajar saya harus lebih mahir dan baik daripada mereka.

Justeru saya juga sedang melengkapkan diri dengan bahasa ketiga itu.

“Saya berharap proses pengajaran untuk kedua-dua anak saya akan berterusan sampai bila-bila dan dengan izin Allah kerana saya tidak mahu proses ini hanya separuh jalan.

“Ini kerana tugas mendidik anak-anak mengenai agama dan ilmu al-Quran adalah tanggungjawab ibu bapa,” katanya.

Ibu bapa yang ingin melihat kebolehan Darwisya menghafaz surah al-Waqiah ayat 1-96, boleh menghadiri majlis ulang tahun Pusat Al-Barakah, di alamat Lot 61083, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, Perak. Majlis ini akan diadakan pada 27 Jun 2010 bermula jam 9 pagi.

Pembaca juga boleh melayari laman sesawang Mazlina bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah yang digunakan untuk mengajar Darwisya dan Darwish menerusi http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/

Panduan mengajar:

  • Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Lakukan lima hari seminggu. Biasanya paling awal pada jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam.
  • Jangan marah. Selalunya ibu bapa cepat naik angin ketika mengajar anak mengaji.

    Sekiranya ingin marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika selalu memarahi kanak-kanak ketika mereka mengaji, mereka tidak akan suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji.

  • Hanya marah jika mereka tidak mahu mengaji.
  • Puji dan tepuk tangan dengan wajah ceria sekiranya mereka boleh membaca dengan betul.
  • Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang dimahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
  • Sabar serta tidak lupa disiplinkan diri sendiri dan anak untuk mengaji setiap hari. Jangan pula berharap anak akan terus pandai dengan sekali mengajar. Memang sangat mencabar untuk mengajar anak-anak kecil tetapi hasilnya sangat lumayan.
  • Rajin membacakan surah yang diinginkan untuk hafazan anak sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Lama-kelamaan mereka boleh mengikut kita membacanya.
  • Paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak. Berdoalah di dalam dan di luar solat.
  • Berdoa boleh menimbulkan sikap positif pada diri untuk mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak-kanak masih kecil dan tidak banyak dosanya.
  • Ramai yang lalai mendoakan anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
  • Sumber: myMetro 16/06/2010

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Si Cilik Pintar, Terang Hati

    KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tigatahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.

    Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudahboleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

    Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudahmenghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

    Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atautanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.

    “Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surahal-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

    Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebihdulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

    Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikutkaedah Iqra’.

    Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak sepertiDarwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

    “Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namuntiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

    “Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal hurufdan boleh membaca.

    Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, diamenggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

    “Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada merekabacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

    “Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30surah terakhir daripada akademi terbabit.“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya.

    Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quransebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untukpenghafaz al-Quran.Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buahzaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.

    Sumber: myMetro 15/06/2010

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Mengkaji Keaadan Diri

    David Mc.Clelland berkata, orang yang bercita-cita mahu mencapai prestasi tinggi selalu membuat penilaian ke atas dirinya sendiri dengan satu tekad, bagaimana dia dapat menjadi lebih baik di kemudian hari. Ini adalah satu cara yang baik bagi mengurangi kesilapan kerja, diterima oleh orang di sekelilingnya dan menjadi lebih produktif.

    Kita pun sebaliknya berani bertanya kepada majikan mengenai prestasi kita selama ini. Kemahuan yang tinggi dalam melakukan kajian diri menjadikan setiap pekerja dapat bekerja sebagaimana yang dikehendaki. Kemahuan yang sungguh-sungguh dalam melakukan kajian diri juga dapat memastikan sama ada tujuan sesuatu perkara itu mencapai matlamatnya. Selain itu, kita dapat menemui makna setiap tujuan yang di miliki melalui kajian diri.

    Seseorang itu dikatakan Berjaya bukan kerana dia berasa sudah Berjaya ataupun tujuan hidupnya sudah tercapai. Dia hanya boleh dikatakan sudah Berjaya apabila orang lain mengatakan dia Berjaya dan mereka juga berkongsi kejayaan yang diraihnya. Jadi, kejayaan menjadi sempurna apabila orang di persekitaranya mengiakan kejayaannya dengan cara yang benar dan mereka juga dapat menumpang atau berkongsi keuntungan yang diterima individu itu kerana dia menjadi saluran keuntungan bagi orang lain.

    Petikan: Mencari Makna Hidup

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Doa Kita Berdua

    Ya Allah

    Kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu

    Bersama kurnia sekalung hidayah

    Tapi Kadang-kadang terasa bahang murka-Mu

    Seiring patahnya sebuah mujahadah kami berdua…

    Ya Allah,

    Walau apa pun kami masih terus di sini…

    Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti

    Di sini kami masih mendamba cinta

    Kerana yakin cinta-Mu tak pernah sirna…

    selama-lamanya!

    … buat kami berdua

    Kau dekat terlalu

    tanpa senyum

    tanpa suara

    namun cinta-Mu ketara jua!

    Dalam doa…

    kami berdua!

    Nukilan: Pahrol Mohamad Juoi

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Tips Bagaimana Mengelakkan Rasa Penat dalam Kerja

    • Suka terhadap pekerjaan anda dengan sepenuh hati.
    • Bangunkan kerjaya anda kepada skop yang lebih luas atau lebih tinggi.
    • Bersedia dengan bekalan bahan api untuk tenaga fizikal yang mencukupi, seperti makanan yang berzat terutamanya jika anda terlibat dengan kerja yang kasar dan berat.
    • Seimbangkan masa berkomunikasi dengan mesin dan berkomunikasi dengan manusia. Berkomunikasi dengan mesin meletihkan tetapi berkomunikasi dengan manusia menyegarkan.
    • Kalau anda rasa sebaliknya (lemah berkomunikasi dengan manusia dan segar berkomunikasi dengan mesin) bermakna anda bukanlah seorang produktif tetapi robitik, yang hanya memerlukan seorang tuan atau majikan.
    • Ruang kerja anda mestilah mempunyai bekalan oksigen yang segar.
    • Berkerja di dalam ruang yang luas.
    • Sediakan dua kerja yang berasingan: kerja utama dan kerja sokongan. Apabila anda letih dengan kerja utama, berpindahlah kepada kerja sokongan. Anda akan segar semula. Kerja sokongan adalah seperti ,mencari bahan di internet, menyusun atau mencari fail, berkomunikasi dengan seseorang, mesyurat dan sebagainya.
    • Kerja yang menggunakan kekuatan minda memerlukan bekalan oksigen yang segar dan makanan yang berzat.

    Sumber: Hj.Muhammad Zakaria (Master Trainer, Pusat Latihan Sri al-Ain)

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Menghadapi Musibah

    Musibah datang tanpa mengira siapa, dimana, bagaimana dan bila ia akan berlaku. Andai sesuatu musibah melanda, bertenang dan bersabar la. Pandangilah setiap musibah yang melanda dari sudut yang positif.

    Tekanan ke atas sesuatu musibah dapat kita elakan, caranya kita perlu melalui anjakan pola pemikiran. Dan perubahan pola permikiran itu pernah di sampaikan dan dicontohi oleh berbagai ulama Islam.

    Apabila menghadapi musibah, selalu menjaga fikiran kita sepositif mungkin. Antaranya adalah dengan menyakini bahawa musibah ini sebagai petanda bahawa Allah sedang menguji kita sebagai orang Mukmin. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Seseorang Mukmin laksana pokok tanaman, setiap kali angin lalu menhentamnya. Dan seorang munafik laksana tumbuhan padi, ia tidak akan dicabut melainkan ketika waktu menuai.”

    Juga meyakini bahawa Allah s.w.t. sedang membersihkan dosa-dosa kita. Dalam kitab Muwatha dan Sunan al-Tirmizi Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Bala sentiasa menimpa diri anak-anak dan harta seorang Muslim atau Muslimah, sehingga ia menhadap Allah tanpa membawa dosa sedikit pun.”

    SubhanAllah, beruntung bukan bila dosa-dosa kita terhapus sebelum menghadap Nya.

    Sebenarnya, apabila anda mengalami sesuatu musibah contohnya kecurian, cuba kita ambil contoh dan lakukan seperti kisah yang diceritakan oleh Iman al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin. Pada suatu ketika seorang lelaki soleh telah kehilangan wangnya. Setelah puas mencari. Ia baru menyedari bahawa seseorang telah mencurinya. Ia segera berkata: “ Semoga Allah memberkatinya. Mungkin dia lebih memerlukan wang itu daripada saya.”

    Hebatkan. Inilah jawapannya, Saya rasa anda semua faham, kan? Yang penting bukan wang itu sendiri. Ada sesuatu yang lebih penting yang akan kita terima dimana ganjaran berlipat ganda setinggi gunung.

    Bertenang la, apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang mesti kita lakukan bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita. Kerana itu kita di beri ujian ini. Kemudian kita bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan, maka kita akan hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan penuh keredaan.

    Alhamdulillah rasa lega sedikit.

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Selamat Hari Guru

    16 Mei setiap tahun dikahskan sebagai hari guru. Buat Along Selamat Hari Guru. Semoga dikau tabah dengan gelagat anak murid mu. Jangan garang sangat dengan budak-budak tau :-)

    Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia. Dikau ibarat cahaya yang memberi arah kepada semua anak murid mu. Setiap kerja keras, tunjuk ajar, pesanan dari mu tidak mungkin dapat di balas dengan nilai wang ringgit. Teruskan perjuangan mu untuk membimbing anak-anak Malaysia. Ke arah melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi pendidikan malah mempunyai akhlak yang terpuji.

    Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:“Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat”.

    Sampaikan lah ilmu yang anda ada dengan sebaiknya. Kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia, jangan di sia-sia kan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang pendidik. Didik dan bimbimng la bakal pemimpin masa depan kita agar suatu hari nanti mereka ini yang akan mentadbir negara kita ini.

    Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”. (Surah Al-Baqarah: 159)

    Seorang pendidik itu ialah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran. Dengan ertikata lain seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab, universiti, surau, masjid, pondok atau madrasah. Pengertian seperti ini lebih khususiah. Walau bagaimanapun proses pendidikan itu juga berlaku di mana-mana seperti di rumah, tempat permainan dan sebagainya. Oleh yang demikian tugas mendidik itu bukan hanya menjadi taggungjawab guru di sekolah malah mereka yang terlibat sama ada secara formal atau tidak formal, terutama sekali ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri.

    Selamat Hari Guru 2010, Guru Pembina Generasi Negara.

    Digg This
    Reddit This
    Stumble Now!
    Buzz This
    Vote on DZone
    Share on Facebook
    Bookmark this on Delicious
    Kick It on DotNetKicks.com
    Shout it
    Share on LinkedIn
    Bookmark this on Technorati
    Post on Twitter
    Google Buzz (aka. Google Reader)

    Dansette