Tips Kemahiran Menangani Stres

Tension

  • Kenal pasti tahap tekanan
  • Cari punca tekanan
  • Koreksi dan muhasabah diri
  • Perkemaskan kaedah mengurus emosi
  • Kaji semula pegangan hidup
  • Seimbangkan kehidupan
  • Urus diri dengan sebaik mungkin
  • Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
  • Baiki hubungan sesama manusia
  • Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
  • Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
  • Lakukan amalan pencegahan
  • Lakukan aktiviti santai
  • Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
  • Hidupkan suasana ketenangan dan kecerian
  • Luahkan masalah kepada seseorang yang dipercayai.

Petua Menangani Stress: DMFK (Dato Dr. Fadzilah Kamsah)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Perbezaan PEMENANG dengan ORANG YANG KECUNDANG

Pemenang VS Kecundang

  • Pemenang selalu menjadi sebahagian daripada jawapan.
  • Orang yang kecundang sering menjadi sebahagian daripada masalah.
  • Pemenang selalu mempunyai program.
  • Orang yang kecundang sering mempunyai alasan.
  • Pemenang berkata “Saya buatkan untuk anda”
  • Orang yang kecundang berkata, “Itu bukan tugas saya”
  • Pemenang selalu melihat jawapan dalam setiap masalah.
  • Orang kecundang selalu melihat masalah pada setiap penyelesaian.
  • Pemenang selalu berkata, “Walaupun sukar, tetapi ia boleh dilakukan.”
  • Orang yang kecundang berkata, “Mungkin boleh dilakukan tetapi sukar.”

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

10 Komitmen bagi Mengukuhkan Refleksi dan Inspirasi Diri

Melangkah Kehadapan

Thomas Jefferson mengemukakan 10 wacana yang kita pilih bagi mengembangkan hidup yang lebih baik.

  1. Jangan pernah menunda sampai esok apa yang dapat dilakukan hari ini.
  2. Jangan menyusahkan orang lain dengan perkara yang boleh kita lakukan sendiri.
  3. Jangan gunakan wang sendiri sebelum kita memilikinya.
  4. Jangan beli apa yang tidak kita perlukan hanya kerana harganya murah. Sebenarnya ia jadi mahal bagi kita.
  5. Keangkuhan perlu dibayar lebih mahal dibandingkan dengan rasa lapar, dahaga dan kedinginan.
  6. Kita tidak pernah menyesal kerana makan sedikit.
  7. Lupakan kesalahan-kesalahan masa lalu dan utamakan prestasi  lebih besar pada masa depan.
  8. Selalu tunjukkan muka yang berseri-seri dan berikan senyuman kepada setiap makhluk hidup yang kita temui.
  9. Berikan sebanyak mungkin waktu bagi memperbaiki diri hingga kita tidak punya waktu lagi mengkritik orang lain.
  10. Jadilah orang yang terlalu besar untuk berasa bimbang, terlalu terhormat untuk marah-marah, terlalu kuat untuk takut dan terlalu bahagia untuk membiarkan terjadinya pergaduhan.
Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Maher Zain – Baraka allahu lakuma ماهر زين – بارك الله لكــما

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you’ll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Maher Zain – Open Your Eyes – ماهر زين

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO……

“*”
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day…
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time…

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO……….

Repeat “*”

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat “*”

Allah…

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

…..Alhamdulillah……

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: 30 Strategi Membina Pengaruh

Cipta Pengaruh Luar Biasa Setiap Hari

Baru bertukar kerja? Di pindahkan ke jabatan yang baru?  Perlukan pengaruh, bagaimana nak mencipta pengaruh luar biasa setiap hari.  Bagaimana nak menpengaruhi rakan-rakan baru anda, keluarga dan masyarakat.

Buku ini ada jawapan dia, 30 Strategi Membina Pengaruh hasil penulis prolifik Malaysia, Saudara Zamri Mohamad dan Saudara Haeqal Zulqarnain.

30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.

Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh di bina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.

Jadi tuan-tuan, dapatkan sahaja buku ini jika anda ingin mengetauhi lebih lagi tip-tip dan kisah-kisah yang dapat anda manfaatkan untuk membina pengaruh sehingga ke puncak kejayaan. Apa tunggu lagi pada harga RM 13.90 anda mampu untuk memiliki nya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Jangan Abai Ibu Bapa

Gambar Hiasan

Kisah 1
“Jauh termenung,” sapa Lina bila melihat Makcik Lijah membatu di depan jendela.

“Apa yang makcik fikirkan tu”. Lina cuba mengorek rahsia.

“Kenapa lah nasib makcik jadi begini, Na? Ada anak ramai tapi seorangpun tak boleh diharap”, luah Makcik Lijah dengan nada kesal dan sayu.

“Rasanya dah berbulan mereka tidak datang menjenguk”. Rungut Makcik Lijah lagi.

“Sudahlah tu makcik, mungkin mereka sibuk agaknya”.

“Esok lusa sampailah tu,” pujuk Lina sambil menarik tangan Makcik Lijah menuju ke dewan makan.

Kisah 2

“Long! Bila nak ambil ayah ni,” dengus Rahmah di dalam telefon.

“Nantilah Along sibuk hujung minggu ni,” dalih abang sulung Rahman.

“Dari bulan lepas janji nak datang. Ini dah tak ikut apa yang kita persetujui dulu… nak gilir-gilir jaga,” keras suara Rahmah.

SENARIO di atas semakin lumrah bagi masyarakat Malaysia, tidak terkecuali Melayu, Cina dan India atau apa pegangan agama mereka sekalipun. Apa lagi, setiap orang ada yang sudah bergelar ibu bapa atau bakal menerima status ibu atau bapa. Sudah pastinya, semua orang di dunia ini ada ibu bapa.

Cuma yang membezakan adakah kita sempat melihat atau berjasa kepada kedua-dua orang tua kita ketika di hayat mereka? Apatah lagi sewaktu mereka di hujung usia atau semasa mereka kesunyian mahupun keuzuran. Sejauh manakah kita mampu menghadapi situasi sebegini ditambah pula dengan komitmen yang pelbagai?

Hakikatnya, apabila menyentuh persoalan ketaatan atau tanggungjawab kita kepada ibu bapa, ia adalah fitrah yang lahir dalam diri setiap individu yang bergelar anak. Bahkan mentaati ibu bapa adalah perkara pokok yang ditekankan dalam pendidikan anak-anak dan telah bermula tanpa kita sendiri sedari dalam kehidupan berkeluarga.

Malah perihal berkaitan ketaatan kepada orang tua itu amat ditekankan bukan sahaja di dalam agama Islam, bahkan pada setiap ajaran agama di dunia ini.

Dalam Islam perkara ini cukup jelas. Sejak kecil anak-anak telah dididik untuk mematuhi dan mentaati ibu bapa dalam semua perkara selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Tradisi agama lain seperti Buddha, Hindu dan kristian juga semuanya menganjurkan supaya anak-anak menyayangi, mematuhi, menghormati, berbuat baik dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka.

Hal ini telah dijelaskan pada sesi pertama bertajuk An Understanding of the Foundation of Filial Piety From Various Traditions pada seminar A Multi-Cultural Understanding of Filial Piety, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam tradisi agama Cina contohnya, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya, Dr. Yam Kah Kean menjelaskan, ketaatan kepada ibu bapa adalah sifat penting di dalam budaya masyarakat Cina.

Tradisi menekankan dan mempraktikkan ketaatan telah dikesan semenjak sebelum kewujudan fahaman Konfusianisme lagi.

Malah perlakuan mentaati itu bukan sekadar dalam lingkungan ibu bapa yang masih hidup sahaja tetapi melangkaui ke alam selepas mati. Konsep ini terbawa dengan signifikan agama dan amalan memuliakan nenek moyang yang masih meresap dalam tradisi Cina hingga sekarang.

Katanya lagi, definisi tentang ketaatan kepada ibu bapa di dalam tradisi masyarakat Cina merangkumi enam perkata iaitu mematuhi, memperingati, menyokong, menghormati, tidak membuat mereka risau atau bersedih dan ia adalah asas kepada segala kebaikan.

“Idea berkaitan ketaatan ini nampaknya turut meresap dalam budaya popular Cina. Contoh yang paling ketara ialah cerita-cerita 24 anak yang taat. Kisah popular ini telah disusun oleh Guo jujing dari Dinasti Yuan.

“Cerita-cerita ini bertujuan mendidik generasi muda kepentingan dan kebaikan hasil ketaatan kepada ibu bapa. Ada segelintir daripada kisah tersebut kelihatan janggal dan melampau. Tetapi hakikatnya, mesej yang cuba disampaikan itu ialah bahawa ketaatan itu yang utama tanpa apa alasan sekalipun.

“Mereka yang memikul tanggungjawab ini secara baik, maka mereka akan diberkati oleh Tuhan mereka. Malah kisah-kisah ini turut disertakan dengan lukisan yang biasanya digantungkan di tokong-tokong. Pengajaran tentang ini juga ada disampaikan menerusi rangkap berirama untuk menarik golongan kanak-kanak,” kata Kah Kean.

Beliau menambah, ketaatan kepada ibu bapa seharusnya menjadi kebaikan utama dalam tradisi masyarakat Cina dan amat diperlukan dalam budaya masyarakat tersebut.

Perkara yang sama juga dibangkitkan dalam tradisi agama Kristian dan agama Hindu. Apatah lagi di dalam agama Islam. Yang pastinya, penjelasan Islam berkaitan ketaatan kepada ibu bapa cukup banyak ditegaskan sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis.

Cantiknya di dalam ajaran Islam, tanggungjawab terhadap ibu bapa itu bukan hanya ke atas ibu bapa sendiri malah hak yang sama turut diterima ibu dan bapa mentua.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada menantunya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum beragama Islam.

Malah hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Demikian menurut Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam kertas kerja bertajuk, ‘Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua’ pada seminar dua hari itu.

Pendek kata, tambahnya, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa jua agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Surah al-Israk ayat 23-24 ujar Mohd. Ridhuan Tee telah menjelaskan tentang tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Malah jika melihat kemelut yang berlaku dalam perhubungan di antara ibu bapa dengan anak-anak kandung dan menantu seperti menafikan hak ibu bapa, meminggirkan sama ada dari segi kewangan mahupun kebajikan ibu bapa serta lepas tangan dengan alasan yang tidak munasabah dan banyak lagi.

Maka saran Mohd. Ridhuan Tee, hadis riwayat Bukhari dan Muslim wajar dijadikan renungan dan iktibar agar kita selamat di dunia dan di akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.

Kongsinya lagi, Abdullah Nasih Ulwan, menggariskan 26 tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya (termasuk ibu bapa mentua). Antaranya: Mentaati mereka kecuali perkara maksiat, berbicara dengan adab dan lemah-lembut, bangun apabila mereka datang, mencium tangan, memuliakan, memelihara nama, kehormatan dan harta benda, bermesyuarat dalam urusan berkaitan, gembirakan hati, tidak mengangkat suara, mendoakan mereka dan banyak lagi.

Sementara itu Felow Kanan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman dalam kertas kerja bertajuk, ‘Kewajipan Anak Terhadap Ibu Bapa Tunggal’ menjelaskan, isu utama yang menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan anak-anak apabila memperkatakan ibu bapa di usia lanjut, khususnya yang sudah uzur. Apa lagi jika mereka itu sudah kematian pasangan atau perceraian.

Dalam keadaan ini, katanya, anak-anak tiada pilihan melainkan mengambil tanggungjawab untuk memelihara ibu atau bapa yang sakit itu. Oleh itu, anak-anak perlu bersedia untuk situasi ini, di mana ia mungkin menuntut pengorbanan yang lebih besar. Mungkin lebih kepada anak perempuan memandangkan jangka hayat wanita lebih panjang berbanding lelaki.

Isu penjagaan

“Permasalahan utama berkaitan hal ini ialah isu penjagaan. Sungguhpun ia merangkumi soal nafkah, namun memberi wang adalah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan anak-anak.

“Isu yang lebih utama ialah memberi penjagaan sebenar yang meliputi penyediaan tempat tinggal, makan minum serta kasih sayang.

“Penjagaan inilah yang mendatangkan dilema bagi sesetengah anak-anak, apa lagi kini anak perempuan atau anak lelaki, masing-masing telah keluar bekerja. Dibebankan pula dengan kedudukan ekonomi yang tidak mengizinkan dan perhatian yang lebih khusus perlu diberikan kepada ibu bapa yang sudah uzur,” katanya mungkin ia dianggap remeh tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.

Kata Siti Fatimah lagi, jika permasalahan ini gagal ditangani atau diberi respons yang wajar, maka anak-anak akan dicop atau dihukum sebagai derhaka dan tidak sedar diri. Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah hakikat bahawa nilai di kalangan anak-anak itu telah berubah.

Ini kerana, jelas beliau, ada anak-anak merasakan bahawa menjaga ibu bapa yang tua bukanlah tanggungjawab mereka. Begitu juga di mana tanggungjawab itu menjadi bersyarat, iaitu jika ibu bapa menjaga mereka dengan baik, maka layanan yang sama akan diberikan dan begitulah sebaliknya.

“Perkembangan seperti ini berlaku dalam masyarakat Melayu dan bangsa asing. Walaupun mungkin ada yang menganggap ia sebagai kes terpencil, kita bimbang jika tidak diawasi, ia boleh semakin membarah dalam masyarakat kita.

“Sedangkan di dalam negara kita yang rakyatnya percayakan Tuhan (beragama), kita ada garis panduan iaitu agama, yang telah menggariskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Tanggungjawab itu adalah satu kewajipan dan bukan tanggungjawab bersyarat,” tegasnya.

Siti Fatimah menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil demi memastikan kebajikan warga emas ini terbela.

Antaranya, mengukuhkan institusi keluarga dengan penghayatan agama, memperteguhkan ikatan kejiranan supaya dapat saling membantu dalam usaha penjagaan warga tua. Seterusnya memperbanyakkan kemudahan untuk membantu anak-anak melaksanakan tanggungjawab ini.

Walau bagaimanapun, kata beliau, ramai anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama serta komited terhadap tanggungjawab mereka kepada ibu bapa. Hakikatnya, inilah peluang untuk membalas jasa, peluang untuk berbakti dan peluang untuk merebut pahala.

Malah kita juga perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi lumrah apabila melakukan sesuatu yang baik, banyak dugaan yang akan melanda. Pokoknya, hidup kita bukanlah untuk dunia semata-mata tetapi juga sebagai persiapan ke akhirat kelak.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot pula berkata, kebanyakan balasan di atas dosa umat Muhammad dibalas di akhirat, kecuali dosa menderhakai ibu bapa, katanya sebahagian pembalasannya akan dirasai (disegerakan) di dunia ini.

Ia bersandarkan kepada hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan penyeksaannya, sesuai dengan kehendak Allah, sampai hari kiamat kecuali dosa menderhakai kedua ibu bapa”.

“Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasannya kepada pelakunya ketika ia masih hidup iaitu merupakan balasan di dunia, sebelum terjadinya hari kiamat,” kata Nooh.

Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya, ‘Tanggungjawab Anak Setelah Pemergian Ibu Bapa’ pada hari kedua seminar tersebut.

Tambah beliau berjasa kepada ibu bapa itu besar keistimewaannya dan memperoleh pelbagai ganjaran. Lantaran, berfikiran positif perlu.

Seseorang itu bukan sahaja mendapat keredaan Allah dan dimasukkan ke syurga-Nya, namun mereka akan dipanjangkan umur, doa dimakbulkan, dimurahkan rezeki, dianugerahkan anak yang soleh, menghapuskan dosa, kehidupan diberkati Allah.

Malah kelebihan ini datang dalam keadaan di mana ia dapat menjauhkan diri kita daripada kefakiran, mendapat ganjaran pahala yang lebih besar daripada berjihad fisabilillah, mendapat karamah (kemuliaan luar biasa, dianugerahkan ketenangan dan kebahagiaan serta anda akan dihormati dan ditaati oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka. Akhir sekali, selamat daripada bahaya dan malapetaka.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009 (Oleh Zuarida Mohyin)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Selamat Hari Bapa

Abi, Walid, Dady, Ayah, Bapa, Father, Ba ba, dan lain-lain lagi. Apa saja gelaran yang diberi Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua kaum Adam yang telah menjadi bapa dan juga bakal menjadi bapa.

Ada Hari Ibu, Hari Bapa. Bagi saya ibu atau ayah mereka tetap sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka pada kita kerana kita juga dah jadi bapa dan mempunyai anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Dari semenjak kita lahir sehingga la kita dewasa dan seterusnya bekerluarga. Tidak terbalas jasa mereka ini jika ingin kita kirakan. Jangan kita sesekali menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.

Riwayat Bukhari & Muslim


Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Surah al-Israk ayat 23-24

Ingatlah kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Anak yang soleh dan soleha dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Bukan wang ringgit yang menjadi harapan mereka ini, cukuplah dengan seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringgit.

Ambil la kesempatan yang ada ini sementara anda masih lagi mempunyai ibu dan ayah, hargai la merka dengan penuh kasih sayang. Bagi yang telah tiada doakankan la untuk kesejahteraan meraka, sesungguhnya amalan yang berterusan untuk kedua ibu bapa ialah doa dari anak-anak yang soleh dan soleha.

Buat ayah ku tercinta Tuan Haji Atan Haji Mahmod, terima kasih kerana telah membesarkan diriku serta memberikan pendidikan yang terbaik untuk diriku. Pengorbanan mu sungguh besar, tidak terbalas jasa mu dengan wang ringgit. Terima Kasih Ayah.


Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kata Mutiara ~ Dr. HM Tuah

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Betul kata Dr. Tuah, buat permulaan kita majukan diri kita dahulu. Untuk lebih motivasi, sentiasa lakukan perubahan. Buat lain dari biasa. Baru kita akan menjadi seorang yang luar biasa. Untuk berjaya sebenarnya tidak susah, momentum kejayaan itu telah berada di dalam diri kita. Hanya menunggu masa untuk diletuskan sahaja. Apa kata anda mulakan sekarang.

Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

What Did I do Today?

What Did I do Today?

By: Dawud Wharnsby Ali

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I has whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy’yal adheem.
But was my faithBright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamidaRabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I’ve bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby’yal a’la
Did I turn to youAnd did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my mind?
Did I use my time?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette