Juadah Berbuka Puasa

Murtabak

Semalam awal-awal lagi dah dapat pesanan juadah berbuka hari ini adalah murtabak. Selera zaujah inginkan murtabak kena dipenuhi, almaklum berbadan dua :-) .  Bermula hari ini waktu bekerja adalah dari jam 8.00pagi hingga 4.30 petang. Waktu rehat tengah hari dipendakkan 1/2 jam.

Nampak gambar murtabak kat atas tu sungguh menyelerakan.

Bab makanan ni kita pasti ingin tahu nama makanan yang pelik-pelik yang hanya boleh kita temui ketika bulan Ramadhan. Tak akan jumpa time bulan lain. Time nie la kita akan jumpa berbagai jenis kuih muih, dan juga pelbagai nama air.

Apa yang penting berhemah la dalam berbelanja untuk juada berbuka, yang pasti anda semua akan tergoda dengan pelbagai jenis juadah tetapi sayang nya kerana ikutkan nafsu untuk berbuka maka berlaku lah pembaziran makanan.

Bulan Ramadhan ini melatih umat Islam mempertingkatkan disiplin diri supaya lebih bersabar, pemurah serta mengemas empati diri terhadap kesusahan orang lain. Beringat sebelum berbelanja.

Roti John

Nah roti john buat juadah berbuka hari ini. Selamat berbuka untuk anda semua pastikan jangan membazir dalam berbelanja. Masa untuk beredar, jam dah menunjukan 4.41petang. Time untuk ke Bazar Ramadhan :-) .

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Beli Online | Butik Inspirasi.Com | Koleksi Tudung

Butik Inspirasi

Sedikit promosi, sambil blog walking terjumpa butik tudung online rupa nya blog ini milik kakak salah seorang sahabat saya Saudara Faizul Khairi. Sempat beli 2 helai untuk my Zaujah. Banyak koleksi tudung yang cantik dan menarik di sini. Boleh beli secara online.

Inspirasihana.Com merupakan butik online yang menjual pelbagai tudung untuk keperluan muslimah yang ingin tampil bergaya namun ingin bertudung sebagai menyahut kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Sebagai pengguna, anda dialu-alukan membuat pembelian secara selamat disini. InsyaAllah Kami sentiasa berusaha untuk  memuaskan hati para pelanggan kami.

Justeru itu kami dari masa ke semasa akan menambah produk kami untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ikutilah perkembangan produk kami di inspirasihana.com. Akhir kata kami mengucapkan selamat membeli.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Buah Kurma| Kebaikan Sahur dan Berbuka

Buah Kurma

Tiap kali bulan puasa je pastinya kita akan terdengar suara orang berbisik, rasa yang sangat menyeramkan….. Yusuf Taiyub :-)

Sebenarnya nak cerita pasal buah kurma. Jika anda tidak sempat untuk memasak ketika sahur, jangan risau cukup sahaja dengan kurma.

Kurma dapat memberikan anda kekuatan dan tenaga yang mencukupi sewaktu berpuasa.

Buah kurma baik digunakan ketika sahur, sebagaimana hadits dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam berikut ini;

“Artinya : Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah korma”

(Hadits Riwayat Abu Daud 2/303, Ibnu Hibban 223, Baihaqi 4/237 dari jalan Muhammad bin Musa dari Said Al-Maqbari dari Abu Hurairah. Dan sanadnya SHAHIH).

Di samping itu buah kurma pun menjadi makanan pembuka Nabi ketika berbuka;

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu (ia berkata) :

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan korma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan korma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air”

(Hadits Riwayat Ahmad (3/163), Abu Dawud (2/306), Ibnu Khuzaimah (3/277,278), Tirmidzi 93/70) dengan dua jalan dari Anas, sanadnya shahih).

Untuk saya, sudah cukup dengan hanya bersahur dengan 3 atau 7 biji kurma. Selamat menjalani ibadah puasa.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

iMotivasi|Motivasi pekerja – bersedia menerima arahan

Kerja

Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.

Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.

Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.

Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam kajian kami, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.

Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.

Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.

Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.

Artikel ini saya petik dari laman www.imotivasi.com banyak tip-tip motivasi di sini. Jika anda berkesempatan berkunjung la ke iMotivasi.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Orang Beriman Sebagai Penolong

Penolong

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan.” (Surah al-Maidah 5: 55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehhidupan makhluk tersebut mengikut ketetepan Rabbul Jalil.

Logiknya lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa supaya Nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan hidup spesisnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namum manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan ssiapa sahaja demi kepentingan diri.

Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan, penghayatan dan perlaksanaan tuntuntan kalimah tayyibbah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Tanpa ucapan kalimah ini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.

Sumber: Majalah Solusi Isu 20

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

FaceQuran | Keuntungan Berganda-Ganda

FaceQuran

Salam Ramadhan. InsyaAllah malam ni kita akan mula Solat Terawih dan esok kita akan mula berpuasa. Kebelakangan ini Facebook menjadi suatu laman sosial yang boleh di katakana wajib untuk di lawati setiap hari, setiap  jam, dan boleh di katakan setiap masa.

Kali ini saya ingin mengajak anda untuk menyertai suatu program afflitiate yang sangat menarik dan mempunyai potensi yang sangat hebat untuk menjana income sampingan dari internet sePANTAS kilat. Lebih hebat dari Log In Facebook dapat duit. Kali ini keuntungan yang pasti anda terima tanpa perlu ada keraguan dan was-was.

Program yang saya maksudkan adalah FaceQuran, program membaca al-Quran setiap hari.

Bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali ini merupakan satu peluang yang paling baik untuk kita meningkatkan ketaqwaan kita. Kita perlu memperbanyakkan ibadah dalam bulan ini. Bukan setakat yang wajib sahaja. Rebutlah peluang yang datang pada bulan Ramadhan ini kerana ia adalah anugerah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w.

Wahyu pertama Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan. Maka Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Bayangkanlah jika kita membaca Al-Quran keseluruhannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 185:

Ertinya : Bulan Ramadhan adalah bulan dimana diturunkan didalamnya Al-Quran. Ia sebagai petunjuk untuk manusia dan beberapa penerangan dan juga pemisah antara yang hak dan bathil.

Bersempena Ramadhan tahun ni, boleh tak dalam sebulan ni kalau anda semua stop facebook seketika. Kita masuk ke FaceQuran pulak. Kita ubah setiap hari, setiap jam dan setiap masa kita ber FaceQuran.

Kalau facebook kita boleh tahan berjam-jam apa kata kita ubah FaceQuran berjam-jam pulak. Kalau rasa tak mampu 5 minit pun boleh juga, tapi malu la kita nak FaceQuran 5 minit je kan kan.

Telah menjadi kebiasaan umat Islam untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Ini adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang mengkhatamkan Al-Quran pada bulan yang mulia ini. Bayangkan pahala yang berganda apabila seorang khatam Al-Quran dalam bulan ini. Bukan sahaja dia mendapat pahala berpuasa, malah apabila dia mengkhatamkan Al-Quran, 70 000 malaikat akan turun bersamanya, mengaminkan doanya dan memohon ampun dan rahmat baginya. Antara waktu yang paling mustajab doa adalah ketika khatam Al-Quran. Maka rebutlah peluang ini. Peluang yang tidak datang setiap hari.

Untuk sebulan ni je, tak lama pun. Ok la bukan tak boleh masuk  facebook boleh tapi lebihkan pada FaceQuran ya.

Ok saya tak paksa tapi cuba la ya,  Ambil la peluang yang ada ni, kita tak pasti akan dapat melalui di tahun hadapan. Mari kita isikan hari-hari dalam bulan ramdhan ni dengan membaca al-Quran sebagai alternatif amal untuk kita mencapai keampunan Allah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ramadhan Yang Di Rindui

Kebaikan Ramadhan

Ramadhan yang di rindui, InsyaAllah esok kita akan mula berpuasa, ambil masa sekejap fikir dan renungkan, kini ramadhan datang lagi cuba di hitungkan telah berapa kali kita menemui ramadhan. Bagaimana keadaan amalan serta puasa kita pada ramadhan yang lepas??

Hadis di bawah ini sudah cukup untuk di jadikan motivasi untuk kita lebih beramal pada ramadhan kali ini:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justru tidak memasukkan dia ke surga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

[Hadis Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)

Jom azam untuk Ramadhan kali ini kita ingin lakukan yang terbaik berbanding tahun sebelum nya, kerana belum pasti kita akan dapat menemui ramadhan pada tahun-tahun hadapan. Mari kita isikan hari-hari dalam bulan ramdhan dengan membaca al-Quran sebagai alternatif amal untuk kita mencapai keampunan Allah. Semoga kita sentiasa terdiri dari golongan-golongan orang yang ber Iman.

Sedia ya , kita jadikan ramadhan kali ini yang terbaik pernah kita temui dan lalui. Kita penuhi ramadhan dengan amalan kebaikan, cahaya keberkatan dalam diri. InsyaAllah.

Salam Ramadhan dari saya untuk anda pembaca semua.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Lelaki yang Sentiasa Berlapang Dada

Berlapang Dada

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepda orang lain. Suatu hari dia berkata kepada hambanya, “Ambilah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah – mudahan Allah berkenaan mengampuni kita.”

Berapa sahaja…

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah s.w.t. bertanya, “Adakah kamu pernah berbuat baik?” Dia dengan jujur menjawab, “Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, ‘ ambillah berapa pun yang di berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita.’ Kemudian Allah berfirman, “ Cukup, Aku telah mengampunimu.”

Pengajaran:

  • Kita digalakan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.
  • Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah s.w.t. walaupun suatu amalan yang kecil namum mendatangkan pahala yang besar.
  • Perkataan Allah terhadap seorang hamba bergantung kepada akhlak hamba tersebut terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Apabila seseorang berhati kasar, maka demikian juga Allah akan memperlakukanya. Barang siapa berlemah lembut, sayang serta memberi kemudahan kepada sesama manusia, nescaya Allah jua akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.

Dipetik dari buku: 101 Kisah & Pengajaran daripa al-Quran, al-hadis dan Hayatus Sahabah | Dr. Zahazan MOhamed

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kepentingan Misi Hidup

Misi Hidup

Jangan terkejut jika dikatakan terdapat ramai manusia yang masih kabur terhadap misi hidupnya. Misi  hidup umpama tiang gol dalam sebuah permainan bola sepak. Tanpanya, kita tidak focus dan bermain tanpa tujuan. Kita akan hanya menghabiskan masa 90 minit berlari-lari di padang. Begitulah juga dengan manusia. Manusia yang tidak tahu misi hidupnya umpama menghabiskan masa hayatnya di dunia tanpa makna.

Misi hidup kita menentukan cara hidup kita, cara kita mati dan cara kita dibangkitkan semula di akhirat kelak. Apabila kita hidup dengan beribadat kepada Allah, menjalan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Kita hidup dalam kemulian dan kita akan mati dalam keadaan mulia. Apabila hari kiamat pula, kita dibangkitkan dengan wajah yang bercahaya.

Begitu juga sebaliknya kepada orang hidup dalam kemaksiatan. Mereka sentiasa dipandang hina oleh masyarakat. Ada kemungkinan mereka mati dalam keadaan mabuk. Di akhirat kelak orang jenis ini akan dibangkitkan dengan wajah yang hitam akibat perbuatan-perbuatan terkutuknya semasa di dunia.

Moga-moga kita semua dihindari daripada menjadi manusia yang tidak tahu misi hidupnya.

Sumber: Buku PSQ Rahsia Personaliti Unggul | Ahmad Amri Zainal Adnan

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette