Mutiara Kata

Mutiara Kata
  • Pujangga berkata: Menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai teladan, kerana baginda adalah pemimpin yang membawa kebahagian, yang menunjukkan kepada kejayaan dan membawa kepada keberuntungan dan kejayaan.
  • Pujangga berkata: Perhatikanlah kebersihan pakain. Perhatikan bau badan. Perhatikan penampilan luar. Jangan lupa menggosok gigi dan memakai pewangi.
  • Pujanggaa berkata: Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah s.w.t. yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.

Dipetik dari: Buku Himpunan Hadis Modal Insan | Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Hormatilah Kuliah Ilmu

cinta ilmu

Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal r.a., berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi s.a.w. kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata: “Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w., tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi”.

Tuan seorang tua yang uzur…

Abi Hazim lantas bertanya kepadanya: “Ke manakah tuan akan pergi membawa diri?” Jawabnya: “Aku akan pegi berjihad di jalan Allah.” Beliau seterusnya di tanya: “Bagaimana tuan boleh turut serta sedangkan tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan daripada berjihad?” Jawabnya: “Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata tersasar, lalu aku akan mati syahid.” – Riwayat al-Haithami.

Pengajaran

  1. Menghadirkan diri dalam majlis ilmu adalah sangat penting kerana ia merupakan makanan buat hati, dan menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara halal dan haram.
  2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.
  3. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.
  4. Para sahabat merupakan golongan yang mencintai Nabi s.a.w. dan mereka amat sensitif terhadap golongan yang tidak menunjukkan minat terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w.
  5. Menuntut ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjaranya. Justeru, Sahal r.a. mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaanya sebagai peyampai ilmu sudah tidak diperlukan lagi.
  6. Ganjaran yang disediakan buat mereka yang mati syahid terlalu mulia sehingga menyebabkan Sahal r.a. berusaha sedaya upaya memperoleinya walaupun beliau seorang yang tidak layak menyertainya.

Dipetik dari: 101 Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran dan Hayatus Sahabah | Dr. Zahazan Mohamed

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Promosi BlackBerry @ Celcom Blue Cube Midvalley

Promosi BlackBerry

Promosi BlackBerry di Celcom Blue Cube Midvalley. Sesiapa yang berminat boleh dapatkan pada harga promosi. BlackBerry Curve 8520 pada harga RM 388 terhad pada 30 pelanggan pertama sahaja. BlackBerry 9700 Edisi Putih terhad RM 1,348. Promosi bermula 30 Julai – 1 August 2010. Maklumat lanjut boleh di dapati di laman Faceebok Celcom Blue cube

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2010 @ Muslim Aid

Fast 2 Feed

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1431/2010!

Fast 2 Feed Episod 1
Tarikh: 21 Ogos 2010/ 11 Ramadhan 1431
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur
Kapasiti: 60 anak yatim dan miskin dari ASDAF

dan

Fast 2 Feed Episod 2
Tarikh: 27 Ogos 2010/ 17 Ramadhan 1431
Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya
Kapasiti: 70 anak yatim dan miskin dari ASDAF dan komuniti Rohingya dan Myanmar Muslim

dan

Fast 2 Feed Episod 3
Tarikh: 1 September 2010/ 22 Ramadhan 1431
Lokasi: Pauh Inn, Politeknik Sirajuddin Perlis
Kapasiti: 70 anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis

Pakej Fast 2 Feed

Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM30 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)

Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin!
RM50 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya)

anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif
6.30pm – ketibaan penaja-penaja
7.15pm – buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm – menikmati juadah berbuka
8.30pm – Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm – Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm – Pulang

Cara Menyertai
1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard

*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaidasia.com. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.
Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-22881996 (Ruzida / Norizan / Zarina / Muhammad)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Mengganda Amalan Soleh Pada Sya’aban dan Ramadhan

Nisfu Syaaban

Maksud Surah al-Nahl: 126: “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang sudah ditimpa kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.”

Nilai kebaikan sejagat yang ada pada ayat ini ialah sifat mulia dan terpuji yang ada pada kesabaran dengan tidak membalas kejahatan orang lain terhadap diri kita walaupun ia dibenarkan atas dasar qisas sebagai ‘semangat’ keadilan.

Oleh itu kita dapati baginda Rasulullah SAW menarik balik sumpahnya untuk mengqisas Wahsyi, budak yang membunuh bapa saudara Rasulullah, Hamzah kerana baginda mahu mendapatkan pahala sabar yang besar di samping melaksanakan anjuran Allah SWT dalam ayat di atas.

Maha Benar Allah SWT dengan firman-Nya bermaksud: “Dan bersabar (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” – (Surah al-Nahl: 127).

Pada bulan yang mulia ini, Syaaban sebagai pembuka kepada bulan mulia yang lain, Ramadan ada baiknya kita menilai diri di manakah keadaan kita sebenarnya di antara orang yang mulia? Orang yang mulia berakhlak baik kerana akhlak yang baik itu adalah kebahagiaan tersendiri, sedangkan akhlak yang buruk adalah petaka dan bencana.

Dalam hadis bermaksud: “Sesungguhnya akhlak yang baik dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat orang yang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan sembahyang malam.”

Baginda sentiasa berdoa pada Syaaban ini dengan doanya yang masyhur Allahumma barik lana fi Sya’ban, wa ballighna Ramadan, Ya Allah, anugerahkan kami keberkatan pada Syaaban dan sampaikan hidup kami ke Ramadan. Betapa mulianya Ramadan sehingga Baginda mengharapkan dapat hidup di dalamnya walaupun di antara Syaaban dan Ramadan tinggal selangkah lagi. Betapa besarnya Ramadan sehinggakan Baginda ingin mendapatkan kebesarannya walaupun masih berada dalam Syaaban.

Kebaikan yang ada dalam kedua-dua bulan mulia ini sangat banyak dan tidak seperti bulan lain. Baginda tidak pernah banyak berpuasa sunat kecuali pada Syaaban, sedangkan selama Ramadan baginda menunaikan kewajipan puasa.

Pada Syaaban, ada malam Nisfu Syaaban dan dalam Ramadan ada malam Nuzul al-Quran. Dalam Syaaban ada solat sunat Nisfu Syaaban bagi sesetengah umat yang mahu melakukannya, manakala pada Ramadan ada solat tarawih bagi semua umat. Pada Syaaban pengampunan Allah SWT ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina manakala pada Ramadan ada pembebasan manusia daripada api neraka.

Kebaikan sedemikian yang kita cari di dunia sebagai jalan menuju kehidupan abadi di akhirat kelak. Melalui kebaikan itu kita akan mendapatkan kemuliaan dan kemuliaan akan mendekatkan kita kepada al-Khaliq, Maha Pencipta.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah SWT) kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah jugalah segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang salih pula diangkat-Nya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” – (Surah Fatir: 10)

Jika kemuliaan boleh didapati dengan melaksanakan perintah Allah SWT seperti dikatakan ayat di atas, maka sebaliknya kehinaan akan diperoleh seseorang jika dia mengetepikan perintah berkenaan.

Dalam realiti kehidupan negara, kemuliaan warga negara dapat diperoleh jika dia melaksanakan semua peraturan negara dengan baik. Bagi pemimpin pula, kemuliaan kepemimpinannya akan semakin terserlah dengan lapan perkara.

Abu Ja’far bin Babawaih al-Sijistani berkata: “Seorang raja pernah menulis surat kepada raja negeri lain. “Bagaimana engkau mengatur kerajaanmu dan memerintah rakyatmu? Raja negeri itu menjawab: “Dengan lapan cara; tidak bergurau ketika memerintah dan melarang; tidak melanggar satu pun janji dan ancaman; menghukum berdasarkan kesalahan bukan berdasarkan kedengkian; mengangkat pegawai berdasarkan kecekapan bukan berdasarkan keinginan; memujuk hati rakyat dan tidak memaksa; mempermudah pemberian kebenaran bukan kerana kelemahan; menyediakan bahan makanan dengan merata dan menghindari perkara yang berlebihan.”

Kemuliaan itu bukanlah diukur dengan kegagahan dan penampilan. Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa dia hidup sengsara. Demikian pula kebahagiaan, tidak dinilai daripada banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan.

Nilai manusia yang mulia sebenarnya diukur daripada kemurahan hati dan sifat terpuji, bukan baju yang dipakainya, kasut yang digunakannya, bukan istananya dan bukan pula rumahnya. Justeru, yang menjadi ukuran ialah nilai ilmu, dermawan, kesabaran dan akalnya yang dirangkumkan dalam istilah takwa. “Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa,” maksud firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13.

Syaitan sebagai musuh yang wajib kita lawan menyuruh berbuat jahat dengan tidak mengendahkan ajaran Allah. Dengan mengikuti jejaknya itu kita akan tersesat dan hina. Oleh itu supaya kita tidak tersesat dan menjadi mulia, kita wajib melawannya dengan tidak membalasnya melakukan perbuatan dosa tetapi dengan melakukan perbuatan baik. Di situlah kemuliaan manusia terserlah dan pada Syaaban dan berikutnya Ramadan adalah masa sesuai untuk bertindak menuju kepada kemuliaan. Allahumma barik lana fi Sya’bana wa ballighna Ramadana.

Artikel Sumber: www.al-bakriah.com.my

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Dunia Masakan Chef Sabri

Dunia masakan chef sabri

Siapa yang suka makan dan memasak?? Kali ini saya ingin berkongsikan sebuah buku resepi. Resepi yang mudah lagi simple (Bergambar) dan sedap. Dunia Masakan Chef Sabri terbitan Telaga Biru. Buku ini bukan saja memaparkan resepi-resepi istimewa beliau malah dengan menggunakan pengalaman beliau sebagai Master Chef, buku ini memberikan tip-tip, petua, jenis peralatan dan potongan serta amalan dan cadangan yang harus kita amalkan ketika di dapur. Malah langkah keselamatan juga disertakan di dalam buku ini.

Bukan itu sahaja, malah anda akan dikejutkan dengan pengalaman beliau dalam dunia chef dan juga pengembaran beliau dalam dunia masakan. Anda suka makan bukan? Jom kita memasak sendiri untuk mendapatkan yang halal dan bersih. Makanan bersih membentuk jiwa dan minda yang hebat lagi berkat. InsyaAllah

Buku bergambar ini di jual dengan harga RM 40.00 Semenanjung RM 42.00 Sabah/Sarawak. Jika berminat dapatkan ia di sini.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT 2010

Pertandingan Perniagaan

RASAILAH CABARAN SEBENAR PERNIAGAAN MALAYSIA….. JULUNG KALI DIPERTANDINGKAN ….. SELAMAT BERJUANG SEMOGA AKAN LAHIR BAKAL-BAKAL JUTAWAN

Salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi minat dan penyertaan golongan siswa di IPT kearah keusahawanan ialah melalui pertandingan. UniKL melalui Koperasi Siswa UniKL ingin meneroka pendekatan ini dan memacu meningkatkan jumlah Siswa yang berani memilih keusahawanan sebagai kerjaya utama.

Sertai pertandingan yang memberi anda hadiah lumayan hari ini dengan lawati laman web kami di http://kosiswa.com/ppmipt2010/utama.html

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kursus Blog@Eduport

Kursus Asas Blog

Kursus Asas Blogging

Tarikh: Setiap Sabtu & Ahad

Masa: 9.00am – 4:30pm (Makan tengahari disediakan)

Lokasi: EduSport Cova Square, Kota Damansara           

Hubungi: 019 – 335 8333 (Rizal)

Email: customerservice@eduport.com.my / rizal@tilmizcreative.com.my

Kursus di jalankan secara teori dan amali.

Peserta membina blog masing-masing berdasarkan kelas sessi pagi dan nota yang diberi Instructor melihat dan memberikan pendapat mengenai blog setiap peserta.

Handouts dan nota akan disediakan untuk peserta-peserta. Kursus peringkat seterusnya (pertengahan dan maju) akan menyusul selepas kursus peringkat asas.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette