Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun dikahskan sebagai hari guru. Buat Along Selamat Hari Guru. Semoga dikau tabah dengan gelagat anak murid mu. Jangan garang sangat dengan budak-budak tau :-)

Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia. Dikau ibarat cahaya yang memberi arah kepada semua anak murid mu. Setiap kerja keras, tunjuk ajar, pesanan dari mu tidak mungkin dapat di balas dengan nilai wang ringgit. Teruskan perjuangan mu untuk membimbing anak-anak Malaysia. Ke arah melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi pendidikan malah mempunyai akhlak yang terpuji.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:“Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat”.

Sampaikan lah ilmu yang anda ada dengan sebaiknya. Kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia, jangan di sia-sia kan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang pendidik. Didik dan bimbimng la bakal pemimpin masa depan kita agar suatu hari nanti mereka ini yang akan mentadbir negara kita ini.

Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”. (Surah Al-Baqarah: 159)

Seorang pendidik itu ialah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran. Dengan ertikata lain seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab, universiti, surau, masjid, pondok atau madrasah. Pengertian seperti ini lebih khususiah. Walau bagaimanapun proses pendidikan itu juga berlaku di mana-mana seperti di rumah, tempat permainan dan sebagainya. Oleh yang demikian tugas mendidik itu bukan hanya menjadi taggungjawab guru di sekolah malah mereka yang terlibat sama ada secara formal atau tidak formal, terutama sekali ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri.

Selamat Hari Guru 2010, Guru Pembina Generasi Negara.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Selamat Hari Ibu

Ibu kaulah permata hatiku, tiada lain yang dapat menggantikan tempat mu Ibu. Ibuku adalah ibu yang terbaik di dunia ini. Begitu juga dengan ibu-ibu anda semua, mereka juga ibu terbaik di dunia buat anda bukan.

Sayangi la ibu anda sebaik-baik nya, hargai dan jaga la mereka sebagaimana mereka menjaga anda sewaktu anda kecil hingga la anda semua telah berkeluarga.

Firman Allah SWT;

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )

Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

9 Mei setiap tahun adalah hari ibu yang di sambut seluruh dunia. Walau apa pun sebagai anak, kita tidak perlu untuk menunggu sehingga hari ibu baru kita hendak tunjukan kasih sayang kita kepada mereka. Tiap-tiap hari adalah hari ibu untuk saya, jasa ibu tidak mampu di balas walaupun dengan segunung emas yang kita berikan kepada meraka.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus berjihad.”

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya saya lagi.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”

Berbakti kepada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim adalah wajib. Al-Birr (berbuat kebaikan/ berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.

Sahabat saya sekalian, hargai setiap kesempatan masa yang anda ada untuk menyayangi serta berbakti kepada  ibu dan ayah anda. Peluang yang anda jangan dipersiakan, apalah sangat keje-keje kita di pejabat hinggakan untuk menghubungi Ibu dan ayah kita pun tidak ada masa. Tidak ada kekayaan yang lebih berharga selain Ibu Bapa anda, kerana meraka berdua anda lahir di dunia ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai Ibu dan Ayah, sedekah kan la doa untuk mereka, lakukan la sedekah jariah dan taatilah perintah Allah, semoga kebaikan kita di dunia ini akan memberkati mereka di Akhirat.

Selamat Hari Ibu dan juga bakal-bakal ibu.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Berkerja, Menjadi Lebih Kaya

1 Mei setiap tahun di sambut oleh semua pekerja.

Selamat Hari Pekerja untuk semua rakyat Malaysia. Jom semarakan diri anda untuk menjadi pekerja yang lebih cemerlang di hari-hari yang mendatang. Ya sebagai pekerja memang banyak cabaran dan rintangan yang di hadapi oleh anda bukan?

Saya juga seorang pekerja, tidak kira anda bekerja sendiri atau makan gaji, anda adalah pekerja. Berkerja menjadi lebih kaya, kenapa? Anda boleh kaya ilmu kaya pengalaman, kaya kawan, dan juga kaya kewangan (jika di urus dengan baik).

Ujian adalah sesuatu yang mencabar kesabaran anda, Mungkin akan terfikirkan untuk mencari pekerjaan lain, keluar dari pekerjaan itu, tetapi apa hal itu merupakan penyelesaian? Ada masa ya, dan ada masa tidak.

Jangan berhenti belajar, ubahlah tugas-tugas kerja kita menjadi tempat belajar. Pelajari pekerjaan lain yang kita sendiri tidak terlibat secara langsung. Hal ini dapat meningkatkan perspektif kita lebih luas dan semakin bertambah pula ilmu yang didapat.

Ada masa kita perlu juga untuk berhijrah dari pekerjaan kita sekarang, cuma biarlah ianya seiring dengan matlamat yang telah kita setkan dari awal. Selain itu, perubahan juga membuat Anda menjadi lebih kaya. Paling tidak, Anda kaya akan pengalaman, baik dari segi teknik maupun  networking yang lebih besar.

Selamat Hari Pekerja khusus untuk Warga Malaysia.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette