Saya, Zaujah, Al Hannah

Alhamdulillah, hari yang cukup indah dan gembira buat saya dan Diana. Kami baru je pulang dari pemeriksaan bulanan di Pusrawi. Syukur semua nya sihat, kandungan sihat zaujah ku juga sihat, Alhamdulillah.

Tambahan sebanyak 2.0 kg kandung kepada 42.5 kg. Doktor kata underweight tapi masih lagi dalam keadaan sihat.

99% di jangkakan perempuan hanya 0.1% kemungkinan lelaki, tapi semua tu kekuasaan Allah. kalau Allah menghendaki maka jadilah…

Kelihatan bayi sewaktu pemeriksaan berada dalam keadaan sujud, SubhanAllah. Sesuatu yang jarang dapat saya lihat. Kebiasaan nya saya akan merakam pergerakan bayi saya dengan kemera HP tapi hari ini saya teruja sehingga lupa untuk merakam nya. Maaf tiada gambar yang boleh saya tunjukkan di sini.

SubhanAllah, sungguh hebat kekuasaan Allah. Hampir menangis sekitika saya bila melihat nya. Moga-moga anak yang akan lahir ini menjadi pejuang, pembela Islam serta menjadi anak yang soleh dan solehah, taat pada perinta Allah dan Ibu Bapa nya.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi – rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat – tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka.   Begitulah sebaliknya.

Kepada ibu-ibu  yang sedang mengandung, jagalah amalan perbuatan anda kerana di dalam rahim anda ada amanah yang asalnya fitrah, suci dan bersih. Amanah yang cukup besar dan pemberian dari pencipta NYA…ia akan terbentuk hasil dari corak yang anda hasilkan, amalan dan pemakanan anda.

Ya Allah ,

Peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandungan isteri ku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

iMotivasi: 8 jam kerja, 1 jam relaks

Saya suka entry kali dari blog iMotivasi tulisan Lia Nadia Qistina.

Betul untuk mengurangkan stress bekerja anda kena berehat seketika.

Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri.

Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput. Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut.

Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya.

Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja.

Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya.

Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya.

Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya.

Untuk kekal bersemgat dan konsisten, perlu ada keseimbangan dalam bekerja. Ingat kita ini bukan robot atau superman :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Petua Menangani Stres

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku dengan anda semua. “Petua Menangani Stres”. Stres boleh di definasikan sebagai tekanan, desakan, bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya punca. Ia terhasil apabila seseorang merasa keperluannya melebihi keupayaan maka stres akan terjadi.

Kenapa kita rasa stres?? Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.

Buku ini hasil penulisan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bersama Haji Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar. Di terbitkan oleh syarikat telaga biru. Terbahagi kepada 6 bab:

Bab 1: Di sebalik stres

Bab 2: Punca-punca stres

Bab 3: Tanda-tanda dan kesan-kesan stres

Bab 4: Petua-petua berkesan menangani stres

Bab 5: Pengurusan stres dalam islam

Bab 6: Doa melindungi stres

Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh di hilangkan sepenuhnya, ia perlu di kawal. Terdapat 4 elemen yang perlu dititikberatkan, Spiritual, Emosi, Intelektual dan Fizikal. Buku ini menganalisis dan memperhalusi elemen ini untuk anda.

PETUA-PETUA BERKESAN MENANGANI MASALAH STRES

1)kenal pasti tahap tekanan
2)kenal pasti punca tekanan
3)mengkoreksi diri dan muhasabah
4)memperkemaskan kaedah kita mengurus emosi
5)kaji semula pegangan hidup
6)seimbangkan semula hidup anda
7)bentuk kemahiran untuk mengurus diri
8)menguatkan hubungan dengan Allah
9)jaga hubungan sesama manusia
10)hiasi pribadi dengan akhlak mulia
11)lakukan kegiatan fizikal
12)melakukan amalan pencegahan
13)lakukan aktiviti santai
14)mengamalkan kaedah rawatan yang berkesan
15)hidupkan suasana ketenangan dan keceriaan
16)meluahkan kepada seseorang yang dipercayai

Anda ingin tahu lagi? Apa kata anda dapatkan buku ini sekarang di sini pada harga RM 19.90 semenanjung Malaysia dan RM 21.90 Sabah & Serawak, harga yang berpatutan dengan isi yang bermanfaat. Beli dua buah, dan hadiahkan sebuah lagi pada ahli keluarga atau sahabat-sahabat anda.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Doa untuk kedua Ibu Bapa

Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Subhan Allah, hebat nya kuasa doa, ingat kawan-kawan apa yang perlu kita lakukan hanyalah meminta pertolongan dari Allah dan yakinlah serta berserah kepada Allah sepenuhnya. Tanpa ada perasaan kesal. Setiap masa dan ketika ingat la pada kedua ibu bapa anda dan berdoalah untuk mereka setiap hari.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan

Peribahasa ada mengatakan, “Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Ia lebih bermaksud kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk mencapai nya.

Nak dengan tak nak, Itu kata-kata Dr. HM Tuah.  Kerap bagi alasan bila dah kerap bagi alasan, macam mana nak capai cita-cita kita. Alasan nie dia umpama virus yang boleh mengangu perjalanan cita-cita anda. Selaraskan matlamat apa yang ingin kita capai dan pastikan matlamat itu jelas.

Ada satu perkara penting yang perlu anda perhatikan. Jika anda mahu berjaya, anda mesti sedia mengubah beberapa tabiat/kebiasaan anda. Hal ini hanya ANDA SENDIRI yang dapat lakukan kerana perubahan mesti datang dari diri anda sendiri.

Apa yang anda tunggu lagi, mula kan sekrang. Aha jangan bagi alasan ya..

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Coretan Suami

Assalamu’alaikum wbth,Coretan drp seorang bergelar Suami…Moga kita sama2 mendapat iktibar…

Yang (Sayang), kalau tengok amalan Abang tak terjaga (Quran tak terbaca, solat tak ‘terjaga’, surau tak pergi, majlis ilmu tak hadir, wirid pun tak ada masa), itu tandanya Abang akan ‘bermasalah’ (dengan keluarga)”

Antara pesanan saya kepada isteri. Harapkan teguran daripada dia kalau saya terleka.

Virus 3M Memudaratkan Keluarga

Risau, keluarga akan bermasalah jika saya (ketua keluarga) ‘bermasalah’. Apabila hubungan dengan Tuhan bermasalah, hubungan dengan keluarga – sesama manusia – juga akan ‘bermasalah’. RASA cinta, sayang, dan ihsan kepada isteri dan anak-anak berkurangan apabila amalan-amalan mendekatkan diri kepada Tuhan itu berkurangan – jauh dari Tuhan. Ia berkadar terus.

Ini bukan saya belajar, tapi berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Apabila hati ‘bermasalah’, saya jadi kurang sabar dan malas melayan ragam atau kerenah anak-anak ataupun isteri. Penyakit yang saya nisbahkan sebagai 3M – ‘marah’, ‘malas’ dan ‘maksiat’ – mudah sangat datang ketika itu. Mungkin itu simptom kepada nafsu yang semakin subur.

Isteri pun sama. Kalau isteri tak terjaga amalannya, dia pun akan kena penyakit yang sama. Dia akan kurang sabar dengan anak-anak, dan kurang mesra dengan suami.

Tegur Tanda Dia Sayang

Itulah pentingnya tegur menegur dalam rumahtangga. Apabila isteri terkurang, kita tegur. Kalau kita terkurang, isteri juga kena menegur. Pada saya, teguran isteri sangat bermakna, kerana dialah orang paling rapat dengan kita. Kalau dia menegur, itu tandanya dia sayang dan ambik berat tentang kita.

Saya teringatkan pesanan seorang Ustaz yang katanya:

“Kalau nak tahu kita ni ahli Syurga ke tidak, tanyalah isteri!”

Pelik bunyinya, tetapi kiasan beliau itu ada benarnya. Isteri kita tahu segala-galanya tentang kita. Dia tahu ‘tembelang’ kita. Depan orang boleh berlakon baik dan tampak hebat. Tetapi depan isteri, tak boleh. Dia benar-benar kenal siapa kita.

Beragama, Moga Isteri Turut Beragama

Sebab itulah mendidik isteri bukan mudah. Kita mungkin boleh bercakap berdegar-degar tentang agama, tetapi isteri kita melihat sejauh mana kita beragama! Bagaimana perilaku kita, itulah juga didikan untuk isteri dan juga anak-anak kita.

Mesejnya, perbaikilah hubungan dengan Tuhan, moga Tuhan perbaiki hubungan kita sesama manusia. Dan didiklah diri dengan agama, semoga isteri dan anak-anak kita turut beragama.

Kalau ada agama, InsyaAllah, bahagia yang kita cita akan menanti di sana…

Wallahu a’lam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Allah Knows

Firman Allah S.W.T. yg bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad):

Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya)tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh diantaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya(menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambanya.” - [Ali-Imran: 29-30]

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Di Mana DIA di Hatiku

Di mana DIA di hatiku?

…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

Sumber: kiriman email dari sahabat

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kata Motivasi: Terima Kasih

Pakar Komunikasi berkata, ada tiga kata ajaib yang dapat membina hubungan baik dengan sesama insan, iaitu terima kasih, maaf dan tolong.

John C.Maxwell menulis dalam sebuah buku yang berjudul Becoming a Person of Influence (1997), kata yang paling tidak penting adalah, “Saya”. Dua kata yang paling penting adalah, “Terima Kasih”. Tiga kata yang paling penting adalah, “Semua sudah dimaafkan”.

Ucapkan la terima kasih, tak kira di mana saja anda berada. Tak salah anda mulakan dahulu. Seseorang yang hebat akan bermula dulu, seseorang yang hebat sentiasa mengucapkan Terima Kasih.

Terima Kasih pada anda semua.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette