Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kini kembali lagi, apa yang di tunggu lagi sahabat-sahabat sekalian. Hari ini adalah hari kedua. Pameran akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 19 Mac 2010 sehingga 28 Mac 2010.

Ambil kesempatan ini sempena cuti sekolah dan juga cuti hujung minggu ini, bawa la anak-anak anda untuk berkunjung ke penerbit-penerbit pilihan. Berbagai promosi dan diskaun menanti anda semua di samping itu juga anda akan dapat bertemu dengan penulis-penulis kesukan anda.

Jangan lepaskan peluang ini, jom gerakan kaki anda kita berjumpa di sini. Borong buku sebanyak yang anda mampu kerana anda tidak akan dapat harga promosi seperti ini di luar selepas tamat Pesta Buku ini.

Semalam saya berkesempatan untuk pergi tetapi sekadar menyinggah dan buat sedikit promosi bersama saudara Hafiz tentang Stormreaders di Telaga Biru Sdn Bhd.

InsyaAllah hari ini saya dan isteri akan ke sana selepas Zohor. Kami akan ke Booth G09 & G10 (Pusta Yamien) Penulis Zabrina A. Bakar akan berada di sana. Penulis Buku Hidup Bukan Rahsia ( Life is an Open Secrect) Sya nak dapatkan buku terbaru beliau edisi Bahasa Malaysia ” Hidup Bukan Rahsia – Saya and Kita”

Jumpa anda disana :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

No Responses to “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010”

  1. Bahaduri says:

    Siapa pun kita, apa pun profesion kita, tentu buku merupakan teman yang akrab dan amat memberi informasi. Kecanduan atau ketagihan yang paling baik, kata orang bijak-pandai ialah kecanduan atau ketagihan terhadap buku. Kecanduan terhadap buku jauh lebih baik daripada kecanduan terhadap dadah dan minuman keras, yang sering menjadi masalah kepada pengidamnya, masyarakat bahkan negara. Nah! kecanduan terhadap buku tentu sekali bermaksud bahawa seseorang itu mempunyai tabiat luar biasa, berkecenderungan berlebihan untuk membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku. Tabiat atau sifat seperti demikian disebut sebagai biblioholisme. Orang yang bersifat sedemikian pula digelar sebagai biblioholik (seperti alcoholic, gelar untuk penagih alkohol dan workaholic untuk “gila kerja”). Tom Raabe dalam bukunya Biblioholism: The Literary Addiction – menjelaskan ada dua jenis biblioholisme iaitu bibliomania (gila buku) dan bibliofil (cinta buku). Kedua-duanya mempunyai sifat luarbiasa terhadap buku.Apa yang membezakan kedua-duanya ialah motivasi. Seseorang bibliomania membeli buku hanya untuk mengumpulkannya, sedangkan bibliofil mengharapkan mendapat pengajaran daripada isi buku tersebut. Anda seorang bibliomania atau bibliofil? Semoga bermanfaat. Salam hormat.

  2. Bahaduri says:

    Dalam komentar saya yang pertama di atas, saya ada menyentuh mengenai beberapa istilah; biblioholisme, biblioholik, bibliomania dan bibliofil. Nah! sekarang pulang ada lagi satu istilah,iaitu Biblioterapi. Ia merupakan satu kaedah terapi dengan membaca yang digunakan untuk menyembuh penderita stres, kegelisahan (anxiety) dan gangguan jiwa (depression). Kaedah ini telah diperkenalkan oleh pakar kesihatan di barat, sebagai alternatif penyembuhan terhadap masalah yang berkaitan dengan jiwa manusia. Caranya ialah melalui perbincangan dengan pesakit, mencari bahan bacaan yang disukainya, mencari penyebab penyakit atau stres, lalu menawarkan buku yang sesuai baginya. Pakar yang menawarkan kaedah seumpama ini sebagai suatu preskripsi digelar sebagai biblioterapis. Nah! tuan-tuan tentu ingat, bagaimana Cats Steven berubah menjadi Yusof Islam. Ketika terlantar di hospital kerana masalah jiwa yang dialaminya, pada suatu hari, abangnya telah memberi dia sebuah buku untuk dibaca. Buku tersebut merupakan sebuah terjemahan Al Quran dalam bahasa inggeris. Buku itulah merupakan manifestasi baginya sehingga berubah secara total dari peri hidup sebagai Cats Steven menjadi Yusof Islam! Salam hormat.

Leave a Reply

Dansette