Tahun Baru 2010 ni saya dapat 2 orang boss baru. Perubahan secara mendadak melibatkan pengurusan tertinggi di bahgaian saya.
Boss baru masuk, ha apa kita nak buat nie. Habis la kita semua, susah la lepas nie. Heheh tu ayat-ayat takut, negetif dengan perubahan, terutama bagi mereka yang dah selesa dengan keaadaan kerja yang serba releks.
Kenapa mesti takut dengan boss baru. Takut sebab akan bertukar polisi, bertukar cara kerja, takut bertambah kerja? Bukan kah perubahan itu suatu yang baik.
Perubahan jangan mengharapkan hasilnya dalam jangka yang terdekat, kerana dengan cara ini kita akan melakukan banyak perubahan yang drastik. Bolehkah anda mengubah cara hidup anda secara total dalam masa terdekat? Mungkin boleh tetapi terus terang saya katakan sukar untuk melakukannya. Kerana kita semua adalah manusia. Perubahan adalah sistem kehidupan yang perlu kita istiqamah setiap hari. Maka jangan tergesa-gesa untuk melakukannya.
Biar Cool, baru kita nampak hasil nye. Saya tahu tahun baru nie ramai yang nak berubah, berubah dengan cara
yang betul agar apa yang anda setkan itu akan berterus dan kekal. InsyaAllah.

Assalamualaikum wbt.
Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian.Dalam tahun baru ini saya percaya ramai di antara kita telah menpunyai azam baru yang ingin dicapai pada tahun 2010. Semoga apa yang kita semua azamkan akan tercapai InsyaAllah.
Bulan ini saja saya telah membeli hampir 20 buah buku dimana sebahagian dari nye adalah tempahan dari sahabat-sahabat di pejabat dan juga kenalan di luar, antara buku yang telah saya beli adalah seperti berikut:
- Petua Menangani Stres (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
- Masjid itu Hidupku (Mohd. Gunawan Che Ab.Aziz)
- Etika Pejabat (Haji Muhammad Zakaria)
- Hadiah Buat Muslimah (Dato Siti Nor Bahyah)
- Dunia Masakan Chef Sabri
- Indahnya Hidup Bersyariat (Dato hj. Ismail Kamus)
- Anakku Hebat Anakku Soleh (Dr. Zahazan)
- Ubat Hati (Dato Siti Nor Bahyah)
- 80 Experimant Di Belakang Rumah (Shuhaimi Mamat)
- Petua Untuk Sentiasa Ceria (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
- Strategi Menghadapi Peperiksaan (Dato Dr. Hj. Mod Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria)
- Perisai Muslim (Dr. Abd Basit Abd Rahman)

Apa yang buat saya seronok bila melakukan pembelian buku, terasa seperti nak beli ke semua buku-buku hebat yang ada di dalam senarai dan juga yang telah dipaparkan di kedai-kedai. Gembira melihat ramai sahabat-sahabat saya rajin untuk membaca, tak kiralah untuk bacaan sendiri ataupun untuk anak-anak.
Tahun 2010 ini saya mengharapkan lebih ramai lagi rakyat malaysia untuk menanamkan minat membaca, tak kira apa bacaan sekalipun, setiap masa yang terluang apa salah nye kita isikan dengan membaca. Kalau boleh kemana saja kita pergi pastikan kita membawa bahan bacaan. Tak akan rugi apa pun yang pasti anda sendiri akan mendapat manfaat dari setiap pembacaan anda.
Tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010.