100 Tahun SKP (Sek.Keb.Peserai)
Hari ini saya terima masej dari seorang guru pendidikan khas SKP melalui Facebook yang mengatakan beliau sedang mengumpulkan biodata untuk bekas pelajar-pelajar Sek. Keb. Peserai (SKP) sempena usia 100 tahun. Hebatkan
100 Tahun !!! saya tak sangka yang sekolah rendah saya dah berusia 100 tahun. Bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6. Kelas Merah, tidak pernah berubah pun warna kelas saya. Bila memikirkan memori memang banyak sangat kenangan di sini. Sepanjang ingatan saya, hanya beberapa orang saja rakan kelas sewaktu Darjah 1 yang saya masih ingat lagi. Dan rata-rata yang lain saya tak tahu dimana agaknya meraka nie.
Apa khabar Cikgu Khaled, Cikgu Afendy, Cikgu Rohani, Cikgu Musripah, Cikgu Mustapar, Cikgu Nur Ain, Cikgu Talib dan lain-lain cikgu yang saya tak sebutkan, dan paling tak dilupai Guru Besar waktu tu Tuan Haji Zulkifli. Terima Kasih atas jasa cikgu-cikgu sekalian yang telah mendidik saya dan tahan dengan telatah saya.
Cikgu-cikgu yang lain apa cerita agak nya, mungkin mereka dah berpindah ataupun dah pencen. Cikgu Zul selalu saya jumpa bila singgah warung Badang, selalu nampak dia sarapan di situ. Ketika menulis entry ini saya sedang tersenyum seorang diri mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman persekolahan di SKP. Teringatkan telatah dan keraneh yang pernah kami pelajar-pelajar timbulkan. Time tu kami cuma nak berseronok dan bermain sahaja dengan kawan-kawan.
Bayangkan betapa nakal nya kami waktu tu, waktu yang paling disukai adalah waktu PJ (Pendidikan Jasmani) pagi-pagi dah main bola, hanya itula sukan yang kami main bola, bola dan bola
dan waktu rehat biasanya bermain cuit tiang ataupun polis sentry hehehe.
Saya teringin nak jumpa dengan rakan-rakan kelas saya dari Darjah 1 hingga la ke Darjah 6. Pasti ada banyak yang ingin kita ceritakan nanti. Perjalanan selepas tamat sekolah rendah
Selamat Ulangtahun ke 100 Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat Johor. Usaha Maju




















Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Cikgu Mustafa yer? Beliau masih ada di sini… Tuan Haji Zulkifli dah lama pencen, kan? Yang duduk di Teratak Usang tu… Dulu beliau mengajar di SK Seri Beroleh, sekolah dalam kampung saya. Sama dengan ibu saya mengajar di sana.
Sama-sama, aha dia dah lama pencen. Tula tak sangka dah 100 tahun rupanye SKP nie. sejak habis tahun 6 dah lama saya tak singgah masuk dalam tu, dulu saya aktif dengan pengkap, Cikgu Affendy yang jadi ketua nya.