Usia Antara Masa

Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Diri ku. Tahun demi tahun usia kita kian meningkat, bergitu juga dengan amalan kita beza nya, bertambah atau berkurangan. Alhamdulillah kupanjatkan syukur kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berada di atas bumi Allah ini. Masih dapat untuk ku melihat bulan, bintang, matahari serta menghirup udara di sekeliling ku ini.

Tiada hadiah yang lebih nikmat berbanding dengan nikmat hidup. Tiada berita yang lebih gembira buatku di hari ini dengan khabaran berita aku bakal menjadi seorang ayah :-) . Syukur alhamdulillah akan lahir insan baru di dalam keluarga ku ini, jika di izinkan Allah aku akan memiliki zuriat keturunan ku, semoga insan yang bakal lahir ini menjadi para soleh/soleha yang sentiasa cintakan Agama Nya Islam, Mencintai Rasulnya, Menjadi insan yang dihadapankan sekali bilamana Agama nya ditindas. Tidak sekali ia gentar bila berhadapan dengan musuh dan hidup mati nya demi Agama yang tercinta, Islam.

Masih menunggu hadiah-hadiah yang lain :-) , Mad Muslim Aid nak Bagi Kambing Sekor, Rahmanw nak bagi apa ek??? heheh. Terima kasih semua sahabat sekalian di atas doa dan ucapan hari lahir. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat Allah dan berada dalam Lindungan Nya. Amin

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Rajin Memberi Ilmu

Bila kita rajin memberi Ilmu, kita pasti akan menerima kembali Ilmu tambahan yang bermanfaat. Setiap apa yang kita pelajari, kita baca kemudian kita kongsikan bersama, kita beri maklumat yang kita perolehi untuk manfaat semua orang. Dengan itu kita dapat membantu semua orang. Dapat membina masyarakat yang berilmu, beriman dan juga berharta.

Berkongsi apa saja ilmu yang saudara saudari ada, kerana manfaat ilmu itu sangat luas. Tak rugi kalau kita rajin memberi ilmu, walau sekecil mana ilmu yang kita sampaikan, yang kita ajarkan selagi mana ianya memberi manfaat yang baik khususnya. Kita juga akan mendapat manfaat dari apa yang kita sampaikan. Salah satu cara yang sudah pasti akan ramai orang menolong untuk berjaya adalah dengan menolong orang lain untuk berjaya. Kita mungkin tidak mampu dengan wang ringgit tapi dengan ilmu yang sedikit, kita dapat membantu orang lain.

Jika kita inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ilmu begitu juga jika kita inginkan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu. Dan kalau kita inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu. Jang malu untuk kita berkongsi ilmu, sesetengah dari kita segan untuk berbicara kerana takut apa yang kita katakan itu salah dan akan di tertawakan tetapi bila kita ingin belajar sesuatu, tiada salah tiada segan untuk kita berbicara.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Anakku Hebat Anakku Soleh

anakku_hebat_ana_4a55b737d4a0aSemua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki.

Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Bagi bakal-bakal Ibu dan Ayah, suka saya mencadangankan buku ini sabagai bacaan umum dan panduan dalam kita melakukan persedian dalam proses menjadi seorang ayah atau ibu. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Sebagi ibu bapa peranan kita dalam mendidik anak-anak amat penting sekali. Banyak perkara boleh merubah kita, tetapi setiap perubahan itu bermula dan berakhir dengan Keluarga.

Buku ini tidak mahal saudara-saudari sekalian, RM 39.90 sahaja. Jika di bandingkan dengan ilmu dan manfaat yang anda dapat dari pembacaan ini. Nilai wang itu amat jauh sekali. Jika anda semua telah memiliki nye, kongsikan la bersama sahabat, teman dan keluarga. Bagi yang masih belum memiliki nya. Dapatkan sekarang dari mana-mana kedai buku berhampiran, atau boleh beli terus secara online di Stormreaders.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kaya Kerana Rajin Memberi

Tidak pernah ada seseorang pun yang jatuh miskin karana banyak memberi. Setiap apa yang kita beri kita akan menerima kembali pemberian kita. Dengan banyak memberi, kita telah meningkatkan kualiti diri kita, makin hebat kualiti diri, makin layak untuk kita menerima dengan lebih banyak.

Kekayaan bukan dengan nilai wang yang anda ada tapi dengan ilmu yang anda ada. Kekayaan akan terhasil dengan ilmu yang anda miliki, jangan risau wang dengan sendiri nya akan mencari anda. Orang yang hebat akan sentiasa di cari.

Pepatah Inggeris mengatakan:

No one has ever become poor by giving.

~ Anne Frank

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Muhammad Bin Idris | Imam Syafie

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.” “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar-Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Dipetik dari laman web darul nu’man

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Indahnya Hidup Bersyariat

indahnya_hidup_b_4a55bb8cb882e

Buku review kali ini saya bawakan tulisan Ulama yang tidak asing lagi iaitu Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Buku ini di tulis dengan begitu baik disertakan dengan ilustrasi yang memudahkan pembaca memahami.

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Buku ini adalah terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, dengan nilai RM 55.00 ianya sudah mampu untuk dimiliki. Tidak ada sebab mengapa buku ini tidak mampu untuk dimiliki.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Program Amal Bersama Anak Pelarian Rohingya

Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 10 Jan 2010
Penerima: Anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya

Sebahagian dari anak-anak yatim pelarian rohingya di Madrasah Hshimiah, Selayang bersama-sama dengan sukarelawan Muslim Aid, Shukur.Org, Halaqah.Net, Serta Keluarga Elinnur.

Rahman Forumer Shukur.Org

Muhammad Orang Kuat Muslim Aid

Sedang mempengurusikan majlis pada hari tu

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjayakan program ini. Dan kepada penderma semoga setiap apa yang anda sumbangkan  yang anda keluarkan akan mendapat balasan setimpal dari Allah SWT.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

100 Tahun SKP (Sek.Keb.Peserai)

Hari ini saya terima masej dari seorang guru pendidikan khas SKP  melalui Facebook yang mengatakan beliau sedang mengumpulkan biodata untuk bekas pelajar-pelajar Sek. Keb. Peserai (SKP) sempena usia 100 tahun. Hebatkan :-)

100 Tahun !!! saya tak sangka yang sekolah rendah saya dah berusia 100 tahun. Bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6. Kelas Merah, tidak pernah berubah pun warna kelas saya. Bila memikirkan memori memang banyak sangat kenangan di sini. Sepanjang ingatan saya, hanya beberapa orang saja rakan kelas sewaktu Darjah 1 yang saya masih ingat lagi. Dan rata-rata yang lain saya tak tahu dimana agaknya meraka nie.

Apa khabar Cikgu Khaled, Cikgu Afendy, Cikgu Rohani, Cikgu Musripah, Cikgu Mustapar, Cikgu Nur Ain, Cikgu Talib dan lain-lain cikgu yang saya tak sebutkan, dan paling tak dilupai Guru Besar waktu tu Tuan Haji Zulkifli. Terima Kasih atas jasa cikgu-cikgu sekalian yang telah mendidik saya dan tahan dengan telatah saya.

Cikgu-cikgu yang lain apa cerita agak nya, mungkin mereka dah berpindah ataupun dah pencen. Cikgu Zul selalu saya jumpa bila singgah warung Badang, selalu nampak dia sarapan di situ. Ketika menulis entry ini saya sedang tersenyum seorang diri mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman persekolahan di SKP. Teringatkan telatah dan keraneh yang pernah kami pelajar-pelajar timbulkan. Time tu kami cuma nak berseronok dan bermain sahaja dengan kawan-kawan.

Bayangkan betapa nakal nya kami waktu tu, waktu yang paling disukai adalah waktu PJ (Pendidikan Jasmani) pagi-pagi dah main bola, hanya itula sukan yang kami main bola, bola dan bola :-) dan waktu rehat biasanya bermain cuit tiang ataupun polis sentry hehehe.

Saya teringin nak jumpa dengan rakan-rakan kelas saya dari Darjah 1 hingga la ke Darjah 6. Pasti ada banyak yang ingin kita ceritakan nanti. Perjalanan selepas tamat sekolah rendah :-)

Selamat Ulangtahun ke 100 Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat Johor. Usaha Maju

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Siapa Kita Sebenarnya???

Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya terima dari email seorang sahabat. Dan suka untuk saya kongsikan cerita ini dengan Sahabat-sahabat semua.

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

‘Abang nak beli kuih ?’ Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik abg dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya. “Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut..

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. “Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. ” Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak..

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. “Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya. “Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. “Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abg nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. “RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!

Adakah anda sedar siapa diri anda sebenarnya, apa peranan kita sebagai seorang Muslim?

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Stormreaders Network – Satu Perubahan

” Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat”

Riwayat Bukhari & Muslim

Tahniah buat Telaga Biru Sdn Bhd. Itu adalah tagline yang digunakan pakai oleh Stormreaders Network. Banyak MLM di pasaran rata-ratanya dimiliki oleh orang BUKAN ISLAM, tetapi kebanyakan ahli yang menyertainya dan bertungkus lumus adalah terdiri dari saudara-saudara kita yang beragama ISLAM.

Segelintir mereka tidak mengambilkira atau mementingkan soal hukum-hakam berhubung pelan pemasaran dan kesahihan urusniaga yang dijalankan sedangkan aspek halal-haram ini amat penting dalam mata bab pencarian rezeki/harta bagi memastikan kemakbulan ibadah kita. Tetapi Mahu atau Tidak, antara mereka terpaksa sertai rangkaian MLM yang ada di pasaran kerana tiada alternatif lain.

Oleh itu, Stormreaders yang ditubuhkan dan dimiliki 100% oleh usahawan ISLAM, adalah sebagai satu alternatif khusus untuk umat ISLAM menceburi bidang MLM dan seterusnya mengaut keuntungan dan kekayaan dari sumber yang sahih dan jelas. Stormreaders adalah 100% Syariah Complient, menjual buku-buku ilmiah dan keagamaan. Pelan ini bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetauhan bahkan dpat menambahkan pendapatan.

Selamat Berjaya buat Stormreaders dan juga Storm Warriors, semoga usaha anda mendapat keredhaan Allah SWT.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette