The Tree
Malaysia’s most influential spiritual leader Tuan Guru Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style.
Malaysia’s most influential spiritual leader Tuan Guru Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style.

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramdhan untuk sahabat sekalian. Moga ramadhan kali ini, merupakan ramadhan yang terbaik buat diri kita dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana masih lagi diberikan nikmat hidup untuk merasai lagi ramdhan pada tahun ini. Saya kini berada di Jawi , Penang kerana berkursus. 1 Ramadhan di penang, sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan isteri kerana ini adalah tahun pertama kami berpuasa sebagai satu keluarga. Walau apa pun saya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang dapat memahami saya dengan baik.
Sedikit pelahan saya menulis di sini kerana beberapa kekangan yang saya hadapi, tapi saya masih tetap menconteng di mana-mana yang saya sempat. Kursus berjalan dengan baik dan lancar, cuma saya terpaksa skip beberapa kuliah hujung minggu di UTM. Agak sayang tetapi kerana tugas so kena pilih la apa yang telah di arah oleh jabatan.
InsyaAllah sempena bulan Ramadhan ini mari la kita sama-sama melipatkan ganda amal kebajikan kita kerana belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramdhan yang akan datang. Anggap ini ramadhan yang terakhir buat kita, lipatkan usaha, amal jariah, serta rajin-rajin la berjaga malam untuk malakukan Qiamulai, bertarawih dan membaca Al-Quran. Ambil kesempatan ini untuk mendapatkan keberkatan bulan yang penuh ganjaran pahalan yang tidak akan kita dapat pada bulan-bulan yang lain.
Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud:
” Bila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, dikuncikan pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan “
Oleh itu marilah kita memohon diampunkan segala dosa-dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja, Semoga Ibadat puasa kita mendapat keberkatan Allah SWT.
Salam Ramadhan Al- Mubarak dari Rizal Sekeluarga.
Wasalam
Never ever give up, jangan mudah putus asa. Kata-kata ini perlu anda pegang.
Jangan mudah putus asa sayang, banyak yang kita akan rugi.
Di dalam hidup, rintangan, ujian dan halangan adalah lumrah. Tidak kisah apa usaha anda, jangan sesekali putus asa. Walau apa pun yang mendatang kepada anda, hadapi ia dengan cekal dan tabah. Lama kelamaan, hati anda akan teguh dan kuat di dalam mengharungi hidup ini.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Positif kan minda anda, kegagalan itu sebernarnya permulaan kejayaan anda.
Bersabar dan Bersikap positif dan tidak negatif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jadi buat apa kita nak putus asa, mari kita setkan minda kita hari ini yang tiada istilah putus asa dalam diri kita. Ayuh semua kejayaan sedang menanti kita di hadapan. Mari berfikir cara yang lain dan capaikan matlamat anda.
Saya pergi dulu, anda lambat anda akan tertinggal nanti. Mulakan langkah anda ya.
Wasalam.
Taubat Seorang Hamba.
Bertaubatlah sebelum terlambat, mohonlah kemaafan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Ada banyak tips yang saya amalkan untuk kekal seronok dalam bekerja, antaranya ialah
Hati yang gembira akan membuatkan kerja kita jadi seronok, untuk kekal seronok dalam malakukan sesuatu perkara, anda perlu seronok dengan kerja anda, seterusnya bentuk suasana yang seronok dan ceria di tempat keje anda, dan ceria-ceria kan rakan-rakan di tempat keje anda serta buang perkara yang tidak ceria. Bentuk suasana baru di tempat kerja anda.
Anda kena sentiasa ceria. Ceriakan orang di sekeliling anda, maka segala kerja yang berkaitan akan jadi seronok dan mudah. Kalau kita seronok bekerja kita akan sihat, muka akan ceria awet muda, otak akan kreatif dan kita akan dapat ramai kawan. Kita akan lebih bahgaia apabila kita seronok bekerja.
Kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah ” Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukan nya”
Dan yang paling penting tiap-tiap hari apabila anda bangun pagi terus senyum, kemudian angkat tangan dan berdoa panjatkan Syukur pada Allah kerana anda masih lagi diberi nikmat hidup dan kesihatan. Semua bermula dengan diri anda, jangan ikut mood orang lain dan jangan keje ikut mood. Diri anda keseronokan anda bermula dengan anda, tanamkan minda positif InsyaAllah anda anda akan seronok bekerja.
Apa tunggu lagi marilah kita berseronok, jadikan kerja kita pun seronok.
Kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah “Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru”
Ya betul tu, saya memang mengakui kata-kata dari Dr. Fadzilah Kamsah. Dengan membaca buku, artikel atau melalui kajian ianya masih tidak mencukupi tetapi dengan berguru di bawah bimbingan seorang guru, hasilnya dua kali ganda lebih hebat.
Sebab nya, dengan bimbingan seorang guru kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang dari banyak mengkaji, meneliti, menganalisa dan mempraktikkan apa yang kita baca. Dengan berguru kita boleh berhubung secara terus dengan beliau.
Seorang guru juga sudah pasti akan berkongsi kegagalan dirinya di masa lalu mengajar kita supaya dapat mengelak dari menempuh kegagalan yang pernah dilaluinya.
Kesan daripada itu, Anda dapat menjimatkan masa lalu peluang untuk berjaya dan cemerlang menjadi semakin terbuka dengan luas. Mempelajari sesuatu dengan buku saja tidak cukup, ianya tak sama dengan berguru di bawah bimbingan sorang guru tak kira dia ayah kita, kawan kita atau orang yang kita hubungi melalui email. Janji, dia menjadi guru kita.
Carilah guru Anda hari ini juga. Belajar dengan seorang guru dapat merubah sesiapa saja menjadi lebih cemerlang. InsyaAllah saya yakin anda semua adalah orang-orang yang cemerlang.