ESQ Training bersama iLuvislam.com

10 Sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com?

1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.

2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasikepada anda.

3. Anda boleh ‘re-charge’ atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percumadi mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!

4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.

5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara.

6. Ia diadakan seminggu sebelum masuknya bulan Ramadhan.

7. Setiap peserta akan mendapat hadiah percuma yang menarik.

8. Diadakan dalam persekitaran universiti yang indah dan permai. Makanan disediakan 5 kali sehari!

9. Tempat program berhampiran pengangkutan awam (komuter).

10. Hanya sekali sahaja peluang sebegini untuk tahun ini!

Daftar Di Sini


Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Khutubah Jumaat: Peranan Ketua Keluarga Membentuk Keluarga Bahagia

Sidang Jumaat yang di muliakan Allah

Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sentiasa mematuhi dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Kita sedia maklum bahawa institusi keluarga adalah merupakan asas sebuah masyarakat bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh. Hakikat yang tidak boleh dinafikan juga bahawa kejayaan dan keharmonian dalam sebuah keluarga adalah bermula dari ketua keluarga. Justeru itu Islam meletakkan kepimpinan atau ketua keluarga itu ialah kepada seorang bapa yang bertanggung jawab dalam memastikan keluraganya dalam keadaan aman dan sentiasa diberkati Allah. Peranan sebagai seorang ketua keluarga itu adalah merujuk kepada sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”.

Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh dan tauladan terbaik untuk di ikuti dan dicontohi oleh anak dan isterinya. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai dan mengamalkan sifat yang baik dan mulia.

Hakikatnya masyarakat kita pada hari ini kurang menjaga dan menjiwai akhlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. menyebabkan kita dilanda dengan gejala social yang kian meruncing. Anak-anak tiada contoh dan teladan yang boleh dijadikan rujukan akibat dari ketandusan akhlak dan kerosakan sifat ketua keluarga sendiri. Ibu bapa kurang penekanan berkaitan adab dan budi bahasa kerana bahasa pertuturan yang digunakan dirumah amat mengecewakan dan mengaibkan.

Bahasa-bahasa yang kasar, kesat, kurang beradab, lucah dan seumpamanya sering dituturkan oleh ketua keluarga menyebabkan anak-anak terlalu mudah untuk menuturkan perkataan tersebut di luar rumah dan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian sebagai ketua keluarga perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab besar yang perlu ditanggung oleh seorang ketua keluarga dalam melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Ketua keluarga perlu menunjukkan Qudwah Hasanah (teladan yang baik) kepada ahli keluarganya seperti yang telah disarankan oleh Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

“Muliakanlah anak-anak mu dan tunjukkanlah kepada mereka adab adab yang baik”.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh dalam sebuah institusi keluarga maka bapa selaku pemimpin keluarga hendaklah mengambil perhatian berat terhadap perkara berikut :

1) Sentiasa mengutamakan dan peka tentang pendidikan agama kepada diri dan keluarganya.

Kepekaan tersebut bagi memastikan seluruh ahli keluarganya mendapat pendidikan dan kefahaman yang sempurna berkaitan Islam . Islam amat menekankan soal tujuan dan matlamt kehidupan didunia ini dan sentiasa memperhitungkan soal kehidupan di alam Akhirat. Ini adalah bertepatan dengan perintah Allah sepeti mana yang telah dijelaskan dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

“Berjayalah sesiapa yang menyimpan keimanan yang ikhlas dalam hatinya, orang yang mempunyai hati yang sihat, lidah yang benar dan jiwa yang tenang serta akhlak yang lurus dan mulia”.

Berdasarkan ayat dan hadis tersebut, maka jelaslah bahawa peranan ketua keluarga dalam menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari azab api neraka adalah merupakan satu kewajipan. Tersebut tidak dapat dilaksanakan melainkan mereka yang benar-benar menjiwai dan menghayati soal keimanan kepada Allah.

1) Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang halal lagi baik .

Ibu bapa harus sentiasa memperhitungkan setiap rezeki yang diperolehi untuk menyara diri dan anak-anak. Jauhilah dari sumber yang syubhat dan apatah lagi dari sumber yang haram. Ketua keluarga wajib menjauhkan diri dari pendapatan yang mengandungi unsur penipuan, rasuah ,riba dan seumpamanya. Sudah pasti bahawa rezeki yang halal akan menjamin ahli keluarganya untuk menjadi anak yang soleh sihat dan pintar dan sebaliknya jika pendapatan yang diperolehi dari sumber yang syubhat dan haram maka generasi yang lahir akan menjadi manusia yang rendah akhlak dan lemah fikiran. Mereka sukar menerima teguran dan jauh dari rahmat dan keberkatan dari Allah. Inilah juga bencana yang menimpa masyarakat kita pada hari ini yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa dan tiada berkesudahan. Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.

Sidang Jumaat yang di kasihi sekelian

3) Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga .

Dalam mengejar kehidupan dunia yang sementara ini sudah pasti ibu bapa kan dilanda masalah kesibukan usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan . Namun begitu sebagai ketua keluarga hendaklah memperuntukkan sebahagian masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Jangan menyerahkan tugas mendidik anak-anak dan keluarga kepada orang lain. Jadikankanlah aktiviti seperti solat berjemaah, makan bersama sebagai rutin waib bersama keluarga. Demikian juga aktiviti luaran seperti berkelah, riadah, melancong, bergotong-royong, mengemas rumah dan seumpamanya. Ibu bapa perlu memastikan bahawa suasana dalam rumah adalah ceria dan menganggap rumahku adalah syurgaku. Apabila aktiviti seperti itu di wujudkan di dalam keluarga maka akan wujudlah suasana yang harmoni dan bertambah kasih sayang.

Selain dari tiga perkara yang telah disebutkan sebenarnya banyak lagi perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh ketua keluarga dalam memastikan kebahgiaan keluarga terus berkekalan . Sebagai bapa yang prihatin perlu sentiasa meluangkan masa untuk anak remajanya. Berkongsilah pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dalam mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Yakinkanlah mereka bahawa bapa sebagai insan tempat dijadikan rujukan terbaik. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti persekolahan mereka di samping sentiasa cuba tahu dan mengenali rakan mereka. Sesungguhnya dewasa ini peranan seorang ketua keluarga amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam.

Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk kita menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah. Insafilah bahawa kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga adalah merupakan suatu amanah Allah yang melibatkan soal dosa dan pahala. Mereka yang mencuaikan amanah tersebut akan dihukum dan diseksa dengan seksaan yang amat berat di akhirat nanti.

Amat menyedihkan sekali apabila mutakhir ini ramai ketua keluarga gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik, isteri dan anak ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, anak-anak menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa, pendidikan anak terabai tanpa pengawasan, ibu-bapa lebih mementingkan kerjaya dari memikirkan soal keluarga. Sebahagian mereka lebih mementingkan hawa nafsu dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga yang menyebabkan urusan rumah tangga porak-peranda.

Apakah suasana keluarga seperti ini dapat kita harapkan untuk menjamin sebuah masyarakat yang harmoni?. Adalah mustahil akan lahir sebuah masyarakat yang bermoral apabila institusi keluarga tidak dipastikan keharmoniannya. Oleh itu, marilah kita kembali menghayati tugas dan peranan kita sebagai ketua keluarga demi menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa”.

(Surah Al-Furqan, ayat 74)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratmu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,persengketaan , kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat .

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Keseronokan Motivasi Diri

Sejak beberapa minggu ni, keadaan saya agak sibuk. Setiap minggu penuh dengan mesyuarat, bengkel dan kursus. Manakala masa hujung minggu pula saya terikat dengan kuliah di UTM.

Dah beberapa hari saya tak menulis dan membaca buku, apa yang saya buat hanya menyelesaikan urusan-urusan di pejabat serta menguruskan keluarga di rumah. Saya cuba curi-curi masa untuk menulis dan membaca.

Walaupun keletihan saya tetap rasa seronok, walaupun ada diantara urusan-urusan yang dipertanggungjawabkan itu diluar bidang tugas saya tetap seronok melakukan nya. Memang betul bila mana minda kita seronok melakukan sesuatu kita akan sentiasa positif. Secara tak langsung saya dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya juga mendapat sahabat baru.

Saya teringat tips-tips untuk seronok berkerja yang pernah saya baca dimana antaranya yang utama disebutkan dengan menjadikan pejabat anda sebagai rumah anda. Heheh ya saya jadikan pejabat saya seperti rumah saya. Dalam masa yang sama saya juga akan pergi mengacau orang dengan jenaka-jenaka motivasi saya :-) ps: hanya boleh dilakukan di luar waktu puncak.

Jangan la risau, jangan la serius. Bila serius sangat dalam buat keje mula la timbul stress, bila stress aura-aura negatif akan mengawal minda anda. Hidupkan suasana keseronokan dalam diri anda. Bergaul dengan rakan-rakan sepejabat anda, jangan terikat dengan satu kumpulan sahaja tetapi jadi universal dimana anda boleh bergaul dengan semua orang.

Keseronokan adalah motivasi diri saya untuk bekerja, menjadikan diri saya sentiasa positif.

Anda pasti tersenyum. Senyum itukan Indah. InsyaAllah

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Blogging bersama SHUKUR.org

Satu Kursus Asas Blogging anjuran SHUKUR.org akan dianjurkan untuk mereka yang berminat memulakan blog sendiri namun masih tercari-cari cara yang mudah.

Kursus Asas Blogging
Tarikh:Sabtu, 8 Ogos 2009
Masa:9:00am – 4:30pm (Makan tengahari disediakan)
Lokasi:Realelite World
No 1A Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang53000 Kuala Lumpur
Hubungi:0173971570 (Fatimah)
Email: fahimah_aqilah[at]hotmail.com
Silibus:Pengenalan
Kenali apa itu blog. Mengapa dan bagaimana ia digunakan
Bagaimana memilih platform untuk blog
Membuka akaun blog
Mendaftar dengan gmail
Mendaftar dengan blogger.com
Menamakan blog anda
Memilih template
Komen (comments)
Memahami fungsi komen
Menentukan siapa yang dibenarkan untuk komen di blog anda
Menetapkan pemberitahuan komen (comments notification)
Arkib (archives) dan RSS
Memahami konsep arkib
Perbezaan arkib dan RSS
Menetapkan arkib
Menetapkan RSS
Mula menulis
Memahami konsep catatan (posting)
Mengenali antaramuka ruangan posting
Menulis posting pertama
Mengubahsuai posting
Gaya dan format posting
Memilih jenis dan saiz aksara
Menggunakan teks tebal dan italics
Menukar warna teks
Menambah pautan pada teks
Menambah nombor dan senarai bullet
Menerbitkan posting anda
Memasukkan gambar
Mengenai blogger dan gambar dari web
Menambahkan pautan untuk imej
Menambahkan pautan pada imej
Memasukkan imej sendiri
Mengubah lebar, tinggi dan teks alternatif untuk imej
Profail blog
Mengenali profail blog: antara privasi dan identiti
Meletakkan gambar pada profail
Melihat profail anda
Sessi Amali (petang)
  • Peserta membina blog masing-masing berdasarkan kelas sessi pagi dan nota yang diberi
    Instructor melihat dan memberikan pendapat mengenai blog setiap peserta-
  • Handouts dan nota akan disediakan untuk peserta-peserta. Kursus peringkat seterusnya (pertengahan dan maju) akan menyusul selepas kursus peringkat asas.
Pembayaran boleh dibuat kepada:
Fatimah Az Zahra
CIMB: 1436 0070 8415 23
Public Bank: 4929 834 206
Maybank: 162209993970 (Mohd Ariff Abdullah)lifutushi[at]yahoo.co.uk

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Sayang Diri Anda

Anda kena sayang diri anda sepenuhnya, kerana diri anda la pembentuk kepada sikap dan peribadi anda serta kecemerlangan anda.  Sikap diri  anda juga memberi kesan keatas orang lain  di sekeliling anda.

Sayang diri anda, kenal diri anda kerana itulah anda. Sifat positif yang anda tanamkan tentang diri anda itulah menjadi faktor kejayaan anda. Jangan telalu merendahkan diri anda, sifat malu, takut, segan, yang tidak bertempat itu lah yang menjadi penghalang anda untuk maju jauh ke hadapan.

Anda secara tak sedar dengan menngatakan perkara negatif  anda  telah menyebakan tubuh badan anda di racun. Itu sangat bahaya bukan.

Racun bukan maksud racun yang membunuh anda, tapi racun yang membunuh semangat anda, potensi anda seterusnya membunuh moral diri anda. Jang biarkan anda jatuh dan terus jatuh. Aura postif perlu sentiasa berada di minda anda, selagi anda kekal positif, akan lebih banyak kejayaan yang akan anda miliki.

Orang lain tidak tau tentang diri anda, hanya anda yang tau bagaimana diri anda sebenarnya. Sayangi la diri anda kekal kan feel good mood positif dalam diri anda. InsyaAllah anda akan berjaya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Be A Pro, Sell Yourself!

thumbnail

Be a PRO, Sell Yourself! adalah buku yang terbaru saya baca, buku ini adalah tulisan Saudara Shamsul Abdull.

Beliau adalah salah seorang Managing Consultant di KaryaCom Sdn Bhd. Dalam buku ini beliau menceritakan mengenai 7 kaedah   pemangkin yang boleh digunkan sepenuhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kecemerlangan.

Buku siri motivasi berdasarkan perjalanan hidup dimana beliau menyatakan Takut adalah punya utama sesorang itu untuk tidak mahu maju kehadapan dan tidak ingankan perubahan. Takut juga menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran negatif. Takut pada diri sendiri, takut pada orang lain dan takut pada ganguan.

Jika anda rasa takut buku ini sesuai untuk anda baca, bagaimana kaedah dan cara-cara yang berkesan untuk memastikan kita sentiasa di landasan yang betul untuk mencipta kejayaan dan dalam masa yang sama anda tidak perlu takut untuk merubah dan menghadapi kegagalan. InsyaAllah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kalau Nak Sesuatu Kena Bayar Dengan Sesuatu

Percaya atau tidak untuk mendapatkan sesuatu kita perlu membayar dengan sesuatu juga.  ”Equivalent Exchange Concept”

Apa sahaja yang anda inginkan mesti ada bayaran. Bayaran tak semestinya dengan nilai duit. Macam-macam boleh, kat sini saya nak pilih untuk katakan bayaran itu dalam bentuk usaha.

Saya pasti anda semua sedia maklum, kita kalau nak dapatkan sesuatu tu kita mesti berusaha bukan. Cuba kita tengok banyak mana usaha kita untuk capai sesuatu itu. Ha dalam setiap urusan dan impian anda perlu berusaha untuk mendapatkan nya.

Usaha kena kuat dan sentiasa berterusan, insyaAllah anda akan dapat apa yang anda target. Cepat atau lambat hasilnya itu bukan ketentuan kita tapi yang penting jangan putus asa, berusaha dan terus berusaha. Positif dalam berusaha pasti menghasilkan kejayaan yang cukup indah. Negatif dan setiap usaha anda menghasil hasil yang tidak sempurna dan kadangkala akan mengecewakan anda.

Apa yang perlu anda buat ialah berusaha dengan bijak dan sentiasa berterusan. Minda positif anda akan menghasilkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu itu.

Ingat untuk mendapatkan sesuatu anda juga kena beri sesuatu, untuk mendapatkan wang anda kena bekerja, untuk menjadi johan dalam larian 100m anda kena berlatih larian anda setiap hari, tidak ada sesuatu hasil yang datang tanpa mengeluarkan sesuatu yang lain.

Jadi kalau anda nak cemerlang anda kena berusaha untuk cemerlang dengan mula berfikiran positif. Mulakan sekrang ya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette