Matlamat Cemerlang, Tekad yang Kuat

Dalam kehidupan seharian kita kena ada matlamat yang utama yang ingin kita capai, matlamat kecil ataupun matlamat yang besar.

Kita boleh tukar apa yang kita nak capai, tapi ingat!!

Bila selalu sangat tukar-tukar apa yang Anda nak capai, itu maknanya Anda tak kuat tekad nak mencapai kecemerlangan hidup. Tekad Anda tak kuat.

Orang-orang berjaya dan cemerlang adalah mereka yang kuat tekad nak berjaya dalam apa yang mereka usahakan dan sentiasa ada matlamat hidup. Mereka juga seperti Anda, faham kuasa minda dan tahu cara membina kekuatan mental.

Apa yang membuat mereka jadi orang berjaya dan cemerlang adalah kerana mereka punyai tekad, setekad yang mungkin nak berjaya. Tekad itu marak membara di minda mereka. Minda yang di setkan begitu sentiasa positif menghasilkan kejayaan positif.

Hati dah kuat, keinginan yang kuat serta ditambah oleh minda yang positif maka ianya tak boleh diubah oleh sesiapa pun yang berada di sekeliling mereka. Oleh kerana dah tekad, mereka tak akan merubah matlamat selagi ia masih belum dicapai.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, untuk tentukan bagaimana hasil nya di permulaan itulah menentukan nanti.

Untuk nak berjaya di tempat kita sendiri, tak perlu memandang jauh ke luar (walaupun sebenarnya kita boleh buat gitu) tapi lihatlah di sekeliling. Cari orang-orang yang Anda anggap berjaya lalu kaji sikap mereka. Contohi apa yang merak lalukan untuk capai kejayaan.

Walaupun sekarang ini Anda kurang bersemangat menghadapi cabaran hidup, saya percaya anda akan menemui inspirasi setelah mengkaji sikap orang-orang berjaya di kawasan Anda.

InsyaAllah, setiap kejayaan itu datang dari dalam diri anda sendiri. Percayalah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Biar Tenang-Tenang

Dalam menjalani kehidupan, kita perlu bnayak bertenang kerana hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran-pemikiran yang terbaik.Percayalah, tatkala kita bergopoh-gapah, sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang.

Itu kata-kata motivasi dari Dr. HM Tuah Iskandar.

Memang betul pun, orang yang terlalu bergopoh-gapah selalu sangat dan mudah buat silap dalam membuat pilihan, mahupun keputusan.

Biar tenang, releks dulu biarla buat sesuatu tu dirancang sebaik boleh, keje kalau kelam kabut jadi tak menentu. Tak tau yang mana penting dan tak penting. Yang mana urgent dan tak urgent. Bak kata perpatah English the four quadrants:

  • not urgent, not important
  • very urgent, not important
  • not urgent, very important
  • very urgent, very important

Bila dapat je satu tugasan, perkara pokok kena bertenang dulu, jangan kelam kabut. Tengok dulu keje-keje kita asingkan ikut yang utama. Barulah keje-keje kita tu di buat dengan lancar dan tersusun.

Macam jawab soalan esei, pilih dulu tajuk-tajuk esei yang kita rasa tau kemudian tu keluarkan la yang mana pendahuluan, yang mana pulak penutup serta isi-isi penting yang nak tulis, bila dah ada senarai baru la buat esei tu. Kalau tak buat mcm tu maka bercampur aduk la esei kita tu. Tungang terbalik jawab nya. Macam tu la hidup kita nie kalau tak bertenang gopoh gapah hidup pun jadi beserabut.

Kalau anda rasa beserabut sangat hari nie, cuba ada bertenang sekejap, ambil nafas tengok balik apa yang anda dah buat hari, susunkan semula ikut turutan dia. InsyaAllah anda tak akan stress pun.

Mula sekarang ya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Rajin Membaca

Minggu nie saya dah selesai baca dua buah buku, yang pertama I Love You Too! Karya Badrul Hisham Shari dan yang ke dua Quranic Law of Attraction Karya Rusdin S.Rauf.

Saya akan tulis review tentang buku ini sedikit masa lagi.

Kini setiap minggu saya akan cari bahan bacaan baru untuk di baca, makin lama saya membaca makin banyak yang dapat saya pelajari serta makin seronok hidup saya.

Sebelum ke pejabat, kebiasaan nya saya dan isteri setiap pagi kami akan besarapan bersama itupun kalau saya atau isteri tidak berpuasa sunat. Secara kebetulan pagi tadi saya terdengar temubual MHI di mana tetamu undang beliau pada pagi ini adalah Saudara Feisal Tehrani, dalam temubual itu saudara feisal telah bercerita bagaimana cara nya dia boleh menulis buku atau novel.

Mengikut kata beliau sewaktu beliau di usia remaja dan masih bersekolah beliau pernah bertemu dengan Datuk A. Samad Said. Sewaktu pertemuan itu beliau telah bertanya pada A. Samad Said tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang penulis. Waktu itu A.Samad said mengatakan ada lima perkara yang perlu kamu lakukan.

Yang pertama kamu perlu membaca, yang kedua kamu perlu membaca, yang ketiga kamu perlu membaca, yang ke empat kamu perlu membaca dan yang ke lima baru kamu menulis.

Secara berseloroh kalau ke lima juga membaca bagaimana pula datuk? Maka di jawab nya jadi pembaca la kamu.

Apa yang menarik nya ialah dari lima perkara yang di perkatakan, empat yang utama adalah membaca kemudian baru lah menulis. Kalau anda minat untuk menjadi penulis, start la membaca sekarang.

Ada banyak lagi buku-buku yang menarik ingin saya kongsikan pada anda semua. InsyaAllah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: I Love You Too!

cover-iluvu2

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang telah saya baca, I Love You Too! tulisan Badrul Hisham Shari @ Pakcik Bard

Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian.

Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!

Di sulam dengan ilustrasi karikatur yang sinis dan lucu. Yang pastinya akan membuat anda tersenyum sendirian.

Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.

Sesuai untuk bacaan bagi yang dah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Tak kira sama ada yang dah lama atau pun yang baru berkahwin.

Buku ini sesuai untuk anda semua. Anda pasti terimbau kembali sewaktu di awal perkahwinan anda. Dan bagi yang bakal mendirikan rumahtangga. Buku ini juga sesuai untuk anda.

Apa tunggu lagi, beli la sekarang. Buku yang tidak rugi untuk anda beli.

Di bawah nie antara tajuk sketsa dan banyak lagi sketsa di dalam buku ini.

TENTANG PEREMPUAN

SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?

SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!

SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami

SKETSA 4 Wanita Super

SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri

TENTANG LELAKI

SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami

SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga

SKETSA 8 If Anything Happen to Me …

SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review:Hello anak-anak Ayah

anak-ayah-baru

Cuti hujung minggu lepas saya baru je selesai membaca buku Hello anak-anak Ayah tulisan Zulina Hassan,review buku kali ini saya anggapkan menarik dan sasaran nya untuk anak-anak berumur dari 8 – 11 tahun.

Buku motivasi untuk Remaja.Tapi tak salah kalau anda turut membaca buku ini kan :-)

Berkisah tentang Sebuah rumah di pinggir desa. Seorang ayah yang jauh di mata. Seorang ibu yang ambil alih jadi nakhoda. Lima orang anak yang selalu memeningkan kepala. Jiran dua beranak yang dianggap ‘pengacau’ saja.

Dalam situasi ini, ada-ada saja yang berlaku! Firas yang sulung, suka menyakat. Alia pula selalu dimenangkan oleh Ibu! Si Syamil ulat buku dan selalu ‘terlepas’ perkara-perkara yang menarik di dalam rumah. Husna pula selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia. Dan Adik Is sentiasa tidak ‘makan saman’.

Gabungan beberapa cerita pendek yang saling berkaian dalam kehidupan sebuah keluarga. Kisah berkisar kepada kehidupan lima beradik bersama ibu mereka dan jiran-jiran. Diselitkan unsur humor. Terbahagi kepada 10 episod dengan setiap episod boleh berdiri sendiri.

Buku ini sangat menarik untuk dijadikan bahan bacaan umum anak-anak anda. Gaya bahasa yang mudah beorentasikan motivasi remaja.

Jadi, Apa yang anda tunggu lagi beli la sekarang ya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Membaca & Motivasi

Motivasi adalah sumber pemangkin diri untuk begerak lebih maju kehadapan. Banyak cara motivasi diri yang telah di aplikasikan di seluruh dunia. Banyak cara dan kaedah bagaimana untuk menyampaikan motivasi secara berkesan. Cuma cara penyampaian itu perlu juga diambil kira siapa yang menjadi audience kita nanti. So takde la kita syok sendiri.

Untuk lebih motivasi saya kena banyak membaca bahan-bahan sebagai rujukan saya. Tak kira sama ada tulisan itu dalam bentuk santai ataupun akademik saya tetap akan membaca dan terus membaca. Saya suka membaca buku secara santai, bila santai tu rasa releks sahaja.

Bagi saya, apa yang saya baca secara santai akan lebih mudah di ingat dan mudah di fahami. Saya yakin begitu, dari buku kanak-kanak sehingga la ke peringkat umur dewasa saya masih lagi membaca.

Anda pun kena rajin membaca, kenapa? melalui pembacaan anda akan banyak mempelajari sesuatu perkara yang baru, betul saya tak tipu. Bacalah apa saja pun buku, email, majalah, blog dll.

Jadikan ia sebagi hobi untuk diri anda setiap minggu cari satu bacaan baru untuk diri anda, beli sebuah buku dan simpan resit nya kerana secara tak langsung anda akan dapat pelepasan cukai :-) Kalau tak mau beli pinjam sahaja dari kawan-kawan ataupun perpustakaan awam.

Walaubagaimanapun sebagai seorang Muslim, Motivasi terunggul manusia adalah Allah, kalau bukan Allah tiadalah lagi.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Hello anak-anak Ayah

anak-ayah-baru.gif

Cuti hujung minggu lepas saya baru je selesai membaca buku Hello anak-anak Ayah tulisan Zulina Hassan, review buku kali ini saya anggapkan menarik dan sasaran nya untuk anak-anak berumur dari 8 – 11 tahun.

Buku motivasi untuk Remaja.Tapi tak salah kalau anda turut membaca buku ini kan :-)

Berkisah tentang Sebuah rumah di pinggir desa. Seorang ayah yang jauh di mata. Seorang ibu yang ambil alih jadi nakhoda. Lima orang anak yang selalu memeningkan kepala. Jiran dua beranak yang dianggap ‘pengacau’ saja.

Dalam situasi ini, ada-ada saja yang berlaku! Firas yang sulung, suka menyakat. Alia pula selalu dimenangkan oleh Ibu! Si Syamil ulat buku dan selalu ‘terlepas’ perkara-perkara yang menarik di dalam rumah. Husna pula selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia. Dan Adik Is sentiasa tidak ‘makan saman’.

Gabungan beberapa cerita pendek yang saling berkaian dalam kehidupan sebuah keluarga. Kisah berkisar kepada kehidupan lima beradik bersama ibu mereka dan jiran-jiran. Diselitkan unsur humor. Terbahagi kepada 10 episod dengan setiap episod boleh berdiri sendiri.

Buku ini sangat menarik untuk dijadikan bahan bacaan umum anak-anak anda. Gaya bahasa yang mudah beorentasikan motivasi remaja.

Jadi, Apa yang anda tunggu lagi beli la sekarang ya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kata-Kata Motivasi

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

Kata-kata ini dipetik dari Albert Camus, apa yang kita lalui, yang kita hadapi itulah pengalaman. Anda jangan risau untuk melakukan kesilapan kerana kesilapan itu adalah permulaan bagi setiap kejayaan anda.

Percaya atau tidak orang yang tidak melakukan kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa perkara pun. Dr. HM Tuah ada berkata bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

 

Jadi, kita ada pilihan untuk positif dari setiap kesilapan, belajar dari kesilapan itulan yang lebih hebat dari mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan

Dalam hidup, kita akan sentiasa ada dua pilihan. Baik atau buruk, kiri atau kanan, negetif atau positif.

Apa tunggu lagi, mari kita ambil keputusan untuk memilih yang positif saja. 

 

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Keseronokan Bekerja

Apabila kita sudah seronok untuk bekerja, kita tak akan fikirkan tentang hal-hal yang lain. Kita akan fokus pada kerja-kerja kita.

Yang penting time tu kita cuma rasa seronok sahaja. Apabila kita rasa seronok, kita tak akan fikir perkara-perkara yang buat kita rasa sedih. Keseronokan itu sendiri akan membunuh perasaan sedih, benci, tertekan, stress dan banyak lagi hal-hal negatif yang sering menggangu kita.

Bila kita dah minat dengan apa yang kita buat time tu la kita rasa seronok, yang jadi tak seronok bila kita takde minat. Buat keje dalam terpaksa. Dalam dunia nie tak semua benda kita boleh dapat tanpa usaha. Betul kan? adaka ke duit yang tiba-tiba jatuh dari langit terus masuk dalam dompet anda.

Mulai saat ni, sama-samalah kita ingat mengingati. Dahulukan minat dari duit, pentingkan keseronokan dari ganjaran kerana ganjaran yang banyak akan timbul secara automatik bila Anda keseronokan yang juga banyak. Biarkan diri Anda jadi terlalu seronok, terlalu minat, terlalu ‘angau’ dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan Anda macam dah tak kisah soal duit, untung, atau gaji.

Saranan ini sesuatu yang berbaloi untuk Anda cuba keberkesananya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Pendidik Inovatif Generasi Berkualiti

Pendidik Inovatif Generasi Berkualiti. Bila lihat je tema Sambutan Hari Pendidik nie. Rasa gerun je kan, Kenapa tidak sebagai pendidik peranan untuk melahirkan generasi yang berkualiti terletak di bahu para pendidik. Satu tugas yang berat selepas Ibu Bapa.

Macam mana nak jadi pendidik yang inovatif nie?

Bagi saya semuanya bermula dengan diri yang positif, minda yang positif, imej yang positif.

Bagaimana dengan Negatif pulak? Dalam sesetangah situasi, adakalanya fikiran negatif dalam minda kita memainkan peranan penting. Kebaikannya, kita akan nampak risiko yang mungkin timbul, kesan buruk yang mungkin berlaku atau kesilapan yang mungkin boleh muncul tanpa disangka-sangka hasil dari fikiran negatif, kerana kita nampak apa yang buruk disebalik sesuatu.

Ok cukup pasal negatif, kali ini saya ingin becerita perihal positif dahulu. Maaf ya Negatif kita berbicara di ruang waktu yang lain.

Kenapa mesti positif pulak?

Tentulah positif, cuba anda senaraikan ciri-ciri positif. Biar saya mulakan dulu, sering tersenyum, jujur, berhati mulia, sering membantu, mudah didekati, optimis, bertolak ansur, penyayang dan banyak lagi ciri ciri manifestasi fikiran yang positif. Nah amat banyak, kan. Tak mengapa jangan risau saya tahu anda adalah orang yang positif.

Semua ciri-ciri positif mengambarkan sesuatu yang baik.

Tetapi jika anda didapati positif dalam penggunaan dadah atau HIV itu adalah tidak baik.

Saya tahu anda faham apa yang saya maksudkan, kan?

Sekiranya Minda anda melihat diri Anda sebagai seorang yang berjaya dan Anda percaya Anda mampu mencapainya, maka secara automatik diri Anda akan terdorong untuk bertindak seperti orang yang berjaya.

Minda diri positif membuat Anda berjaya, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin hampir dengan kejayaan, lalu terus menerus berjaya selagi Anda terus menerus melihat diri Anda berjaya, sentiasa berjaya.

Pernahkah anda mendengar cerita berkenaan lebah.

Kenapa mesti lebah pulak? Apa yang yang hebat tentang lebah nie?

Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpulkan makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yang sangat memberi manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi obat.

Subhan Allah. Hebat bukan.

Apa kaitan sifat positif ini dengan Generasi yang berkualiti. Kualiti juga bermula dengan perkara-perkara dan sifat-sifat yang positif dalam diri.

Banyak kaitan nya, mari kita sama-sama ingat perkara ini baik-baik. Kita perlu memahami suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan ini. Apa sahaja yang kita lakukan memberi kesan keatas orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tindakan orang lain memberi kesan ke atas kita.

Sebagai pendidik yang sentiasa positif diri, menghasilkan idea yang kreatif, idea yang kreatif menghasilkan sistem yang pengajaran dan teknik-teknik yang menarik,   hasilnya anak didikan anda tergolong dalam generasi yang berkualiti. Kerana guru-guru meraka adalah yang terbaik cirri-ciri positif nya.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Nak pilih baik, atau nak pilih yang buruk.

Kekadang kita membuat pilihan salah tanpa kita sedari, hanya kerana kita terlalu ikutkan emosi.

Katakan Anda boleh berjaya (bahkan ada potensi untuk berjaya), berikan senyuman pada diri sendiri kerana secara automatik, ia akan membuat Anda jadi cukup bersemangat.

“Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur – Perhimpunan Agung MIC ke-42

Oppss hampir terlupa pulak saya, Ucapan Selamat Hari Guru untuk semua para pendidik Malaysia, Khususnya anda Warga Pendidik MARA. Tahniah di atas kecekalan anda dalam mendidik generasi yang berkualiti.

Saya ada idea, apa kata kita lakukan nya bersama-sama hari ini juga. Tak biasa buat camtu? Jangan risau, kita sama-sama bantu diri kita. Ubah diri kita hari ini, untuk kecemerlangan kita bersama. Kita ajak sekali anak murid kita untuk turut serta.

Alhamdulillah kita dah pun berjaya.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette