Review: Menjejaki Jutawan Senyap

jutawan-senyap

Sewaktu saya mengemas rumah untuk proses berpindah ke rumah baru saya terjumpa sebuah buku motivasi keusahawan yang mula-mula saya beli. Buku ini adalah buku lama dan buku pertama saya baca tentang motivasi keusahawanan. Buku ini bagus untuk motivasi sabagi seorang usahawan. Dah banyak kali saya baca.

Buku yang berorentasikan kisah-kisah kejayaan rakyat tempatan. Mereka ini bukan la orang-orang yang terkenal yang bergelar Dato atau Dr.

Mereka cuma perniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan, mereka nie takde busniess card pun. Tapi dalam meraka tak sedar, harta meraka ini telah mencecah jutaan ringgit. Secara tidak sedar meraka telah pun menjadi jutawan.

Itulah jutawan senyap, meraka tak glamor, takde nama pun. Tak pernah masuk tv. Namun apa yang menarik nya meraka ini hebat. Bagaimana mereka hebat, meraka ini tidak pernah mengenal erti putus asa. Walau ribut badai melanda meraka tetap berusaha dan terus berusaha tanpa mereka sedari mereka telah pun menjadi seorang jutawan.

Jangan anda terkejut jika jiran-jiran atau kawan-kawan anda adalah jutawan. Zaman sekarang nie duduk rumah pun dah boleh jadi usahawan dan boleh buat duit.

Anda nak tau lebih lagi? Apa kata anda dapatkan buku ini sekarang.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Berhibur pun boleh Hilangkan Stress

Anda stress? Apa kata kita pergi berhibur. Berhibur mengikut cara keseronokan anda.

Berhibur, ada macam-macam cara untuk berhibur. Salah satu cara sesuai untuk hilangkan rasa gundah gelana, stress di jiwa hehehe. Setelah penat bekerja, kena marah boss, gagal dalam projek pasti anda akan rasa stress bukan. Apa kata anda keluar rumah ambil cuti melancong ke, buat jungle tracking, scuba diving ke. Buatla apa sahaja perkara yang menyeronokan anda, asalkan ianya tak menyalahi undang-undah sudah la.

Sabtu lepas saya berpeluang untuk mengikuti Konsert Amal Hijjaz & Unic yang berlangsung di stadium kajang. Dah agak lama tak tengok konsert nasyid nie. Last tengok pun tahun 2006, mengimbau waktu zaman-zaman study dulu, kat mana ada konsert-konsert amal nasyid yang di buat di IPTA dan IPTS mesti pergi punya :-)

Kali nie saya bawa wife saya bersama, wife saya nie memang tak pernah pergi mana-mana konsert nasyid pun. Itulah kali pertama dia pergi. Mula-mula tu nampak macam tak seronok je tapi bila Hijjaz & Unic dah start show dia pula yang lebih seronok :-)

Sekali sekala kena la juga berhibur, dapat juga hilangkan semua stress tentang keja. Sebenarnya teringin nak tengok transformers yang baru nie, kena tunggu keluar DVD tengok di home thater kat umah besama isteri.

So kalau anda stress apa kata anda berenti sekejap memikirkan perkara yang stress tu, buat perkara yang menyeronokan anda. InsyaAllah selepas tu anda akan ok kembali.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Nak dengan Tak Nak

Ungkapan nak dengan tak nak nie selalu je kita dengar, macam peribahasa nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Macam tu la kalau kita nie nak berjaya nak cemerlang dalam hidup. Cuba anda tanya diri anda “ Nak ke Tak Nak”. Anda nak duit kan? Tentulah kalau nak duit kena berkerja atau pun menjual sesuatu.

Saya ambil contoh kalau anda sebagia seorang jurujual, jadi keje anda adalah menjual sesuatu. Boleh ke anda jadi penjual yang berjaya kalau anda malu atau segan nak buka mulut? Tentu tak boleh bukan.

Cuba anda fikir semula, anda nak untung ke nak rugi. Mesti nak untungkan. Kalau tak mahu tak payah buang masa sebab anda pasti rugi, tapi kalau nak jangan fikir panjang buat dan anda akan dapat hasilnya. InsyaAllah.

Begitulah hidup kita nie, kalau anda nak berjaya atau tidak semuanya terpulang pada diri anda. Kalau anda ada impian yang tinggi, anda kena berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada banyak sangat alasan anda tak akan kemana-mana pun. Ingat pesan saya, semua bermula dengan diri anda sendiri.

Apa tunggu lagi kalau anda nak lihat kejayaan tu bertindak la sekarang.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Walks for Charity – Islamic Outreach ABIM

Untuk makluman, pada sahabat-sahabat sekalian yang mempunyai kelapangan masa pada 5 Julai 2009 boleh la turut serta ke program “Walk for Charity” seperti di atas.

Sama-sama kita turut serta dalam program “Walk fo Charity” Ahad 5 Juali 2009 Jalan Ampang Hilir.
Bayaran peyertaan RM 15.00 sahaja. Jom semua kita meriahkan sambil beramal, kita jumpa di sana InsyaAllah.

Sama-sama kita turut serta dalam program “Walk fo Charity” Ahad 5 Julai 2009 Jalan Ampang Hilir. Bayaran penyertaan RM 15.00 sahaja. Jom semua kita meriahkan program ini bawa keluarga anda bersama, untuk kesihatan kita dan sambil beramal, kita jumpa di sana InsyaAllah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Takpe Gagal Sikit-Sikit

Tak apa gagal-gagal sikit sebab gagal sikit-sikit itu akan buatkan kita lebih cenderung untuk berusaha keras dan capai kejayaan yang lebih besar serta lebih baik, tak sombong serta merendah diri.

Itu kata-kata Dr. HM Tuah dalam buku Nak Jadi Jadi. Memang betul takpe kalau kita gagal sikit-sikit kerana dari setiap kegagalan kita itu sebernarnya menghasilkan kejayaan yang lebih hebat lagi.

Bila kita lalui kegagalan kita akan nampak kat mana yang kita silap dan kita kurang. Dengan itu baru kita dapat berusaha untuk membaiki apa yang kita silap. Kita pasti akan usaha lebih keras lagi untuk mencapai matlamat kita tu.

Anda tak perlu risau untuk gagal, semua orang pernah melalui kegagalan. Saya pun pernah gagal, bangkit dari kegagalan akan jadikan kita nie lebih kuat dan tabah. Percaya atau tidak kejayaan yang anda miliki selepas melalui kegagalan itulah yang paling terasa seronok nya.

Jang fikirkan sangat pasal kesempurnaan. Sebagai seorang muslim kesempurnaan tu hanya milik Allah.

Kita tak lari dari kegagalan, kerana kegagalan itu ujian, gagal itu juga pengajaran. Belajar dari gagal itu bagus untuk anda. Jika anda alami kegagalan hari ini jangan putus asa, jangan sedih, jangan kecewa, kerana kejayaan yang sebernar sedang menanti di hadapan.

Apa tunggu lagi, bangkit, bangun dan terus maju kedepan. InsyaAllah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Membaca & Motivasi

Motivasi adalah sumber pemangkin diri untuk begerak lebih maju kehadapan. Banyak cara motivasi diri yang telah di aplikasikan di seluruh dunia. Banyak cara dan kaedah bagaimana untuk menyampaikan motivasi secara berkesan. Cuma cara penyampaian itu perlu juga diambil kira siapa yang menjadi audience kita nanti. So takde la kita syok sendiri.

Untuk lebih motivasi saya kena banyak membaca bahan-bahan sebagai rujukan saya. Tak kira sama ada tulisan itu dalam bentuk santai ataupun akademik saya tetap akan membaca dan terus membaca. Saya suka membaca buku secara santai, bila santai tu rasa releks sahaja.

Bagi saya, apa yang saya baca secara santai akan lebih mudah di ingat dan mudah di fahami. Saya yakin begitu, dari buku kanak-kanak sehingga la ke peringkat umur dewasa saya masih lagi membaca.

Anda pun kena rajin membaca, kenapa? melalui pembacaan anda akan banyak mempelajari sesuatu perkara yang baru, betul saya tak tipu. Bacalah apa saja pun buku, email, majalah, blog dll.

Jadikan ia sebagi hobi untuk diri anda setiap minggu cari satu bacaan baru untuk diri anda, beli sebuah buku dan simpan resit nya kerana secara tak langsung anda akan dapat pelepasan cukai  Kalau tak mau beli pinjam sahaja dari kawan-kawan ataupun perpustakaan awam.

Walaubagaimanapun sebagai seorang Muslim, Motivasi terunggul manusia adalah Allah, kalau bukan Allah tiadalah lagi.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kenapa saya perlu selalu fikir positif?

Kenapa ya?

Entahla saya pun tak tahu, dah rasa macam tak best je sekarang nie. Nak menulis pun dah takde mood. Bangun pagi nak pergi keje pun dah rasa malas. Dah naik meluat tengok muka staf-staf yang ada kat ofis nie.

Jangan terkejut, di atas nie cuma contoh ayat-ayat negatif sahaja. Cuba anda bayangkan pagi-pagi bangun tidur je dah sebut perkara-perkara yang negatif.

Macam mana hari tu kita nak perolehi kecermerlangan. Sebaik-baiknya panjantkan kesyukuran kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan.

Anda kena ingat setiap apa yang kita kata, ucap tu semua adalah doa. Minta yang positif maka positif la hasil nya, sebaliknya jika negatif maka negatif la hasilnya juga.

Jangan mudah terpengaruh dengan keaadan sekililing kita nie. Dah seminggu lebih selsema saya nie tak berkurangan. Sedikit sebanyak, tugasan saya tergangu sedikit. Tapi yang baik nya saya dapat perhatian yang lebih dari isteri saya. Time nie saya dapat bermanja lebih dengan isteri saya :-)

Saya kena selalu ingat perkara-perkara yang hadir ini memberi kesan positif pada saya. Kalau saya tak buat begitu, maka habis la hidup saya nie. Kalau saya tak positif maka orang-orang di sekeliling saya akan menerima kesan dari tindakan saya nanti.

Dalam setiap apa jua rintangan, dugaan, ujian disebalik semua itu terdapat satu kebaikan yang cukup indah akan kita perolehi andai kita melihat ia dari sudut yang positif. InsyaAllah.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Life is an Open Secret: Ramadhan Special

life-open-secret-ramadan-special

Coming soon, Life is an Open Secret: Ramadhan Special. Buku ke tiga tulisan Sis Zabrina A. Bakar.

Tak sabar menanti kehadiran buah tangan terbaru dari beliau, buku kecil yang penuh dengan kisah-kisah inspirasi.

Pastikan anda juga menanti kehadiran buku ini di pasaran.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Quranic Law of Attraction

qlawattract__53231

Selesai sudah buku bertajuk Quranic Law of Attraction tulisan Saudara Rusdin S.Rauf menjadi bacaan terbaru saya. Suka saya berkongsi nya bersama saudara dan saudari sekalian.

Saya pasti anda pernah membaca buku The Secret karya Rhonda Byrne, The Law of Attraction karya Esther Hicks dan Michael J.Losier.

Buku-buku tersebut memperkatakan tentang intipati hukum tarikan, dimana kehebatan minda sedar dan separa sedar. Dimana pemikiran positif melahirkan pengalaman positif. Sebaliknya permikiran negatif menghasilkan sesuatu yang negatif.

Law of Attraction mengajar kita mengenai kuasa minda.

Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecermelangan itu.

Cuma yang menjadi persoalan sekarang sebagai seorang muslim, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah standard pengukur kita bagi memastikan tenaga kuasa minda kita ini kekal dalam keranga agama.

Jawapannya sudah pasti adalan Al-Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Allah. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Allah. Kesannya, terhasillah suatu kuasa tarikan yang sungguh luar biasa. Namum yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecermelangan yang lebih holistik, kecermerlangan di dunia dan akhirat.

Buku Quranic Law of Attraction ini menjadi pendokong pendapat mengenai hukum tarikan yang telah sedia ada dan sebagai bimbingan kepada kita. Buku ini menjelaskan mengenai hukum tarikan dengan merujuk Al-Quran sebagi sumber. Dalam setiap harapan dan pencapaian adalah melalui pembacaan doan, syukur dan sabar.

Tidak ada alasan bagi orang Islam untuk tidak mengembangkan sifat-sifat positif untuk menghasilkan kejayaan di masa hadapan.

Selamat membaca kepada anda semua, buku ini tidak mahal berharga RM 13.90 sahaja.

InsyaAllah mutu perkerjaan saudara dan saudari sekalian pasti menjadi semakin baik.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Motivasi Positif

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

Kata-kata ini dipetik dari Albert Camus, apa yang kita lalui, yang kita hadapi itulah pengalaman. Anda jangan risau untuk melakukan kesilapan kerana kesilapan itu adalah permulaan bagi setiap kejayaan anda.

Percaya atau tidak orang yang tidak melakukan kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa perkara pun. Dr. HM Tuah ada berkata bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

Jadi, kita ada pilihan untuk positif dari setiap kesilapan, belajar dari kesilapan itulan yang lebih hebat dari mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan

Dalam hidup, kita akan sentiasa ada dua pilihan. Baik atau buruk, kiri atau kanan, negatif atau positif.

Apa tunggu lagi, mari kita ambil keputusan untuk memilih yang positif saja.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette