Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Bila kita ada minda yang positif, peribadi yang positif secara sendiri nya kita akan kuat umpama besi waja, kena bakar dengan api pun steady je. Semakin menghadapi cabaran hidup, dugaan, ujian kritikan semakin teguh kita rasakan.

Tapi sebalik nya andai kita tidak kuat, alamat nye seperti timah atau lilin. Apabila terkena api maka hancur lebur lah. Apabila cabaran mendatang maka bekecai la.

Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat kita. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, tapi dengan minda yang positif macam-macam idea yang mengejut akan kita hasilkan. Semakin tercabar, semakin gagah.

Sebenarnya begini, apabila kita berfikiran negatif. Kita akan sentiasa mencari pelbagai alasan, mengatakan yang itu tak boleh, yang ini tidak kena. Dan akhir nya kejayaan yang anda inginkan tidak kesampaian. Kerana terdapat banyak sangat halangan di dalam minda.

Betul kan. Ok ok jangan risau. Ada caranya nak jadi diri anda positif.

Nak mengekalkan sikap minda positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk.

InsyaAllah sikap yang beterus terusan ini menghasilkan kuasa minda yang cukup kuat, semakin anda tercabar, semakin kuat diri anda.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Idea & Motivasi

Idea nie bila dia datang mencurah-curah macam air terjun. Kadang-kadang tak tentu masa idea nie datang. 

Bila takde idea, nak menulis pun susah.  Jadi saya punca cara nak ingat idea,  sebagai alternatif nye tiap kali apa yang terlintas cepat-cepat saya tulis di atas kertas atau kat laptop.

Dengan cara nie saya dapat ingat  idea yang datang tadi  dan ianya tidak lupa atau hilang.

Tapi jangan pulak tulis di tempat sembarangan.

Nak motivasi diri sebenarnya tidak susah. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju minda saya dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. 

Segala pilihan terletak di tangan kita, baik buruk pilihan kita itu terdorang atas sikap diri kita. Bukan nya kita tak tahu tapi kadang-kadang kita nie terlupa dengan apa yang kita pilih.

Positif minda, sikap yang positif mencerminkan peribadi dan hasil kejayaan kita. Apa bila diri positif, kejayaan senang untuk kita kecapi.

Bila positif, Setiap batu kerikil yang menghalanga kita tu,  akan di anggap sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya.

Jangan susah hati, yakin pada diri. InsyaAllah kejayaan akan di kecapi. 

“Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya.”

 Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur – Perhimpunan

Tidak perlu risau, dalam setiap kepayahan akan ada kejayaan. Jom kita menuju ke arah kejayaan. InsyaAllah.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Cikgu Math yang Cekal

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru. 

Saya sangat bertuah kerana sepanjang pembelajaran saya di sekolah serta dipusat pengajian tinggi, saya dipertemukan dengan guru-guru yang penuh ikhlas dan dedikasi dalam memberi sumbangan ilmu serta tunjuk ajar pada saya. Andai mereka membaca penulisan saya ini ribuan terima kasih saya ucapkan atas sumbangan ilmu serta tunjuk ajar yang tidak termampu untuk saya balas kembali.

Dalam diri saya definasi guru itu amat luas, saya tidak meletakan guru itu hanya mereka yg mengajar di kelas sahaja. Saya berangapan sesiapa sahaja yang telah memberi ilmu pada saya, saya anggap mereka sebagai guru kepada saya. Boss yang memberi tunjuk ajar juga guru saya, ofismate yang membantu saya juga guru saya sehingga kanak-kanak yang menujukkan sesuatu permainan baru juga guru saya :-)

Ianya cuma dipandang dari persepktif yang berbeza sahaja. Anda juga boleh menjadi Guru saya.

Ada satu cerita ringkas, waktu zaman saya sekolah, terdapat seorang guru metamatik di sekolah saya, nama dia Cikgu Sheikh yang mempunyai keazaman yg cukup kuat. Tidak pernah terlintas di fikiran dia untuk berenti mengajar. Walaubagaimana payah sekalipun cikgu ini dia tidak pernah merungut. Dia tetap sabar dan terus memberi bimbingan untuk anak murid nya di kelas. Berbagai kerenah anak murid nya, ada yang malas buat keje rumah, tiap kali exam pasti fail. Anak murid dia nie jenis tak makan saman, rotan macam mana pun takde respon.

Tapi akhir nya usha cikgu ini berjaya, anak murid nya di akhir persekolahan berjaya lulus dalam peperiksaan SPM. Walau pun bukan dengan gred yg baik, tetapi lulus dengan kepujian.

Bagaimana saya boleh tahu?  Sebab saya la murid yang diajarnya tu heheh :-)

Kecekalan cikgu itulah sebabnya kenapa saya sentiasa berusha untuk bersikap cekal dan positif apabila berhadapan dengan apa saja rintangan dan cabaran dalam kehidupan ini kerana saya tahu di setiap balik kesukaran itu, tersembunyi sesuatu yang indah, dimana nikmat yang sangat indah akan kita rasai apabila kita harungi ia dengan tabah. Nikmat ini disediakan oleh Tuhan Yang Maha Agung.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Surah Al-Insyiraah 94 :ayat 5-6)

Subhan Allah. Sebenarnya bukan nya kita tidak tahu, tetapi kita nie cuma terlupa. Jadi dalam apa jua yang kita lakukan, jangan la beputus asa. Teruskan berusha. Sentiasa positif minda, InsyaAllah anda akan berjaya.

Wasalam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

iMotivasi: Latih Diri Kaya Idea

Ha yang nie saya ambil dari syukri, dia kata kalau nak kaya idea kena banyak belatih.

Nak bina idea kena banyak membaca, berfikir dan melihat. Kekadang ada orang yang tak suka membaca, tapi kaya benar dengan idea . Idea adalah buah fikiran, pendapat atau ilham yang terbit dari sesuatu.

Bagaimana nak melatih diri kaya idea walaupun kurang membaca dan kurang berfikir? Tekniknya, lihat orang yang jauh lebih susah daripada Anda. Lihat saja dulu, tanpa fikir apa-apa atau cakap apa-apa di dalam hati. Hanya lihat saja.

Jika Anda rasa sekarang ni hidup Anda penuh dengan masalah, cari seseorang yang masalahnya jauh lebih berat daripada Anda. Kaji hidupnya dan teka apa yang ada di dalam kepalanya.
Tak lama selepas itu akan timbul idea -idea untuk Anda memperbaiki hidup sendiri kesan daripada melihat kesusahan orang lain di depan mata Anda. Serta merta, akan lahir rasa kesyukuran sebab Tuhan masih memberi Anda peluang yang lebih baik daripada dia.

Orang-orang cemerlang sukakan idea kerana idea adalah aset penting bagi orang-orang cemerlang. Idea satu-satunya jurang pembeza di antara orang kelas pertengahan dengan orang atasan yang berjaya.

 

Nah mudah je bukan nak cipta idea, lihat saja sekeliling kita dari situ cetusan idea akan timbul.

Apa-apa yang anda cetus kan itu adalah idea, idea yang lahir boleh di olah menjadi idea yang baik. InsyaAllah.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Minggu Palestin

 

minggu-palestin

Kepada sahabat-sahabat yang ada kelapangan masa, dijemput hadir ke Minggu Palestin Anjuran bersama BUKM MARA dengan kerjasama Aman Palestin Berhad.

Program Bermula dari 5-8 Mei 2009 bertempat di ruang legar Medan MARA, Jalan Raja laut. Maklumat lanjut mengenai Minggu Palestin anjuran BUKM dan Mara, hubungi Nurazim di talian 012-2765020 dan Abd Radzuan Zulkifli (019-6020665).

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Antara Stress & Menulis

Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua, hari nie saya tertarik untuk berkongsi penulisan dari Shukri Abdullah. Shukri menulis tentang salah satu cara untuk menangani stress. Penulisan beliau telah mengingatkan tentang cara pengurusan strees yang pernah saya pelajari :-)

Salah satu cara untuk Anda menangani stress adalah dengan menulis apa yang membuat Anda stress di atas sehelai kertas putih. Tulis kesemuanya, sehingga sudah tidak ada satu apa lagi yang tertinggal.

Asal stress, tulis. Asal stress, tulis.

Pastikan ketika Anda menulis apa yang membuat Anda stress, tak ada orang lain di sekeliling untuk ngelakkan diorang komplen perbuatan Anda atau mentertawakan Anda ketika menulis senarai perkara-perkara yang membuat Anda stress.

Kita menulis samalah macam kita meluahkan apa yang ada di fikiran. Tak payah cakap, tulis saja. Asal kita menulis, macam kita meluah habis pada seseorang.

Beberapa tahun lalu saya telah belajar untuk menghilangkan strees, salah satu caranya dengan melalui penulisan sama ada secara online atau pun sekadar di kertas2 conteng. Ianya agak menarik dan suatu kaedah yang cukup bekesan bagi saya, secara tidak langsung kini saya semakin suka untuk menulis. 

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Life is an Open Secret – You, Me and We

 

Life is an Open Secret

Kini saya kembali dengan buku kedua karya Zabrina A. Bakar. Buku ini saya beli sewaktu pesta buku antarabangsa kuala lumpur di PWTC baru-baru nie.

Saya telah pun selesai membaca kedua-dua buku Ini. Sekali lagi saya mencadangkan anda untuk membeli buku-buku ini. Penceritaan yang berdasarkan kisah-kisah kehidupan seharian kita. Yang mana kita antara sedar dan tidak sedar semua tu berlaku dalam diri kita.  Anda pasti tidak akan kecewa dengan penggunaan ayat yang ditulis dengan penuh inspirasi. Sesuai untuk dibaca pelbagai peringkat umur dan jawatan.

Jika anda seorang ibu atau ayah, bacakan cerita ini pada anak-anak anda, jika anda majikan ceritakanlah pada pekerja-pekerja anda. Tak kira siapa anda sekalipun buku ini sesuai untuk anda kongsikan dengan mereka semua. Inspirasi dan kata-kata semangat untuk motivasi diri anda.

Wasalam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Mencipta Minda Juara

Anda pasti tau betapa hebatnya kuasa Minda. Untuk melahirkan seorang Juara,  Kuasa Minda memberikan kesan untuk seseorang itu berfikiran positif  serta berfikir sebagai seorang JUARA.

Sentiasa percaya pada kebolehan diri, berfikir luar dari kebiasaan anda. Tajamkan permikiran otak kanan anda. Para saintis seluruh dunia telah mengatakan bahawa kebanyakkan manusia di dunia ini hanya menggunakan 10% daripada kuasa minda mereka manakala 90% kuasa minda mereka terpendam dan tidak digunakan sama-sekali.

Nah banyak yang kita tak gunakan bukan, anda sendiri tau potensi diri anda. Sekarang nie  apa yang perlu anda lakukan adalah  dengan mengeluarkan potensi yang ada dalam diri anda.

Dengan minda juara anda, segala yang mustahil itu dapat anda realisasikan. InsyaAllah. Bertindak la sekrang.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette