Hati Yang Tersenyum

Saya tertarik dengan kata-kata dari Buku HATI karya penulisan Irmansyah .

“tersenyumlah ke hati. Adalah sifat alami dari hati untuk tersenyum. Dalam tersenyum, kita memberi kesempatan dan membiarkan hati kita untuk menjadi lebih kuat. Tersenyum ke hati memberikan kesempatan kepada hati untuk menjadi lebih dominan.

Nah, indah bukan. Bilamana kita tersenyum hati akan jadi kuat. Semangat, emosi segalanya berubah. Senyum lah pada hati anda, pada teman-teman anda kerana hati yang tersenyum menjadi lebih kukuh emosi nya.

Jika anda ingin lebih tahu lagi mengenai HATI, carilah buku ini. Baca dan baca ianya berulangkali moga hati-hati anda semua akan tersenyum :-)

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Tilmiz.Net

Salam Ukhwah… Mahabbah Fillah

Berpindah ke tilmiz.net
Wasalam
Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: Hidup Bukan Rahsia

Sewaktu saya ke MPH Bukit Raja saya telah tertarik untuk membeli buku ini, memang benar seperti jangkaan saya tajuk dan juga isi penulisan di dalam buku ini tidak menghampakan.

Hidup Bukan Rahsia : Fikirkanlah ialah buku penulisan Saudari Zabrina A.Bakar atau lebih dikenali dengan Sis Zabrina.  Beliau merupakan seorang penulis motivasi dan penulis rencana dalam media cetak dan juga media elektronik. Penulisan beliau banyak disiarkan di dalam serta di luar negara. Di beri jolokan sebagai Life Storyteller.

Secara ringkas beliau telah menulis sejak berusia 7 tahun. Beliau juga telah menulis sebuah blog Life Storyteller yang dibangunkan sejak Mac 2006 dan telah dilawati oleh pelawat dari 97 buah negara terdiri dari golongan lelaki dan wanita.

Saya telah selesai membaca buku ini dan saya cukup tertarik untuk berkongsi  disini hasil dari sebahagian kisah yang telah saya baca di dalam nya. Buku ini bukan sekadar buku keagamaan atau buku motivasi semata-mata. Ianya di olah melalui penulisan yang begitu mudah untuk difahami. Ayat- ayat yang digunakan lebih berbentuk mengajak dan mengingatkan. Berdasakan kehidupan seharian yang kita semua lalui dan bagaimana kita boleh mengubah kehidupan seharian kita untuk menjadi lebih baik. Bukan nya kta tidak sedar tetapi sebenarnya kita terlupa sahaja. Saya kongsikan sebahagian dari Kisah Si Jejaka dan Lorong yang Dilaluinya.

” Izinkan saya berkongsi dengan anda sebuah kisah yang pernah saya baca.

Ianya sebuah kisah yang agak ringkas dimana ianya mengandungi lima babak tetapi analogi yang terkandung dalam kisah itu sungguh berkesan.

Babak 1:

Saya sedang berjalan di sebuah lorong dan terdapat sebuah lubang yang dalam ditengah-tengah lorong tersebut. Saya terjatuh ke dalamnya. Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Tetapi apa yang terjadi bukanlah salah saya.

Babak 2:

Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh kedalam lubang yang sama. Dan seperti sebelumnya, saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari lubang itu. Apa yang terjadi adalah salah saya.

Babak 3:

Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama. Ianya menjadi seperti satu kebiasaan. Apa yang terjadi sudah tentu disebabkan oleh kesalahan saya sendiri. Saya keluar dari lubang itu dengan segera.

Babk 4:

Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi dan terlihat lubang yang dalam di tengah-tengah lorong itu. Say berjalan di tepi lubang itu.

Babak 5:

Saya berjalan di lorong yang lain.

Menarik, kan? Akhirnya penulis cerita ini memilih untuk berjalan di lorong yang lain. Kisah ini di tulis dengan begitu indah kerana ianya sangat ringkas dan tepat. Dan saya kagum dengan kisah yang ringkas tetapi mendalam ini. Di sebalik kesederhanaanya, kisah ini membawa maksud yang mendalam tentang perubahan yang perlu kita lakukan….”

Anda ingin tahu selanjutnya, cari la buku ini terdapat 18 kisah penuh inspirasi berasakan kisah hidup seharian.. :-)

Buku Hidup Bukan Rahsia amat sesuai untuk dibaca, carilah buku ini baca dan baca ianya berulang kali. Ianya mampu untuk membuat kita berfikir, merangsang minda positif kita dan amat melucukan sekali. Penuh dengan kata-kata hikmah dam sumber inspirasi.

Nasihat saya, beli 2 buah buku ini, satu anda baca dan satu lagi anda hadiahkan pada sahabat, anak, boss, isteri atau sesiapa sahaja yang anda ingin kongsikan.

Wasalam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Review: The 7 Habits of Highly Effective People

Buku ini adalah buku Stephen R. Covey yang bertajuk 7 Habits of Highly Effective People. Buku ini adalah sebuah buku motivasi terlaris yang telah berjaya dijual sehingga 15 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing.

Stephen Covey ini boleh diiktiraf sebagai seorang pengajar atau pembimbing yang begitu berjaya dalam era ini kepada ribuan malahan jutaan orang. Bagi orang yang gemar membaca, buku ini adalah tajuk yang sering didengari oleh mereka dalam membantu memotivasikan diri sendiri.

Beliau berjaya membuka 128 cawangan syarikatnya di sekitar Amerika Utara dan 30 cawangannya yang lain di seluruh dunia. Beliau menerusi syarikatnya berjaya melatih dan memotivasikan hampir 750 ribu orang pekerja saban tahun. Latihan motivasi ini dilakukannya sejak buku ini diterbitkan pada tahun 1989 dan masih tidak terhenti penjualannya hingga kini.

1. PROAKTIF (Be Proactive)

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. MULA DENGAN WAWASAN DI ALAM MINDA (Begin with the End In Mind)

Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. DAHULUKAN YANG UTAMA (First Things First)

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. FIKIKAN MENANG-MENANG (Think Win/Win)

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. BERUSAHA FAHAMI LEBIH DAHULU BARULAH MEMAHAMINYA (Seek First to Understand, Then to be Understood)

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. SEPADUKAN USAHA (Synergize)

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. ASAHLAH GERGAJI BAGI TAJAM (Sharpen the Saw)

Ini adalah falsafah yang perlu dilakukan dalam mempertajam dan memahirkan diri dalam apa jua keilmuan dan juga bidang yang diceburi.

Pada ungkapan ini tidak tergambar ilmu untuk jalan dunia saja, tetapi juga untuk bekal akhirat. Adalah suatu keharusan untuk mempertajam ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat, bila tidak ingin ilmu tersebut hilang.

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa. Buku ini menarik untuk di baca dan sesuai untuk djadikan sebagai rujukan motivasi diri.

Wasalam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette