Minda Ajaib – 2

Percaya atau tidak perasaan marah itu datang dari dalam diri anda sendiri, tidak ada siapa yang boleh membuatkan anda marah jika anda tidak ingin marah. Jika anda tidak mahu marah anda tidak akan rasa marah. Mesti anda pernah lalui perasan “Rasa nak marah la hari nie” itu adalah apa yang anda fikirkan di minda.

Perasaan seperti ini, benci, sedih dan marah jika anda memberikan ia ruang di permikiran anda maka rasa ini akan dijana ditambah dengan rasa emosi yang meluap luap. Emosi boleh dikawal dengan minda yang mengatakan tidak pada perasaan ini. Kawalan minda yang berkesan ianya umpama kuasa ajaib yang merangsangkan keputusan anda dalam aktiviti-aktivi seharian.

Kejayaan anda bermula dengan setiap apa yang inginkan dari minda anda sendiri.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Minda Ajaib

Minda itu Ajaib, dengan minda anda akan mempunyai kuasa ajaib. Percaya la, dengan minda anda boleh lakukan sesuatu yang ajaib. Pelik bukan? Mari saya terangkan apa itu minda ajaib.

Minda mengawal gerak geri kelakuan yang ingin kita laksanakan serta yang kita fikirkan. Minda yang difokoskan untuk memikirkan sesuatu yang positif hasilnye adalah positif dan jika negatif maka hasilnya juga negatif.

Contohnya minda anda mengatakan anda kenyang maka anda tidak akan lapar. Begitulah sebaliknye jika anda memikirkan lapar, maka anda akan lapar. Buktinya bila anda berpuasa, pada malam hari nya anda telah berniat di minda untuk berpuasa pada esok hari, keesokan nya anda tidak akan memikirkan pun pasal makan tetapi anda tetap mampu untuk pergi keje, melakukan tugas-tugas harian serta aktiviti-aktiviti kehidupan lain seperti biasa.

Apa-apa jua yang anda tanamkan di minda akan diterjemahkan dalam bentuk realiti harian anda, dengan kuasa ajaib minda la jika hari ini anda telah setkan di minda dan mula berkata Aku Malas la” danAku Bosan la”, maka akan malas dan bosan la anda pada hari itu.

Kita yang mengawal diri kita, kita la yang mengarahkan minda untuk berfikir. Jika anda ingin berjaya maka mulakan dari minda untuk anda menjadi insan yang cemerlang, berkomunikasi dgn minda anda. Tiada yang lebih mengenali diri anda dari anda sendiri. Aktifkan kuasa ajiab minda anda hari ini juga.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ingin Tahu

Manusia mempunyai sifat ingin tahu yg tinggi.

Gunakan keinginan untuk mengetauhi itu sebagai kelebihan dalam diri.  Belajar untuk mengetauhi sesuatu yang baru tak kira apa jua bidang, jangan hadkan minda anda untuk mempelajari sesuatu yg baru.

Ingin tahu itu bagus, mempelajari itu juga bagus. Fikir-fikirkan la kerana anda yang lebih tahu.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ucapan Pujian

Pujian boleh melalaikan kita. Pujaan pula boleh menjadikan kita egoistic. Lupakan tentang itu semua, ubah minda mengatakan pujian itu sebagai perangsang untuk maju kedepan. Jangan cepat rasa puas hati dengan kata-kata pujian seseorang.

Hari ini saya menerima pujian dari Timbalan Pengarah saya diatas penulisan saya tentang kata-kata dan artikel berkaitan  motivasi. Ini merupakan pencetus semangat untuk saya lebih bermotivasi dan mengekalkan prestasi yang terbaik. Saya ingin fokuskan yang pujian hari ini untuk keputusan yang lebih menarik.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Ciri-Ciri Kualiti

Hari ini kita berbicara tentang kualiti, terdapat berbagai makna kualiti, disini saya hanya ingin menyatakan kualiti bermaksud Yang Terbaik.Anda pasti pernah mendengar tentang konsep kualiti Jepun 5S, Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke dan bila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ianya berbunyi, Sisih, Susun, Suci, Standardisasi, Setia.

Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, “5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti” dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi.

Saya tidak akan menyentuh lebih tentang 5S pada hari ini, tetapi di bawah ni saya senaraikan ciri-ciri kualiti yang perlu ada pada diri kita untuk lebih cemerlang.

Kualiti Amanah
Boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Kualiti Bijak
Bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Kualiti Cergas
Sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Kualiti Dedikasi
Amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Kualiti Elok
Baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain serta masyarakat

Kualiti Faham
Lebih banyak mendengar daripada bercakapbukan bermakna diam tetapi bercakap bila perlu dan menzahirkan idea-idea yang rasional. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Kualiti Gigih
Sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok dengan setiap kerja atau perkara yang dilakukan terutamanya sewaktu di pejabat. Ianya pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua tugasan yang diberikan.

Kualiti Hasrat
Sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kejaya, keluarga serta kehidupannya.

Kualiti Iman
Taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Setkan di minda, tanamkan ciri-ciri kualiti dalam diri anda untuk lebih cemerlang lagi.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Senyum

Senyum

Senyum

Senyum, kenapa mesti tersenyum?? Mampukah anda tersenyum bila berada dalam kesedihan?

Bersedih tentu saja dibolehkan, cuma jangan sampai ianya menjejaskan kesihatan anda dan berterusan untuk bersedih dan menangis. Cuba anda perhatikan wajah-wajah yang ceria, tersenyum dan ketawa tentu sekali wajah meraka ini berseri seri bukan.

Saya, anda semua orang tersenyum. Dengan setiap senyuman terjalin satu ikatan. Senyum memberi makna yg cukup luas. Dalam apa keadaan sekalipun dengan hanya tersenyum sesiapa yg memandang aka tersenyum sekali.

Mulakan hari anda setiap pagi dengan senyum, bermula dengan salam disusuli dengan senyum. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.

Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 

Setkan di minda senyum dan terus tersenyum kerana Senyum Itu Indah

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Kesilapan & Kegagalan

Sesiapa sahaja akan mengalami kegagalan dan kesilapan, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Kegagalan itu adalah proses kehidupan. Mempelajari sesuatu dari kesilapan dan juga kegagalan. Bukan bermakna saya menyuruh anda untuk gagal, tetapi itulah proses yang kita akan lalui.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

Jangan anda anggap kegagalan dan kesilapan itu sebagai halangan kehidupan, tapi ianya sebagai satu batu loncatan untuk anda lebih berjaya. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Respek Diri Sendiri

Ini adalah penulisan yang saya ambil dari laman imotivasi hasil tulisan Shukri Abdullah.

Apa yang buat saya suka untuk mengikuti hasil tulisan beliau ialah olah penulisan yang simple tetapi penuh dengan semangat, tidak becorak retorik semata-mata. Anda boleh menilai sendiri penulisan beliau, semoga anda beroleh manfaat dari kata-kata motivasi di bawah ini.

Bila Anda selesa dengan apa yang Anda usahakan, Anda akan jadi bersemangat.

Selesa, maksud saya, Anda benar-benar tahu apa yang anda mahu.

Oleh kerana Anda dah tahu apa yang Anda mahu, Anda berusaha keras nak mendapat apa yang Anda mahukan itu, misalnya nak mendapat handphone idaman Anda, nak capai result tinggi dalam ujian semester atau nak mendapat pujian dari bos di tempat kerja Anda.

Orang yang tak respek diri sendiri, biasanya mudah dipengaruhi oleh orang lain di sekelilingnya.

Apa yang orang A cakap, dia buat, dia ikut.

Apa yang orang B cakap, dia ikut, dia buat.

Apa yang orang C beri pendapat pasal usahanya, dia ragu-ragu pasal apa yang diusahakannya selama ni lalu merasakan pendapat si C lebih baik di ikut. Jadi, dia pun ikut apa yang dikatakan oleh si C.

Lama kelamaan hidupnya jadi bercelaru sebab dia membiarkan orang lain mengatur fikiran, idea dan usahanya tanpa dia mengawal fikiran, idea dan usaha milik kudratnya sendiri.

Baru memulakan sesuatu usaha yang belum lagi berhasil, dia tukar fikiran pula, kemudian mengusahakan sesuatu yang lain.

Lepas tu, datang lagi idea baru, cadangan baru dari orang baru, dia ubah lagi fikiran, usahakan hal yang itu pula. Akhirnya dia bingung apa yang dia nak buat.

Kita boleh dengar pendapat orang atau komen orang (negatif atau positif) tapi jangan sampai kita hilang arah ke mana kita nak tuju, jangan sampai kita semakin jauh dari matlamat yang kita nak capai.

Jika begitu, kita tak akan dapat apa-apa kemajuan. Kita yang susahkan diri sendiri. Kita gelapkan masa depan kita.

Perlu respek diri sendiri dulu, dengar kata hati sebab diri Andalah yang perlu Anda ikuti fikirannya, ideanya dan tindakannya.

Diri Anda kenal Anda luar dan dalam, sikap Anda dan perangai Anda. Dia faham Anda sebenar-benar faham melebihi orang lain di sekeliling Anda.

Mengapa? Sebab DIA adalah ANDA!

Inilah gaya penceritaan beliau dalam bentuk motivasi diri. Respek diri anda, percayakan diri anda. Anda lebih kenal siapa diri anda berbanding orang lain.

Wasalam

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Motivasi

Ada beberapa blog yang selalu saya kunjungi berkaitan dengan motivasi.

Setiap penulisan di dalam laman tu banyak memberi idea dan cara-cara untuk peningkatan semangat diri.

Antara laman-laman yang sering saya kunjungi adalah seperti berikut:

 

 

Itu adalah sebahagian sahaja yang saya paparkan disini, anda boleh mengunakan kata kunci Motivasi untuk

mencari pautan laman yang berkaitan dengan motivasi di google atau yahoo.

Jika anda rasa kurang bersemangat, binalah semangat anda dengar membaca atau mendengar kata-kata bestari dan nasihat motivasi. Ianya amat menyeronokan.

Wasalam.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Tilmiz.Net

Assalamualaikum wbt.

Penggunaan domain name baru, guna domain tilmiz.net.

Sekadar untuk berkongsi pandang dan maklumat untuk kebaikan diri serta peribadi bersama.

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Dansette